Sambungan – Kearah Full Time Online Di Rumah

Untuk lihat post sebelum ini sila klik disini 
ilmu yang seterusnya wajib mahir ialah copywriting!!
 
Ramai yang sebut2 pasal copywriiting…. Apa sebenarnya itu copywriting?
 
Penting sangat kah??
 
Yes! Sangat sangat penting dan anda wajib tahu buat kalau tak tahu wajib belajar!
 
Nak buat online marketing anda tetap kena menulis, apa yang anda tulis itu lah yang akan menentukan pelawat anda mahu beli atau tidak!
 
Anda menjual di shopee lazada ebay sekalipun.. Copywriting tetap kena buat!
 
Jangan mimpi nak ada sales ribu-ribu sehari kalau menulis mengenai produk dan servis anda pun malas!
 
Banyak orang yang saya jumpa kata nak meniaga online.. Nak buat bisnes online tapi buat copywriting pendek pun tak boleh.. Kat situ sahaja dah buat silap besar..
 
Macam mana nak buat copywriting yang gempak kebaboom??
 
Jujurnya saya bukanlah orang yang layak ajar pasal copywriiting ni.. Saya pun cuma tahu basic2 sahaja..
 
Boleh tengok contoh copywriting yang saya buat untuk CB method, simple gila…
Tapi sales alhamdulillah 100k dalam masa 3 bulan!
 
Teknik mudah buat Copywriitng
1) Kenal pasti masalah utama pelanggan anda dahulu, senaraikan semua masalah, ketakutan, kerisauan yang mereka alami sekarang sebelum mendapatkan produk anda
 
2) Apa yang anda boleh bantu? Apa masalah mereka yang anda boleh selesaikan?
 
3) Apa kekuatan produk/servis anda dari penjual yang lain.. Nyatakan dan senaraikan sebanyak yang mungkin. Ini penting untuk buat pelanggan memilih anda!
 
4) Hilangkan segala keraguan mereka! Bagi jaminan atau tawaran yang tak masuk akal, boleh jadi wang dikembalikan atau kalau beli dapat extra bonus sekian-sekian.. Buat pembelian mereka rasa selamat atau rasa berbaloi-baloi,,
 
Cukup tips copywriting simple ni.. 
saya dah susun ikut flow dari 1 sampai 4
 
1 – Jadikannya sebagai headline atau subline atau tajuk utama copywriting anda..
2 – Jadikannya idea content untuk anda tulis yang buat mereka rasa dekat dengan anda , buat mereka rasa anda seolahh olah memahami mereka
3 – disini lahh anda mula kenalkan produk anda bagi tahu penyeslesaian,
4 – tawarkan jaminan bagi tawaran yang tak masuk akal, buat mereka rasa macam menyesal kalau tak beli sekarang!
 
Nah! Simple je kan?? Copywriiting ni anda kena praktis banyak kali baru akan improve.. Jangan harap tulis sekali orang terus beli atau harap upah orang lain jer..
 
Hanya anda sahaja yang betul betul faham produk anda! Bukan orang lain!
 
Sebab tu saya tekankan mengenai kajian pada peringkat awal.. Semuanya saling berkait!
Please follow and like us:

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*