Saya Warded Seminggu Akibat Covid Fikir Cuma Demam Biasa

Sebagai seorang yang banyak habiskan masa dihadapan komputer dan tak jumpa dengan sesiapa pun boleh kena covid, saya sampai hari ini tak pasti & tak tahu dari mana saya dapat.


Ada banyak teori bermain dalam fikiran saya boleh rujuk video di bawah.


Just simple sharing saya harap dapat beri manfaat pada mereka yang lain.


1) Saya mula demam panas pada awal bulan ni 2 Ogos 2021. Ianya berlaku keesokannya selepas saya menikmati Durian musang king lebih kurang 3 ulas sahaja.. Panas sehari je itupun on off jadi saya tak syak apa-apa dan cuma fikir panas biasa sahaja… memang tiada tanda2 covid seperti hilang deria rasa ataupun batuk-batuk. Saya juga ada beli self test kit dan hasilnya negatif jadi saya dah fikir ini bukan covid. Saya mula gunakan panadol, minum air badak, air kelapa untuk turunkan suhu badan namun suhu tak turun-turun …masih lagi berehat di rumah dan amalkan panadol.


2) Masuk hari ke 6 saya dah mula batuk-batuk dan mengeluarkan kahak berdarah, masa ni saya dah mula cuak, dengan panas badan tak turun-turun fikiran pun bercelaru… hari ke 7 (malam tu) saya terus pergi KPJ untuk buat RTK test… dan result kurang 2 jam dan ternyata saya POSITIF COVID, doktor suruh saya cepat-cepat ke hospital sungai buluh sebab suhu saya yang tinggi mencecah 39 darjah celcius


3) Keesokannya pada hari ke 8 saya terus pergi wad kecemasan di Hospital Sg Buluh.. Kenapa lambat sangat pergi? Sebab saya tak boleh fikir dengan tenang masa ni.. serius rasa macam saya dah bukan dalam realiti… masa otw ke Sungai buluh tu saya tak rasa macam pergi ke Hospital tapi lagi sedang menuju medan perang dengan keadaan badan yang tak bersedia, sangat-sangat lemah.


4) Sampai di Hospital saya terus diberikan kerusi roda dan alat bantuan pernafasan. Begitulah ceritanya bagaimana saya boleh masuk ke hospital.. bermula dengan tahap ego yang sangat tinggi.. fikir cuma demam biasa sahaja.. Degil awal-awal tak nak buat swab dah sampai tahap batuk kahak berdarah baru nak buat swab baru nak pi hospital. Kalau dari awal lagi buat swab at least boleh berjaga-jaga dah untuk terus ke hospital sebab dah tahu sakit apa.. bukannya just fikir sakit demam panas biasa.

Pengalaman di hospital

makanan di hospital

Ok dalam kes saya.. saya warded dan perlukan bantuan pernafasan seperti dalam gambar sebelum ini. Apabila perlu bantuan pernafasan ini bermakna keadaan seseorang tu sangat-sangat lemah…


Saya cuma fikir nak sembuh sahaja . Alhamdulillah saya berjaya keluar hospital dalam tempoh 5 hari namun bagi pesakit yang ada sejarah penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.. tempoh keberadaan dalam wad mungkin lebih lama.. ( tolong jaga kesihatan anda baik-baik)
Apa yang saya buat sepanjang berada dalam wad?


1) Saya tidak bercakap dengan sesiapa, apabila kita bercakap kita akan gunakan banyak tenaga dan ini membuatkan tubuh kita semakin lemah.. saya perasan pesakit lain dalam wad tersebut tak berhenti call dan bercakap dengan kawan2.. sanak saudara.. saya faham pada waktu tersebut ramai yang akan call dan bagi kata2 semangat nasihat dan sebagainya.. tapi hal tersebut akan buat keadaan pesakit lebih parah.. saya perasan mereka lebih kerap batuk apabila kerap bercakap… kadang batuk makin kuat dan melarat sampai nak tidur pun susah. Saya awal2 dah bagi tau parent saya dan rejek semua call yang masuk.. semua hanya melalui text whatsapp sahaja.


2) Elakkan mandi dan elakkan badan dari merasa sejuk, saya siap2 suruh kawan saya belikan tisu basah untuk lap badan at least badan tak melekit, virus ni lain macam aktif dia kalau kita dalam keadaan sejuk apatah lagi terkena air… batuk saya agak teruk bila kena air dan aircond dalam wad tersebut.. sampai tercungap-cungap.. nasib baik batuk saya tu cuma berlaku pada hari kedua di hospital… berbanding pesakit lain.. siap mandi lagi dan bunyi batuk tu dah macam bunyi perang… dengar pun seram… pernah saya matikan aircond dalam wad tu dan batuk mereka berkurang… tapi kalau tak on aircond lama2 bertambah panas pulak bilik wad tersebut.. kesian pula pada petugas yang masuk menggunakan pakaian full ppe..


3) Wajib tidur walaupun sekejap … kalau tak tidur macam mana nak sembuh,. sebab tu saya pakai penutup mata sebab lampu dalam wad takkan tutup dan sentiasa akan ada petugas masuk yang akan ambil darah, xray dan sebagainya.. rasanya sehari cuma sempat tidur 2-3 jam sahaja itupun takkan lena. Sebab tu penting penutup mata dan kalau boleh pakai sekali earphone untuk bantu tidur lebih lena.. saya mainkan music rain piano untuk bantu saya tidur..


4) Elakkan makan manis dan makan berlebihan termasuk buah-buahan… saya hanya makan makanan yang dibekalkan oleh pihak hospital sahaja.. ada sebab kenapa pihak hospital bagi portion nasi yang sedikit.. saya difahamkan virus ni makanan dia gula..lagi tinggi bacaan gula lagi lambat lah nak keluar hospital.. sebab tu petugas kerap ambil bacaan gula pada jari pesakit.. Uncle kat depan saya tu siap makan mee goreng yang diberikan oleh family,.. macam mana lah nak cepat sembuh..


5) Stanby thermos , kalau haus je minum air suam, minum banyak-banyak.. jangan minum air sejuk.. saya perasan kalau sy minum air sejuk saya akan mudah batuk…sediakan sekali minyak angin boleh buat gosok2 kt leher sedikit sebanyak boleh buat rasa diri lebih lega dan selesa..


6) Doktor akan perhati dari masa ke semasa.. kalau dia tengok keadaan kita macam dah ok.. tak batuk2 sangat,.. doktor akan minta kurangkan level oxygen yang kita pakai tu.. hari ke 4 saya dah tak berapa gunakan sangat bantuan alat oxygen.. tapi still perlu pakai terutama waktu tidur..


7) Apabila doktor dah bagi kita keluar hospital, bukannya terus balik kerumah tapi dipindahkan ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) , haa masa ni saya paling sedih.. ingatkan dah terus boleh balik tapi rupanya tidak.. di tempat ni penjagaan agak kurang.. tak banyak doktor atau petugas.. tempat pun takde aircond. dia macam asrama gitu.. pesakit akan ditempatkan disini sebelum boleh balik.. Alhamdulillah saya hanya 1 malam sahaja di wad PKKN ni.. Orang lain ada yang dah seminggu tak balik2 sebab sakit dia datang balik.. ada yang dah balik dari hospital tak pakai bantuan pernafasan tapi masuk PKKKN ni dia sakit balik.. tak pasti kenapa.. mungkin sebab dia mandi air sejuk.. banyak bersembang.. makan minum tak jaga.. bacaan gula naik balik.. disini sebenarnya masih belum boleh tarik nafas lega selagi bacaan darah mengandungi virus covid.. still kena jaga2 terutama bab pemakanan… selagi masih pakai alat bantuan pernafasan selagi itu lah tak boleh balik sebab paru-paru tak cukup kuat.. jadi tak hairanlah ada pesakit covid yang ditahan lama sehingga berminggu-minggu…

Alat wajib patut ada di rumah

Sepanjang saya berada dalam wad saya sentiasa memakai alat ni yang dipanggil oxymeter fungsi dia adalah untuk semak bacaan oxygen dalam darah… Alat ni akan berbunyi jika bacaan bawah dari 95..

kadang kita mana sedar paras oxygen dalam badan kita rendah.. tau-tau je sesak nafas.. macam kes saya.. badan terlalu panas masa tu.. bernafas pun dah makin semput tapi saya buat macam takde apa.. fikir badan masih boleh tahan.. Tau tak tindakan saya ni sebenarnnya sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa saya…

Jika ada alat ni at least dah boleh stanby untuk ke Hospital jika bacaaan oxygen rendah!

  1. Pengukur suhu
  2. Oxymeter : https://shp.ee/4ugm5gx

Sekian dari saya,, semoga sedikit perkongsian dan pengalaman ni dapat memberi manfaat kepada anda dan kenalan anda..

Terima kasih

6 Comments

  1. Sharing yang bagus. Info yang bermanfaat. For your info saya pun skrang tengah kena covid19 tapi kuarantin dia rumah. Macam yang tuan mention, benda ni kadang2 kita dah ambik precaution cuma persekitaran kita yang kita tak pasti. Dalam kes saya saya pun tak tahu saya dapat jangkitan dari mana.
    Tapi yang penting adalah kita jaga diri kita, ambil supplement, vitamin, makan makanan berkhasiat. Saya amalkan habbatusauda dan minyak zaitun. Alhamdulillah simptom yang saya hadapi cuma demam dan batuk. Mungkin sebab itu saya hanya dikuarantin dirumah.
    Lagi satu kena cepat ambik tindakan. Jangan fikir demam ini hanya demam biasa. saya telah membuat swap test pada hari ke3, setelah demam selama 2 hari. Jadi tindakan cepat adalah penting kerana covid ni menyerang lain macam caranya.
    Macam yang tuan Zyan inform tadi satu lagi kena minum air masak banyak2 semasa covid ni jangan sekali-kali minum air sejuk. ini akan atack your lung dan batuk akan lagi kerap dan rehat kena cukup.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*