3 Ilmu Wajib Mahir Kalau Nak Full Time Online Di Rumah

Ilmu ini kalau anda tak mahir jangan mimpi nak buat full time.. saya dah jumpa banyak orang yang ada banyak masalah yang sama.. tahun pertama & kedua okay…sampai sanggup berhenti kerja..
Masuk tahun ke tiga & seterusnya HANCUR..
 
Dulu sampai sanggup berhenti kerja sebab tengah masyuk menjual di Facebook.
 
Bila game dah berubah.. peraturan FB berubah.. persaingan makin sengit..
 
Terpaksa stop meniaga.. terpaksa kerja balik.. kembali macam dulu..
 
Anda betul-betul nak buat FULL TIME ONLINE?
 
Masih belum terlambat… asalkan anda ada ilmu yang betul dan jangan pernah berhenti belajar.
 
3 Ilmu yang anda perlu fokuskan untuk menjana extra 5 hingga 10 ribu sebulan.
 
1) PERTAMA – IlMU RESEARCH
 
Nak mulakan apa-apa kempen pemasaran mestilah dimulakan dengan melakukan KAJIAN!
 
Ada beribu produk dan servis di luar sana yang anda boleh jual dan sediakan..
 
Tapi yang mana satu yang terbaik?
 
Sebab itu anda perlu buat kajian yang mendalam
 
– Kaji dari segi permintaan
 
Biasanya untuk online saya akan semak keyword di google dan juga keyword yang trending…
 
Saya juga akan semak iklan-iklan pesaing (jika ada) dan lihat berapa lama kempen mereka berjalan.. kalau lebih seminggu (saya andaikan mereka buat duit)
 
– Kaji dari segi produk tu sendiri
 
Saya utamakan kualiti produk, dari kualiti produk itulah akan terbina kepercayaan customer pada kita, kepercayaan adalah satu perkara yang sangat mahal & sangat penting untuk anda terus berkembang
 
Produk yang tak bagus & tak kualiti saya akan cuba elakkan!
 
– Kaji dari segi audience
 
Kena faham pada siapa kita nak jual! kita tak boleh jual pada semua orang sebab bukan semua orang perlukan produk dan servis kita..
 
Anda kena tahu customer profile (avatar) anda siapa, dari situ lah anda tahu apa ayat yang nak digunakan untuk kempen serta tahu dimana keberadaan mereka apabila online.
 
===
 
Kaji 3 perkara ini sahaja dah cukup (walaupun ada banyak lagi) .. sekurang-kurangnya anda tahu produk yang anda pilih itu KOMPEM ada permintaan , berkualiti dan betul2 membantu pengguna serta ada tahu nak jual pada SIAPA (audience yang kelaparan)
 
Saya sendiri sanggup spent masa satu minggu atau lebih untuk buat kajian sahaja..
 
Sebab pemilihan produk/servis yang salah akan menjadikan kempen marketing anda sia-sia! duit dan masa juga banyak habis.
 
Serius… kajian sangat penting guys…
 
Please guyss..
 
Jangan main pilih produk atau servis sebab sekadar terikut-ikut orang lain…
Sambung di post yang seterusnya..
 
Please follow and like us:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*