Saya hampir give up!

Hari ni saya nak share apa yang menyebabkan ramai yang dah give up untuk buat perniagaan… 

Kalau nak ikutkan banyak sahaja masalah.. seperti cashflow yang tak terurus… jualan yang tiada sambutan.. staff buat hal.. company tak boleh cover rugi dan banyak lagi..

Tapi hari ni saya nak sentuh dari segi pengalaman peribadi saya sendiri… yang saya sendiri alami.. yang buat saya sendiri hampir give up.. yang buat saya fikir hampir setiap malam.. ” Sampai bila aku nak jadi macam ni? “

Untuk pengetahuan anda saya tiada company SDN BHD masih lagi enterprise , tiada staff yang ramai ataupun jualan jutaan ringgit sebulan. 

Sebab utama saya masih boleh survive sehingga sekarang ialah pendapatan saya lebih dari komitmen bulanan. Saya tiada kereta mewah dan rumah pun masih lagi menyewa sehingga sekarang. Alhamdulillah cukup..

Kebanyakan masa semua saya buat sendiri kalau ada pun sorang dua partner yang tolong uruskan bisnes, saya lebih selesa untuk upah freelancer berbanding staff tetap..

Saya lebih suka dengan cara macam tu setakat ni.. tak serabut nak fikir..  tapi ada dia punya keburukan iaitu saya dah mula PENAT untuk jual barang atau produk SATU PERSATU PADA SATU PELANGGAN meskipun ada bantuan sistem tempahan.

Hampir setiap bulan saya kena fikir produk baru.. barang apa nak jual.. dan sampai satu tahap saya dah habis idea nak jual apa dah.. ramai orang yang alami hal yang sama terutama mereka yang bekerja sendiri seperti saya.. mula-mula jual produk A lepastu dah slowdown mereka jual produk B kemudian C dan begitulah seterusnya… Saya pasti anda pun pasti ada mengalaminya.

Untuk menjual produk yang sama dengan konsisten untuk jangka masa yang lama sangat lah mencabar sebab tu kalau anda perasan founder-founder produk pun kerap keluarkan produk baru.. sebab tu brand-brand besar pun tak berhenti buat iklan walaupun terpaksa keluarkan jutaan ringgit agar produk mereka tidak dilupakan.

Ini antara punca utama juga kenapa ada orang yang dah macam nak stop berniaga online.. sebab penat dia tak boleh bawak bincang.. penat otak lagi satu hal… nak fikir ayat.. fikir website.. fikir copywriting.. fikir offer apa nak bagi.. fikir marketing apa nak guna..

Lalu saya bawa diri saya ke Kedah pada Januari 2021 yang lepas.. saya asingkan diri saya dari orang lain melainkan sebilangan kecil kawan saya yang tinggal di Kedah.  Saya minta nasihat dari kawan saya yang rata-rata dah buat jualan jutaan ringgit sebulan..

Tahukah apa yang membezakan saya dan mereka?

Kebanyakan mereka tidak jual pun produk mereka. Yang tolong jual ialah staff bahagian marketing, Agen, Stokis, Pekedai..

Lagi banyak staff tolong close sale.. lagi banyak lah jualan mereka..
Lagi banyak agen stokis… lagi tinggi lah jualan mereka..
Begitu juga yang ada letakkan barang mereka di kedai-kedai runcit..

Jadi saya fikir balik, baik saya jadi pengedar dan cari agen saya sendiri.. sebab tu saya buat satu lagi bisnes sampingan iaitu www.sambalgaring.biz

Sambal dia pun sedap & buat ketagih, harga mampu milik, potensi repeat order pula tinggi, Meskipun keuntungan jual produk makanan ni boleh kata sangat rendah, tapi jika ramai yang order dan repeat ianya akan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan dan lebih solid untuk jangka masa panjang.

Sama seperti orang paling kaya di Malaysia.. Raja Gula Malaysia, anda rasa berapa keuntugan yang beliau peroleh untuk setiap 1KG gula di setiap kedai-kedai seluruh Malaysia? ya sangat sikit.. tapi disebabkan berjuta orang beli maka dia jadi lah orang terkaya di malaysia..

Kemudian saya bagi tahu agen-agen saya pula supaya jual terus di kedai-kedai runcit.. kemudian kita bantu sikit-sikit promot kedai runcit tersebut di Facebook Group Kawasan, bagi tahu yang sambal tu ada jual di kedai yang kita letakkan tu..

Alhamdulillah berhasil, ada kedai-kedai yang dah mula restok, agen-agen saya hanya supply kepada mereka sahaja.. Tak perlu penat jual satu-satu.. lagi banyak kedai runcit yang mereka approach lagi tinggi pendapatan pasif yang mereka peroleh. Biarkan kedai-kedai ini semua yang bantu mereka buat jualan. win-win situation!

Kini saya ada bisnes yang boleh fokus pada agen manakala agen saya boleh fokus pada peniaga-peniaga runcit yang sememangnya sudah ada pelanggan yang ramai.

So nasihat saya kepada anda yang membaca artikel ini, cuba lah bina rangkaian perniagaan sendiri yang lebih konsisten.. yang lebih kukuh.. yang tak serabut fikir nak jual apa bulan depan…

Cari produk yang sentiasa ada permintaan setiap masa, murah dan mudah untuk dapat repeat customer. Kalau boleh jual lah produk makanan sebab murah, cepat habis dan orang nak beli lagi jika sedap atau ketagih macam sambal yang saya buat sekarang ni..

Kemudian bina rangkaian anda sendiri melalui kedai-kedai runcit atau peniaga kecil offline..

Tak perlu lagi risau dengan pesaing yang jual di shopee , Facebook, IG sebab kita dah keluar dari market online.. Fokus Offline sahaja kerana market yang lebih besar..

Memang ada orang yang beli makanan online tapi lebih ramai yang terus beli kat kedai-kedai sama seperti anda beli roti gardenia, keropok, gula, beras, ayam.. Semua barang-barang ni masih ramai beli di Kedai-kedai termasuklah sambal ini.

Tak perlu fikir bayar shipping tak perlu nak tunggu berhari-hari sekadar nak menjamah makanan.

Sekiranya anda berminat untuk jual sambal ni dan bina rangkaian melalui kedai-kedai runcit sekitar anda boleh layari : www.sambalgaring.biz

Namun sekiranya anda nak menjual direct pun tiada masalah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*