Newbie Baca ni Kalau Nak Buat RM2000 sebulan!

Salam hormat dan salam sejahtera,

Ramai kalangan anda, yang nak buat income online tapi masih buntu dan tidak tahu nak buat dengan apa, nak mula bagaimana..

Tools dan system apa nak guna? produk apa nak jual, servis apa nak bagi..?

Jika anda ada masalah berikit baca post ini sampai habis..

Sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tidak seberapa ni.. ingat blog saya ni ye.. Zyan.my pendek je alamat nak buka bila-bila masa boleh di henpon atau di laptop.. hehehe..

Ok jom kita mulakan..

Sebagai seorang newbie atau dalam Bahasa melayu kita panggil pemula.

Pasti akan mengalami masalah kebuntuan..

Perkara ini biasa bagi newbie sebab mungkin dah banyak kelas dia masuk, banyak panduan dia beli, banyak peluang yang dia dah cuba..

Kita panggil “ Information Overload “

Tahukah anda kebanyakan orang yang saya kenal dan buat duit konsisten di internet mereka tak buat banyak benda pun.. cukup sekadar jual 1 – 2 produk kemudian guna 1 channel pemasaran sahaja..

Mereka tak guna semua ilmu yang mereka belajar pun.. tapi mereka buat sungguh-sungguh dan konsisten..

Malah saya sendiri pun terkejut sebab apa yang mereka buat memang simple gila.. tak pakai tools dan system yang canggih-canggih pun macam yang saya guna..

Tapi mereka still boleh buat banyak duit..

Contohnya ada yang guna FB page sahaja then close sale pakai whatsapp..

Takde website, takde borang tempahan, Takde system yang proper untuk simpan database dan lain-lain..

Jadi Nampak tak kat sini betapa pentingnya “ usaha yang keras dan konsisten “

Teknik apa pun jika anda focus dan konsisten pasti akan ada hasil, yang takde hasil bila anda cuba buat 1 teknik separuh jalan tak jadi then terus tukar teknik lain belajar teknik lain.. Which is tak salah pun nak tambah ilmu, cuma akan jadi masalah buat anda sebab dah buang banyak masa, teknik yang terdahulu tak buat sehabis baik anda cuba teknik lain.

Pernah berada dalam situasi tersebut? C

Haha! Tahniah, jangan risau.. hal tersebut sebenarnya perkara biasa bagi newbie, Kalau anda dah baca post ini pasti anda tahu apa anda akan buat selepas ini.

Masih setia untuk baca post ini?

Alhamdullillah…. Ini yang buat saya semangat ni nak tulis lagi.. hehe

Ok sebagai newbie apa yang anda patut utamakan sebenarnya?

1) Dapatkan produk/servis yang orang ramai perlukan

Disini lah pentingnya bab kajian produk dan permintaan. Anda kena tahu apa yang anda nak jual dan sediakan kepada pelanggan anda.

Bila dah jumpa anda kena fikir pula apa kelainan yang anda ada berbanding orang lain. Anda kena ada sebab yang kukuh kenapa pelanggan pilih anda berbanding orang lain walaupun mereka jual produk yang sama.

2) Platform menjual

Ok anda dah ada produk/servis/tawaran untuk diberikan, langkah seterusnya anda nak jual dimana, Website? FB page? Kedai Online?

Anda pilih…  pada pendapat saya sebaiknya anda wujudkan satu website yang proper supaya pelanggan lebih yakin berurusan dengan anda.

Anda still boleh menjual tanpa website seperti menggunakan FB page, Mesengger atau whatsapp ..

Bagi anda yang tak nak pening-pening pasal website ke apa semua ni..  boleh cuba berniaga di online marketplace seperti shopee, lazada, mudah & lain2 marketplace yang paling top kat Malaysia ni.

Tapi bagi saya website tetap kena ada jika anda benar-benar serius sebab ada banyak kelebihan jika anda ada platform sendiri berbanding platform lain yang berisiko untuk hilang atau dirampas diban suspend dan sebaginya..

3) Skill copywriting / Ayat menjual

 Ini antara skill yang menurut saya paling susah dan mencabar sebab anda kena tahu menulis ayat-ayat yang boleh mempengaruhi emosi bakal pelanggan anda.

Jadi bagaimana nak buat copywriting dan ayat jualan yang bagus?

Cara terbaik ialah dengan mengenali sebaik mungkin siapa bakal pelanggan anda.

Apa masalah yang mereka lalui ,  apa harapan mereka, apa cara terbaik untuk selesaikan masalah mereka..

Daripada situ anda boleh hasilkan copywriting yang bagus. Percaya lah!

4) Sumber pelawat/trafik/channel pemasaran

Ini antara nadi utama dan yang paling penting sekali jika anda nak buat jualan. Kalau tiada pelawat..tiada orang yang datang ke website anda… tiada orang yang Nampak tawaran anda. Macam mana orang nak baca ayat jualan anda.. macam mana mereka nak beli produk/servis anda? Betul tak.

Disini lah pentingnya untuk anda buat keputusan yang tepat dimana anda hendak promosikan bisnes online anda tu.

Boleh jadi Facebook, Boleh jadi Google, Youtube,  Etc.

Sebaiknya focus pada 1 atau 2 channel sahaja.

Saya secara peribadi banyak focus pada FB sahaja untuk dapatkan pelawat baru .

Walaupun ada channel lain yang saya buat seperti google dan youtube, itu hanya sampingan sahaja.. saya tetap utamakan FB sebab hari2 saya memang akan buka fb .. haha

5) Pengurusan Database

Rugi jika anda Tarik trafik tapi tidak simpan satu pun database dari pelawat yang anda dapat. Apatah lagi jika anda mendapatkan trafik yang berbayar seperti FB ads, Google ads..

Untuk database saya menggunakan system onpay yang mana saya boleh set up borang tempahan dan segala maklumat pelanggan saya akan tersimpan di dalam system berkenaan.

Selain itu saya juga menjalankan kempen pemasaran email yang mana memang focus utama ialah kumpul database email dan saya akan follow up kemudian untuk tarik jualan…

Jika anda ada website/blog lebih mudah kerja anda untuk kumpul database ni.

=======

Ok 5 perkara ini rasanya sudah cukup buat anda untuk mulakan kempen perniagaan online

Sekarang sepatutnya anda dah tahu nak focus yang mana.. nak belajar ilmu apa.

Persoalan sekarang bagaimana nak generate RM2000 sebulan secara online?

RM2000 tu hanyalah target anda.

Jika anda follow step kat atas dengan betul dan ambil tindakan dengan serius dan konsisten, saya berani jamin anda akan dapat lebih dari RM2000.

Sebab anda hanya perlu cari RM67 sahaja purata sehari untuk generate RM2000 sebulan.

Banyak produk anda boleh cari dan jual dengan untung banyak tu..

Selamat melakukan research dan beramal..

Bahagian mana yang anda kurang mahir nak nak belajar baru lah anda pergi cari guru atau panduan yang berkaitan ya,,

Jika anda perasan apa yang saya kongsi kat atas ni sebenarnya adalah strategi atau dalam Bahasa marketing kita panggil funnel.

Dengan funnel yang betul pasti jualan akan terhasil dengan lebih mudah dan teratur.

All the best.. terima kasih sudi baca blog ini sampai habis..

Saya harap jika artikel ini membantu anda sila share dengan kawan-kawan ya.. lagi ramai orang baca lagi semangat saya nak tulis lagi di blog ini.

Terima kasih

– Zyan

Please follow and like us:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*