Agen Sambal Garing Peluang Perniagaan Offline (B2B)

Agen sambal garing ni masyuk ke?

Bagi anda yang lagi sedang mencari peluang perniagaan yang terbaik, saya sangat rekemen untuk menjadi agen sambal garing yang mampu menjana pendapatan yang konsisten tanpa pening kepala kerana lebih mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk anda.

Anda boleh jual sendiri tapi untungnya sangat sedikit (sebab produk makanan), Oleh sebab itu kami galakkan anda jual di kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan rumah anda.

Kenapa kedai runcit?

Sebab pelanggan sudah sedia ada. Tak perlu susah-susah anda cari pelanggan sebab pelanggan sendiri akan datang ke kedai runcit tersebut untuk membeli barangan makanan.

Bagaimana proses menjual di kedai runcit?

Minta izin owner kedai atau penjaga kedai untuk meletakkan sambal garing tersebut di kedai mereka. Pastikan lokasi bersebelahan dengan bahagian roti seperti Gardenia supaya orang akan lebih nampak.. Biasanya lokasi roti ni dekat dengan pintu masuk kedai. Anda juga digalakkan meletakkan poster sambal garing di kedai tersebut.

Bagaimana nak meyakinkan owner kedai supaya berurusan dengan anda?

Bagi tau yang anda akan promosikan kedai mereka melalui social media. Anda akan ambil gambar kedai mereka serta catat lokasi kedai. Kemudian anda akan post mengenai sambal tersebut di Facebook group Kawasan.. Setiap kawasan mempunyai FB group.. Post di situ.

Untung ke jual sambal ni?

Kalau anda jual 1 pack 2 pack memang tak rasa lah untung dia.. tapi kalau anda dapat jual beratus pack sebulan, RM2000 – RM5000 memang tak mustahil. Sebab itu anda perlukan rangkaian kedai-kedai runcit ni yang akan tolong jualkan untuk anda. Tugas anda hanya perlu supply ke kedai dan promosi di group-group kawasan. Jangan jual sendiri melainkan anda boleh capai pelanggan yang ramai.

Bagaimana cara kiraan untung produk sambal ini?

Kos untuk anda sebagai agen ialah RM260 (termasuk shipping) dapat 30 Pack

1 Pack = RM8.66

1 pack = harga jualan ialah RM12

Jika anda jual sendiri anda cuma untung RM3.40 untuk 1 pack

Lagi banyak anda jual lagi banyak la untung tapi penat betul tak sebab nak kena jual satu-satu.

Setakat ni faham kan?

Berbanding jika anda jual terus ke kedai..

1 pack anda tolak RM10 jika kedai nak ambil terus 20-30 pack

Jika kedai nak ambil sikit-sikit, anda boleh tolak RM11

Memang untung anda lagi sikit kalau tolak kat kedai.. tapi kerja-kerja menjual sudah dilakukan oleh pihak kedai.

Tugas anda cuma perlu supply sahaja..

Katalah 1 kedai dia restock 30 pack sahaja sebulan… anda dah untung RM40 sebulan.

Tugas anda hanya perlu cari sebanyak mungkin kedai-kedai yang sudi meletakkan sambal garing ni.

Konsep bisnes ini sama seperti supplier yang jual gula, tepung, garam, roti, dan lain-lain..

Kita fokus pada jumlah kuantiti belian dan pelanggan yang akan repeat setiap bulan.

bukan pada keuntungan seunit produk semata-mata.

Sebab itu anda perlu monitor dan menjaga hubungan dengan penjaga atau tokey kedai runcit terutama kedai-kedai yang aktif.

Macam banyak kerja je? Berbaloi ke?

Mana-mana bisnes pun sebenarnya banyak kerja nak buat, pada permulaan anda pasti akan merasa penat.. rasa nak give up.. dari 10 kedai anda approace mungkin 5 sahaja yang sudi.. dari 5 yang sudi.. mungkin 2 sahaja kedai yang aktif.. tapi itu lah lumrah bisnes… siapa yang tak mudah putus asa sahaja yang akan berjaya.

Pada saya bisnes cara ni lebih menjamin kestabilan dari segi pendapatan untuk jangka masa panjang.. apatah lagi jika rangkaian kedai anda semakin meluas…

Kalau bukan anda yang letak nanti orang lain juga yang akan letak.

Bagaimana kalau saya nak mulakan bisnes ini?

  1. Kenal pasti lokasi-lokasi kedai runcit yang dikunjungi oleh ramai pelanggan, Pastikan kedai tersebut belum lagi ada sambal garing ini. Jika ada maksudnya agen lain dah letak di kedai tu.. teruskan cari kedai lain..
  2. Senaraikan sebanyak mungkin lokasi kedai, utamakan yang paling dekat dengan anda atau mudah untuk anda ke Lokasi kedai tersebut. Dapatkan no telefon kedai tersebut atau berkenalan dengan penjaga atau owner kedai tersebut. Lalu nytakan hasrat anda untuk meletakkan produk sambal garing anda.
  3. Daftar sebagai agen disini >>> Sambalgaring.biz
  4. Minimum modal adalah RM260 untuk 30 pack termasuk postage dan 3 poster. Poster tersebut anda boleh letakkan di kedai yang anda approach. 30 pack tu cukup untuk 3-4 kedai.. setiap kedai anda bole letakkan 10 pack dahulu.
  5. Buat posting promosi di group-group FB kawasan anda dengan memberitahu lokasi kedai-kedai tersebut ada menjual sambal garing.

Untuk permulaan pihak kedai biasanya akan minta anda letakkan dahulu (consigment) .. apabila sudah terjual baru mereka akan bayar.. ingat, kos anda ialah RM8.70 untuk setiap pack.. harga jualan pula ialah RM12 (namun pihak kedai berhak untuk menjual lebih dari RM12) .

Seperti yang saya kata sebelum ini, ini adalah bisnes volume, pelanggan anda ialah kedai.. fokus pada kedai sahaja. Berapa yang anda tolak kepada mereka… itulah untung yang anda dapat (setelah tolak kos) .

Jadi cuba deal sebaik mungkin dengan kedai tersebut. untuk permulaan boleh tolak pada mereka dengan harga RM11 kemudian apabila mereka mahu restok lebih banyak.. anda boleh tolak pada harga RM10 pula atau lebih rendah.

Cadangan harga jual kepada kedai :

RM11 untuk consigment

RM10 jika kedai bayar dulu untuk 30 pack terus

RM9 jika kedai mahu bayar untuk 60 pack keatas

Daftar sebagai agen disini >>> Sambalgaring.biz

Akhir kata.. bisnes makanan ini adalah satu peluang yang sangat baik, cuma perlukan usaha yang konsisten untuk pendapatan jangka masa panjang,. bagi anda yang masih kurang jelas dan mahukan pertanyaan lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui whatsapp : 017-8715112 ( Zyan)

Terima kasih