Peluang Buat Duit? Menunggu Atau Cipta?

Peluang buat duit ada banyak.. tapi mana satu yang terbaik? Di zaman serba sibuk sekarang ni.. semua perkara kena buat dengan pantas.. kalau lambat kita akan tertinggal.. yang pasti setiap tindakan itu mestilah disertakan dengan ilmu serta risiko yang kita boleh kawal.


Menunggu peluang atau mencari peluang mana lagi bagus?

Peluang buat duit
Peluang buat duit


Jika anda menunggu… boleh jadi peluang buat duit tu akan datang lambat lagi atau kita sebenarnya tak perasan.. tau-tau je dah berlalu pergi..


Tapi jika kita mencari kita akan jumpa banyak peluang sebenarnya.. lalu kita boleh decide peluang mana yang kita nak pilih..


Macam mana nak cari dan pilih peluang yang betul?


1) Peluang Buat duit – Mulakan dengan apa yang ada di tangan..


Berapa modal yang kita ada… siapa audience yang kita boleh capai.. apa medium online atau offline yang kita boleh gunakan.. siapa pula kenalan atau network yang kita ada yang boleh bantu untuk kita terus maju kehadapan.. semua ni kena tengok balik.. kalau rasa macam kabur-kabur catat terus atas kertas.. catat guna pen


2) Tiada idea nak jual apa… produk apa.. servis apa… Lihat apa yang orang lain jual.


Bukak FB tengok kat wall kawan-kawan jual apa.. kalau ada produk yang kita rasa berkenan nak jual juga cuba tanya dia macam mana nak jual… kalau kawan semua kedekut nak share.. tanya terus kat wall… kalau takde yg bagi tau.. tanya kat group2… mesti ramai yang komen ajak jual itu jual ini..


Selain itu… iklan2 yang kita nampak pun dah boleh jadi idea nak jual apa… bukak shopee lagi lah banyak idea…
Kita bukannya tak tahu nak jual apa.. sebab produk ada banyak.. kita sebenarnya takut nak jual itu jual ini sebab nanti takut rugi.. takut orang tak beli… takut buang masa dan sebagainya.. atau senang cerita kita takut nak ambil risiko.. sebab itu lah mulakan apa yang ada dulu.. kalau risau rugi.. stanby siap2 berapa amount yang kita sanggup rugi.. selagi belum ada amount tersebut jangan mulakan dulu


3) Buat dulu jadi tak jadi tu nombor 18


Selagi tak buat peluang hanyalah sekadar peluang.. rugi kita tak buat… rugi.. tak jadi… takde orang beli.. tu semua fikir kemudian… yg penting risiko masih dalam kawalan kita.. kita dah bersedia jika rugi paling teruk sekalipun.. dari situ lah kita akan belajar..


Contoh mudah… Waktu PKP tempoh hari jualan ONLINE naik mendadak… masa tu ramai peniaga-peniaga baru masuk ONLINE.. siapa yang cepat bertindak berjaya collect jutaan ringgit jualan masa tu.. kini PKP dah habis orang dah mula berbelanja diluar pula… ada jualan online yang menurun dan ada yang masih maintain..


Tapi jika kita mahir cari peluang.. kita boleh masuk mana-mana market yang orang tengah membeli sekarang. contohnya orang sekarang dah mula berjalan-jalan & bercuti. niche pelancongan antara peluang yang terbaik… jual makanan di kedai-kedai… tambah channel-channel offline pula


Bisnes jual sambal garing antara perniagaan yang boleh dicuba selepas tamat PKP ni…. jual di kedai2 runcit yang ada ramai pelanggan datang.. terutama di kawasan tumpuan pelancong…


Fokus untuk supply di kedai-kedai sahaja.. pelanggan akan beli di kedai2 yang telah kita pilih…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*