5 Sebab Bisnes Anda Boleh Berkembang Dengan Blog?

Salam hormat dan salam sejahtera..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni iaitu blog zyan,my , Beri saya 5 minit sahaja masa anda untuk baca sedikit perkongsian saya di blog ini mengenai betapa pentingnya blog dan bagaimana dengan blog boleh bantu bisnes anda supaya lebih berkembang dan lebih menyerlah berbanding pesaing anda yang lain ok 🙂

TRAFIK PERCUMA

Ya.. jika anda aktif menulis blog.. anda akan dapat limpahan trafik dari google.  Google sangat suka akan content yang baru dah fresh. Salah seorang rakan saya yang asalnya dulu pembeli panduan blog saya.. sendiri mengaku ramai customer beliau datangnya dari google sedangkan beliau tak buat sebarang promosi sangat pun.. sekadar tulis lepastu publish. bukan sahaja trafik percuma malah anda juga akan dapat trafik yang berpanjangan.. tambahan pula di Malaysia sebenarnya dari segi content blog tidak lah banyak sangat persaingan kalau nak dibandingkan di Facebook dan instagram..

Kadang saya tengok rugi betul siapa yang tulis panjang2 kat wall FB tapi tak publish di blog.. lama2 post dia akan tenggelam dan orang dah lupa.. berbanfing dengan blog pasti akan ada sahaja pelawat baru yang datang melalui trafik carian google

FAKTOR KEPERCAYAAN

Dengan adanya blog seperti ini, pelanggan anda dan bakal pelanggan anda lebih yakin untuk berurusan dengan anda selepas membaca banyak sharing dari anda. Buktinya anda sendiri sekiranya baru pertama kali nampak blog saya yang cantik ni pun terus dah mula jatuh hati.. betul tak? hahaha..

Jadi bayangkan anda ada buat sharing yang berkualiti di blog dan yang berkaitan dengan niche yang anda ceburi. Saya pasti mereka yang melihat dan membaca content anda takkan fikir panjang untuk berurusan dengan anda dalam apa jua perniagaan.

Sebab dengan blog anda akan buat pelawat anda merasa cepat selesa berbanding website yang banyak kearah untuk menjual sahaja.. buktinya anda sendiri dah mula selesa dengan blog saya ni kan.. hehehe..

CONTENT VARIASI

Dengan blog anda bukan terhad pada content dari segi text sahaja.. Anda boleh masukkan gambar.. audio .. video dan apa2 sahaja content yang boleh dilihat di blog anda.  Dengan sedikit tweak dan kreativiti anda. Saya pasti anda boleh hasilkan content yang tidak membosankan macam content saya ni..

Ok ni contoh video yang saya letak dalam post ni.. cuba tengok kat bawah.. ini produk review mengenai bag.. bayangkan anda ada video macam ni di blog dan anda sedang promosikan produk/servis anda.. cuba perhatikan macam mana brader ni kenalkan diri dan dia cakap dia nak review mengenai bag ni.. power tak?

Mungkin anda nampak macam susah nak buat.. tu la cabaran.. buat perkara yang orang lain susah nak buat supaya anda boleh capai perkara yang orang lain susah nak capai.. hehehe..  sori terbagi sikit motivasi sikit.. hahaha..

Tapi percayalah.. ianya berbaloi untuk jangka masa panjang..

KEMPEN RETARGETING 

Apa itu kempen retargeting/remarketing?

Anda letakkan code yang anda ambil di akaun ads Facebook & Google di blog anda. Kemudian anda boleh jadikan pelawat blog anda tu sebagai satu audience yang baru untuk anda target kempen iklan jualan.

Saya bagi contoh.. katakan anda menjual penapis air.

Anda buat satu post di blog mengenai bahaya air yang dimasak tanpa ditapis, akibat dan kesan terhadap kesihatan.. pada hujung post berkenaan pasti anda akan perkenalkan model penapis air yang bagus betul tak?

Kajian menunjukkan bahawa hanya 2% sahaja trafik yang anda bawa akan bertukar menjadi pembeli untuk pertama kali mereka nampak tawaran anda. Selebihnya akan meninggalkan blog anda.

Disini lah gunanya retargeting.. Anda boleh jalankan pemasaran FB ads/Google Ads pada mereka yang sudah membaca kesan dan akibat sebelum ini..   rujuk  gambar dibawah untuk penerangan lebih jelas.

 

 

 

 

 

 

 

Bayangkan pelawat yang membaca blog anda mengenai masalah kesihatan kemudian nampak lagi tawaran anda apabila mereka buka FB atau google… yang asalnya belum bersedia nak beli pasti dia akan mula berubah fikiran…

TIDAK BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA PLATFORM LAIN

Ya.. pernah dengar kan kes dimana facebook personal kena blok, FB page yang sudah ratus2 ribu tiba-tiba hilang, walaupun tak buat apa-apa kesalahan. Hal ini tidak akan berlaku jika anda mempunyai blog sendiri. Bayangkan anda sudah ada database dan follower yang tahu mana nak cari anda apabila akaun social anda bermasalah..

Saya ada kawan yang 100% bergantung bisnes online pada FB page. Kemudian apa yang berlaku FB page dia di blok oleh Facebook dan tidak boleh buat iklan lagi. Akibatnya pendapatan dia jatuh gila-gila..

Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab yang boleh kembangkan bisnes anda dengan blog tapi 5 sebab ini sahaja sudah cukup buat anda nampak gambaran yang lebih jelas betul tak?

Katakan lah anda hanya buat satu strategi sahaja iaitu kempen retargeting, saya pasti anda akan nampak perubahan dari segi jualan…

Namun begitu antara cabaran dalam kaedah bloging ini ialah ” Content Creation ”

Sebab itu tak ramai orang Malaysia rajin buat blog sebab masing2 sibuk dan tak ramai juga yang sanggup spent masa untuk hasilkan content.. tak nak buat research.. malas menulis.. dan pelbagai alasan lagi..

Well.. itu lah dia.. siapa yang buat dia akan dapat.. yang tak buat dia takkan dapat.. 🙂

Pada saya kalau sesuatu itu susah atau bagi cabaran pada saya..  saya lebih suka sebab kalau senang. semua orang pun senang2 boleh buat betul tak?.. bayangkan kaedah blog ini semua peniaga online buat.. saya pasti itu akan jadi masalah sebab akan jadi crowded..

Anda boleh nampak sendiri kan di media social di Facebook.. dulu dan sekarang… dulu tak ramai orang tahu pasal FB ads, sekarang semua berebut2 pakai Fb ads..

Sebab itu sekurang-kurangnya anda tambah satu lagi channel seperti blog lalu gabungkan dengan fb ads dan google ads..

Semoga post ini bermanfaat..  sudi-sudi lah share ya..

ada sebarang komen? sila tinggalkan dibawah.. segala pandangan dan pendapat anda sangat-sangat saya hargai..

Please follow and like us:

15 Comments

  1. Nice sharing bro.. saya pun baru nak berjinak dalam dunia blog. Dah banyak juga rujukan dibuat, hanya kena nak take action je sekarang, doakan saya dapat kosisten 🙂

  2. Saya baru start buat minisite untuk satu produk ubat kuat. Punya la fikir benda tu boleh terus dapat trafik and boleh buat sales right after run Google Ads.

    Tapi terlupa kena buat content marketing jugak. Thanks Zyan! Artikel ni memang betul ingatkan saya tentang kepentingan content marketing. Will definitely start research and create at least 2 artikel per month!

  3. Tq ingatkan semula kepentingan buat blog untuk dapat free traffic. Betul, saya ada satu blog dan sampai hari ni pun saya masih dapat lagi whatsapp dari mereka yang nak beli produk tu sedangkan saya tak pernah buat promosi apa langsung dah untuk produk tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*