
Ok post kali ni lebih kepada perbandingan antara beberapa kaedah untuk menjana pendapatan online .. antara yang sedang hot sekarang ialah..
Buat duit dengan clickbank
Berniaga di Facebook
Berniaga di platform shopee
Ok begini..
Setiap kaedah dan cara diatas masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Yang pasti masing2 juga ada cabaran dia dan tahap kesukaran cabaran tersebut bergantung kepada pengalaman dan ilmu yanga anda ada.
BUAT DUIT DENGAN CLICKBANK
Ok kita mulakan dengan Clickbank, bagi anda yang dah lama follow saya pasti anda tahu apa itu clickbank dan bagaimana anda boleh buat duit dengan clickbank.
Kelebihan dengan clickbank ini ialah anda tak perlu ada produk sendiri hanya daftar percuma dan anda boleh jadi agen affiliate yang mempromosi produk orang lain.
Komisen yang anda terima ialah dalam USD. Siapa tak nak kan. Lumayan kot!
Ok ini kelebihan utama clickbank :
- Tak perlu produk sendiri
Anda tak perlu pening-pening fikir untuk buat produk, sebab produk semua sudah disediakan. Kita hanya daftar sebagai agen dan dapatkan link untuk kita promosikan. Pelawat yang klik link tu dah buat pembelian kita akan terima komisen
- Komisen dalam USD
Ya, dengan clickbank komisen akan dibayar dalam USD, kalau anda dapat komisen USD20 anda darab 4 lah untuk convert kepada RM. Lumayan kan?
- Segala urusan pelanggan, owner yang uruskan
Sebagai agen kita langsung tidak terlibat dengan sebarang urusan pelanggan seperti penghantaran produk, support dan sebagainya. Melainkan jika anda ada berikan bonus dan anda perlu hubungi mereka selepas mereka buat pembelian melalui link affiliate anda.
Jelas? Itu kelebihan clickbank..
Sekarang kita masuk bab cabaran pula.. jangan lihat yang indah-indah sahaja J
Orang kita nampak asal tak payah ada produk sendiri & boleh dapat komisen USD je dah excited sangat-sangat.. Nanti dulu.. teruskan bacaan anda..
Antara cabaran utama bila anda jadi affiliate dengan clickbank ini ialah:
- Persaingan yang tinggi
Nama pun international market, sudah tentunya anda bersaing dengan mereka yang terdiri dari pelbagai negara, anda pakai lah teknik promosi apa pun. Pasti ada sahaja pesaing yang mempromosi produk sama.
- Kos Pengiklanan yang tinggi
Cuba anda run kempen FB ads atau Google Ads untuk pasaran luar negara. Anda akan nampak perbezaan dari kos yang agak ketara. Kalau anda harap dengan modal RM100 – RM200 untuk mula kempen promosi luar negara anda lupakan sahaja lah.
Saya pernah dapat PM dari seseorang dia kata dah guna duit dekat RM1000 tapi satu sale pun tak dapat lagi.
- Kadar refund rate yang tinggi
Clickbank sangat menjaga pelanggan, jika pelanggan nak refund, clickbank tetap akan refund item yang dia beli, clickbank ada banyak produk tapi tak banyak produk yang betul-betul boleh puaskan hati pembeli..
Jadi jangan terkejut jika komisen yang anda terima tak sampai sebulan kena tarik balik sebab customer nak refund.
Sebenarnya banyak lagi cabaran dia.. tak masuk bab marketing, costing dan tools lain yang anda kena guna kalau betul-betul serius nak buat duit dengan clickbank.
Jadi apa cara terbaik & paling pantas untuk promosi produk clickbank ni?
Caranya adalah dengan terus target pada orang yang betul-betul mencari produk yang anda promosikan. Dengan menggunakan google ads atau bing ads dah target pada keyword yang orang cari berdasarkan nama produk yang anda promot tersebut.
Ini yang diajarkan dalam Panduan CB method yang saya dah tuan malek lancarkan pada akhir tahun 2017 yang lalu. Alhamdulillah ramai juga yang berjaya dapat hasil.
Namun seperti yang saya bagi tahu kat atas.. ada kena faham dan sanggup hadapi risiko dan cabaran yang telah saya sebutkan.
Ada banyak lagi teknik buat duit dengan clickbank ni namun bagi saya teknik yang diajarkan dalam panduan CB method adalah yang paling mesra newbie setakat ni. Cuma berani atau tak je nak buat.
Ok tamat bab clickbank, kita teruskan pula untuk kaedah buat duit yang lain pula.
BERNIAGA DI FACEBOOK
Ini antara kaedah yang paling terkenal dikalangan rakyat malaysia, asal ada facebook ada page, ada produk tahu buat fb ads , tahu guna whastapp anda dah boleh meniaga J
Kelebihan berniaga di Facebook
- Semua orang guna Facebook
Pagi petang siang malam kebanyakan dari kita akan selalu buka FB, jadi tak hairanlah ada orang yang pernah jadi jutawan dalam masa yang singkat dengan hanya berniaga di Facebook.
- Mesra pengguna
Disebabkan persekitaran FB itu sendiri buat orang selesa dan mudah berurusan dengan kita. Mudah untuk ajak berkawan dan saling bertukar pandangan. Saya sendiri banyak pelanggan panduan saya datang dari kawan-kawan fb.
- Teknologi FB ads yang sentiasa up to date
Jika anda seorang pemain fb ads, anda akan nampak banyak update yang facebook sediakan dalam dashboard akaun fb ads anda. Bermacam kempen promosi yang anda boleh buat.
Post engagment, lead ads, click to website, mesengger ads, dan banyak lagi..
Ok sekarang masuk bab cabaran pula.. dah sedia ke?
Jangan pula anda mula down lepas baca post saya ni ya.. sebab saya memang cerita realiti yang anda kena hadap. Bukan saya reka-reka semua ni.
Ok cabaran berniaga di Facebook pula
- Orang buka Facebook bukan untuk membeli belah
Ya, nama pun laman social, mereka tidak berniat untuk membeli barang atau mencari maklumat seperti pelawat di google.
Mereka buka facebook sebab nak cari hiburan, cari kawan , baca berita2 gosip atau politik.
Jadi anda yang nak menjual ni, kena tahu macam mana nak trigger emosi mereka untuk buat pembelian. Daripada takde sebarang niat untuk beli jadi kepada nak beli barang anda. Ya kerja ini bukan mudah! Sebab itu kebanyakan jerung yang main fb ads mereka upah awek atau gadis cantik yang jadi tukang layan wasap supaya lagi mudah untuk close sale. Ada jugak lah yang menyamar jadi awek (padahal dia laki) . Yang penting boleh buat sales.
Yang pasti saya tak pernah la buat kerja macam tu.. haha..
Itu baru bab gadis yang close sale, tak masuk lagi bab ayat copywriting yang anda kena buat pada iklan anda supaya mereka ikut arahan seterusnya..
- Persaingan yang sangat-sangat tinggi
Ini saya rasa tak perlu bahas lebih-lebih. Semua orang tahu akan perkara ni. Terlalu banyak kelas dan seminar yang ajar pasal FB ads which is sangat bagus sebab boleh bantu ramai orang berniaga di FB.
Masalahnya bila terlalu ramai yang menggunakan platform yang sama, kos pengiklanan jadi mahal dan pengguna FB sendiri semakin muak dengan iklan-iklan yang muncul di wall mereka.
Saya pasti anda sendiri nampak akan perbezaannya, dulu iklan RM30 sehari pun boleh dapat banyak sales, sekarang letak RM100 pun belum tentu ada lead masuk.
Dalam kes ini anda kena sentiada buat “ split test “ . Tak semua iklan di FB mahal kalau anda jumpa funnel yang betul, sebab tu kena sentiada upgrade ilmu.. dah tahu ramai orang pakai fb ads anda kena la usaha supaya lebih maju dari orang lain..
- Risiko akaun kena flag/suspen
Ini lah perkara yang paling tak best, buat iklan je tak lepas. Akaun pulak boleh kena disable. Terus tak boleh buat iklan dah.. malah banyak aduan yang saya terima akaun mereka dibekukan tanpa sebab yang munasabah..
Yang terbaru kini, akaun fb ads akan dibeku jika dalam tempoh 2 bulan tiada sebarang aktiviti pengiklanan dijalankan..
Nampak tak betapa garangnya Facebook sekarang, sebab dia betul-betul nak tapis pengguna yang serius sahaja..
Yang jenis langgar peraturan memang dia terus ban tanpa sebarang kata maaf..
Cukuplah saya kongsi 3 cabaran ni.. Bagi yang hardcore punya player fb ads pasti dia gelak-gelak je sebab apa yang saya sebut ni baru sikit.. haha.
Ok kita masuk topik berikutnya pula.
BERNIAGA DI SHOPEE
Siapa tak kenal shopee? Sekarang semua orang membeli belah di shopee.. Jika dulu kita ada lelong.my , lepastu muncul lazada, zalora , kini nampaknya shopee dah mula tapau mereka semua..
Lazada pun dah mula tergugat dengan kehadiran shopee.
Jadi apa kelebihan jika kita berniaga di shopee
- Pelawat yang sudah dalam “mood membeli”
Sangat berbeza dengan facebook, pelawat yang melayari shopee memang kebanyakan dalam fasa untuk membeli.. mereka scroll dan scroll barang-barang yang mereka berkenan jika terjumpa mereka akan terus buat pembelian.
Kita sebagai peniaga tak perlu susah-susah nak follow up atau tanya macam-macam agar mereka buat belian. Tak perlu nak hire orang lain untuk closing sebab semua sudah diautomasikan oleh sistem shoopee..
Tugas kita sebagai peniaga letak barang kat situ jika ada order masuk terus pos barang..
- Sistem yang mudah digunakan
Anda nak list barang, nak update, nak balas pm, semua ada dalam shopee dan sangat mudah. Paling best di shopee ada fungsi shopee ads, yang mana anda boleh buat iklan target pada keyword.
Contohnya jika anda jual baju hujan, anda target mereka yang buat carian baju hujan di shopee. Saya terima banyak feedback postif dari mereka yang menggunakan shopee ads ni.
Antaranya kos iklan murah dan convertion sangat tinggi.
- Tak perlu susah-susah buat kempen promosi
Jika anda main affiliate seperti clickbank atau berniaga di facebook anda kena buat kempen promosi dari zero dan banyak pula kos lain terutama bab iklan. Tak termasuk kos hosting domain dan tools lagi.. nak hire gadis close sale, nak upah orang buat artikel design dan lain-lain.
Senang cerita kat shopee ni bab promosi anda tak perlu pening sangat, cukup sekadar shopee ads (berbayar) atau boost setiap 4 jam (free)
Fuhhh.. bestnya shopee ni.. x payah pening sangat… haha .. sabar..
kita tengok apa pula cabaran dia..
- Persaingan dari peniaga china dan pemborong
Yes, kebanyakan produk shopee sangat murah malah sama macam harga borong, bayangkan ada barang yang anda boleh beli 1 unit pada harga borong dan post direct dari china.
Ini yang menjadi tarikan utama di shopee, banyak barang murah-murah! Anda yang nak jual macam mana pulak nak survive?
Beli barang borong pun orang lain dah jual murah, takkan nak jual dengan untung singgit dua hinggit.. apatah lagi nak main dropship kat shopee… entah berapa pula untung jadi dropship. Itupun jika ada supplier yang boleh bagi anda harga lebih murah dari kebanyakan seller lain di shopee.
Tapi itu lah shopee, ada peniaga yang sanggup untung seringgit dua untuk 1 item asalkan terjual, kalau dia pemborong takpe sebab dia main volume.
Tapi bagi peniaga kecil seperti anda yang sekadar dropship atau ada stok sedikit macam mana nak dapat income yang selesa dengan shopee?
- Kena ada stok dan barang sendiri di rumah atau stor anda.
Jika anda betul-betul serius nak berniaga di shopee anda kena juga ada stok sendiri. Dengan ada stok sendiri akaun shopee anda lebih selamat, anda boleh pos terus barang pun sampai pada customer dengan lebih cepat sebab tak perlu tunggu lama seperti order di china.
Dengan ada stok sendiri anda boleh hasilkan offer yang menarik, misalnya ada tambahan free gift, kupon, dan sebagainya. Ini jadikan barang yang anda jual lebih menarik dan unik berbanding item lain. Walaupun barang anda sedikit mahal tapi orang tetap tertarik nak beli .
Bagaimana dengan dropship di shopee?
Pada pendapat saya, dropship ni bukan tak bagus tapi untuk long term ianya akan menimbulkan banyak masalah kepada anda sebab anda betul-betul bergantung kepada supplier dropship anda.
Jika supplier anda sentiasa up to date dengan stok dan takde masalah nak pos barang. Harga yang diberi kepada anda pun jauh lebih murah berbanding seller lain di shopee itu tidak mengapa..
sebab anda boleh berniaga di shopee dengan senang hati sebab masih ada untung dan stok sentiasa ada..
Yang jadi masalah bila..
Anda dapat order tapi supplier lupa nak update stok dah habis..
Anda dah submit order supplier pulak lambat pos barang..
Anda cuma untung singgit dua hinggit..
Semua ni akan menjejaskan rating kedai shopee anda. Makin banyak feedback yang negatif anda terima makin sukar pelanggan baru nak lekat kat kedai anda sebab mereka sebelum beli pasti akan tengok feedback dan review.. Kat shopee data ini semua nampak.
- Menghasilkan tawaran yang menarik
Di shopee bagaimana anda nak menyerlah? Terlalu banyak seller yang jual murah.. kalau anda sekadar buat shopee ads dan harapkan jualan tetapi seller lain tetap jual murah anda takkan dapat hasil yang lumayan.
Jadi cara terbaik ialah hasilkan tawaran yang menarik (yang bernilai) sehingga buat pelawat shopee tu tak kisah untuk bayar anda lebih mahal asalkan mereka dapat nilai yang anda berikan.
Boleh jadi barang tu ada free gift yang susah nak dapat.. boleh jadi barang tu orang lain takde jual lagi di shopee.. boleh jadi barang yang anda buat tu jenis custom atau handmade..
Banyak lagi yang anda boleh fikir sebenarnya..
Kalau anda sekadar letak barang di shopee dan harapkan sale juta-juta jangan mimpi..
Sediakan tawaran yang menarik kemudian run shopee ads pasti anda akan dapat result yang lumayan..
Ini yang saya dan team tunjukkan dalam panduan teknik rahsia shopee. Alhamdulillah ramai yang puas hati dan berjaya mendapat hasil yang lumayan..
Saya harap kini anda jelas..
Tiada satu pun kaedah kat atas ni yang boleh kata senang dan mudah gila untuk dapat hasil. Semua ada cabaran dia.. yang mana tak sanggup hadapi cabaran itu lah yang takkan berjaya walau buat teknik apa sekalipun.
Namun jika anda tanya saya kaedah mana yang paling sesuai jika anda seorang newbie, saya pilih shopee adalah cara terbaik.
Sebab utama ialah anda tak perlu nak buat kempen marketing sangat.. sebab pelawat disana sudah dalam mood membeli. banyak juga pm saya terima katanya dia dapat order walau belum buat iklan sekalipun.. hanya sekadar listing.
Bagi anda yang berminat mahu berniaga di shopee baik mulakan sekarang sebelum makin ramai yang guna kaedah yang sama dan cara yang sama.
Untuk panduan shopee saya sangat rekeman untuk anda beli pakej rahsia shopee. Kami bagi group support yang terbaik buat anda. Boleh tanya soalan banyak-banyak sampai anda betul-betul boleh jana extra income sehingga 5 angka dengan shoppe. KLIK SINI UNTUK DAPATKAN RAHSIA SHOPEE
Tuan teknik rahsia shopee ni takde affiliate ke? sy nk promotekan kat blog
ada tuan, daftar disini https://zyanonlinemarketing.onpay.my/affiliate/login
Tawaran hari single tu memang best. Rugi siapa tak grab