Zyan.. Bantu Saya Nak Mula Pliss…

Assalamualaikum dan salam hormat,

Saya pasti kalangan anda masih ramai yang tertanya-tanya macam mana nak buat duit online, nak tambah pendapatan , nak meniaga part time dan sebagainya.. berikut merupakan soalan-soalan yang kerap saya terima dan saya cuba jawab satu persatu..

Soalan 1 : Saya baru nak bermula, tapi saya tak tahu nak jual apa, Tuan zyan boleh bagi cadangan tak?

Soalan ini agak subjektif dan saya tak boleh bagi cadangan yang terbaik apa nak buat, tapi sebagai seorang marketer kalau di tempat tuan saya akan cari produk/servis yang saya yakin boleh jual. Saya takkan tanya orang dulu.. saya akan tengok diri saya sendiri apa yang saya boleh buat untuk bantu orang , selesaikan masalah orang atau menambah baik kualiti hidup seseorang, Misal kata lah saya dari zero orang tak kenal saya sebagai Azian Usman dan saya tak banyak modal untuk bermula.

Saya akan cuba mulakan dengan buat duit yang tak perlukan modal yang besar antarnya:

  1. Affiliate
  2. Dropship
  3. Jual produk info
  4. Servis

Kalau macam saya pastinya saya akan pilih nombor 3 sebab saya ada kebolehan menghasilkan produk info, saya boleh siapkan video tutorial cara install blog, cara buat fb ads dan sebagainya.. dalam masa seminggu saya boleh siapkan dan jual.. misal kata orang tak kenal saya pun saya boleh jual murah-murah dulu serendah RM30 sebab tak rugi apa pun.. dah dapat feedback saya naikkan harga..

Jika anda tiada kemahiran hasilkan produk info anda boleh jadi affiliate dahulu contohnya affiliate rahsia shopee saya sendiri bagi komisen sehingga RM70 setiap jualan.. boleh rujuk disini 

Daftar pun percuma malah saya juga sediakan group support untuk anda belajar cara promosi sebagai affiliate.

Seterusnya jika anda tidak berminat dengan affiliate anda mungkin boleh cuba dropship , cuma pendapat saya dropship ni untung tak banyak dan anda kena banyak berkomunikasi dengan customer anda, ini perkara biasa kalau anda jual produk fizikal secara dropship atau tidak.. mungkin ada yang tanya jual dropship melalui shopee ok ke? secara jujurnya takde masalah tapi untung boleh kata ciput sangat.. kalau saya alang-alang nak buat duit biarlah dapat dengan jumlah yang berbaloi dengan usaha. Kalau boleh untung sampai RM30 – Rm50 kenapa nak pilih untung bawah RM10?

Dan last cadangan saya ialah servis.. jika anda ada bakat atau kebolehan atau apa-apa sahaja cara yang anda boleh bantu orang lain, jadikannya servis, sebab kos anda cuma masa dan tenaga serta kemahiran anda. Dulu saya pernah buat servis pasangkan blog, boleh tahan lumayan jugak lah hasilnya saya caj RM300 untuk satu blog, kalau anda baru nak mula buat servis percuma dulu pada 5  orang pertama kemudian dapatkan testimoni dan minta mereka rekemen pada kawan-kawan yang lain.. Servis ni ada banyak .. cuba lah buat kajian sikit servis apa yang anda boleh sediakan.

Soalan 2 : Macam mana nak konsisten dalam marketing macam tuan? 

Jujurnya saya bukanlah seorang yang rajin, kerja pun seorang diri sahaja..  tapi apa yang saya boleh bagi cadangan ialah tingkatkan skill penulisan.. zaman sekarang adalah zaman content marketing, dengan content orang akan lebih percaya kepada anda dan lebih yakin untuk membeli dengan anda.. Saya ni sampai orang tanya ada panduan baru tak.. ada tutorial baru tak… sampai macam tu sekali orang nak beli walaupun panduan tak wujud lagi.. sebab apa?

Sebab mereka dan percaya dan yakin untuk belajar dan membeli panduan saya.. Sebab itu boleh kata tiap hari saya akan update status kat FB, itu paling mudah bagi saya untuk menyampaikan mesej saya.. blog ni pun salah satu content yang saya hasilkan.. tapi takdelah setiap hari update blog, macam sekarang sebab saya tengah free dan tiba-tiba rajin pulak.. hahahah

Bila sebut content marketing ni.. bukan lah terhad pada penulisan sahaja.. Kalau anda tak reti menulis atau tak minat menulis.. anda boleh buat video, record muka anda sambil bercakap apa yang anda nak sampaikan pun dah kira content juga..

Kalau tak minat buat content macam menulis ke buat video macam mana? (soalan ni saya reka sendiri tapi pasti ada yang nak tau punya) :p

Kalau memang dah tak minat fokus sahajalah pada kaedah pemasaran yang lain ada banyak kot.. facebook ads.. google ads.. email marketing..  contohnya macam email marketing kalau anda nak promosi rahsia shopee tu.. saya dah siapkan ebook dan video percuma untuk anda bagi kepada bakal pelanggan..  email follow up pun saya dah bagi, Anda cuma plug anda play jer.. haha

Lepastu promot je squeeze page anda tu kumpul database email setiap hari dan biarkan kempen marketing anda berjalan.. tak payah pening-pening fikir pasal content sebab saya akan sediakan semuanya untuk anda. Win-win situation mat saleh kata..

Soalan seterusnya apakah kaedah marketing yang terbaik dan berkesan sekali tapi nanti saya sambung..

Ada banyak lagi soalan nak jawab ni tapi …  kalau ada yang sudi share baru saya teruskan..

mohon tekan butang like dan share kat bawah ni ya jika bermanfaat.. Terima kasih..

Jika anda ada sebarang soalan boleh komen dibawah.

Please follow and like us:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*