Jika anda sekarang sedang mencari bagaimana untuk menjana pendapatan dengan modal rendah serendah RM50 , sila baca sehingga habis..
Sebelum tu saya nak kongsi sikit lah apa yang saya sendiri dah lalui sebelum saya buat keputusan untuk buat bisnes ini..
Saya dah berniaga online secara sepenuh masa sejak tahun 2012 lagi,,
Ya dah lebih 10 tahun.. Alhamdullillah hasil berniaga dapat lah beli rumah, kereta , travel ke luar negara dan banyak lagi lah pencapaian kecil dalam hidup.. meskipun tak jadi jutawan..
Cuma sampai satu tahap bila diuji dengan dugaan kesihatan yang membuatkan saya terbaring diatas katil selama 3 bulan, (masa tu akibat covid stage 4 + denggi) Sehingga menyebabkan income saya jatuh merudum teruk, maka saya kena ubah sesuatu..
Jadi saya kena cari juga cara bagaimana untuk hasilkan pendapatan yang konsisten, antara ciri-ciri pendapatan yang saya perlukan ialah :
1) Tidak terlalu bergantung sepenuhnya dengan iklan berbayar
Iklan berbayar ni bagus tapi sampai masa ianya akan jadi semakin mahal disebabkan persaingan yang semakin ramai dalam satu platform yang sama.. Nak teruskan, kos akan semakin naik.. kalau stop pula income pun akan turut stop..
Jadi sebaiknya saya kena ada bisnes yang masih boleh beroperasi walaupun saya OFF iklan.
2) Tidak bergantung pada pelanggan baru setiap masa
Mana-mana bisnes pun memang kena sentiasa cari pelanggan.. tapi sebaiknya pelanggan yang kita dapatkan tu dia akan terus membeli dengan kita lagi.. kalau dia cuma datang sekali sahaja lepastu tak membeli dengan kita lagi.. Kita terpaksa cari pelanggan lain lagi..
Cuba lihat kedai makan yang sudah beroperasi bertahun-tahun malah ada yang berpuluh tahun, adalah disebabkan pelanggan yang setia datang kedai mereka setiap kali mereka nak makan…
Berbanding kedai-kedai ala2 hipster yang ikut trending.. ada yang buka setahun dua kemudian tutup.. sebab pelanggan yang datang pun masa tengah trending sahaja kemudian senyap sepi..
2 ciri-ciri ini sahaja yang saya perlukan untuk ada pendapatan yang konsisten setiap bulan.. tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada iklan berbayar dan juga pelanggan baru setiap masa…
Nak tahu apa bisnes yang saya maksudkan?
Menjual SIM KAD TONE WOW!
Dulu saya sangat meragui perniagaan ini, antara sebabnya :
- Plan agak mahal berbanding plan dari telco lain
- Ada ke orang yang nak langgan
- Kalau ada pun berapa lama mereka langgan
- Komisen sikit sebab jual simkad je harga RM10
Rupa-rupanya andaian saya ini meleset jauh… sebabnya…
- Plan lebih kurang sama je.. beza pun tak banyak malah ada kelebihan lain..
- Siap ada takaful, Khairat kematian paling menarik data yang tak habis boleh bawak ke bulan berikutnya (Tiada PEMBAZIRAN) . Malah lagi jimat
- Pelanggan ramai yang setia.. kalau dah suka diorang susah untuk beralih ke telco lain..
- Komisen akan berterusan selagi pelanggan kekal aktif ( mereka top up setiap bulan )
Bisnes ini sangat menepati ciri-ciri yang saya maksudkan diatas..
- Katalah bulan pertama saya dapat 10 pelanggan
- Pada bulan seterusnya 10 pelanggan tadi akan teruskan top up dan saya masih akan menerima komisen
- Saya boleh teruskan tambah lagi pelanggan untuk tambah lagi komisen tanpa risau komisen saya akan drop secara drastik
- Untuk bulan berikutnya jika saya sibuk dengan urusan lain sampai tak sempat nak cari pelanggan baru.. komisen tetap akan saya terima asalkan pelanggan lama masih teruskan top up..
Berapa Modal Nak Join Bisnes Ini?
Harga simkad cuma RM12.50 sekeping,
Ada beberapa cara anda boleh dapatkan simkad
Pertama : Anda borong sendiri dari HQ lalu jual kepada kawan-kawan dan saudara mara, anda boleh berikan simkad tu secara percuma yang penting mereka buat pendaftaran.. anda rugi RM12.50 tapi bulan-bulan berikutnya anda dah untung hasil pembelian top up mereka
Kaedah kedua : Anda juga boleh minta pihak HQ poskan terus ke alamat pelanggan anda, anda perlu bayar kos postage + simkad. Cara ni paling selamat sebab anda boleh collect payment dahulu ataupun anda cover untuk postage.. cara ini juga paling sesuai jika pelanggan anda berada di lokasi yang jauh.. Jika berdekatan Face to Face sebaiknya anda ada stok simkad.
Kaedah ketiga : Anda gunakan sistem kerja simple iaitu serendah RM50 untuk pendaftaran (kekal no lama). Segala penerangan, follow up dan juga postage diuruskan oleh pihak kerja simple.. tugas anda cuma perlu share link sahaja. cuma kaedah ini hanya sesuai untuk market online sahaja kos mentenen RM10 setiap bulan turut dikenakan.
Untuk penerangan mengenai sistem kerja simple boleh rujuk video di bawah
Dengan bisnes tone wow ni, saya tak perlu bersusah payah lagi untuk mencari pelanggan baru.. kalau ada Alhamdulillah… kalau tiada, komisen masih tetap akan masuk..
Sebenarnya banyak lagi kelebihan lain tapi post ni nanti akan jadi terlalu panjang.. saya akan sambung pada post berikutnya 🙂
Cukuplah anda faham bisnes ini kena jual simkad dan simkad tu anda sendiri kena gunakan supaya anda dapat explain dengan lebih jelas kepada bakal pelanggan anda juga nanti.
Jika mereka tak berminat tak mengapa… boleh jadi bulan depan ataupun tahun depan mereka akan berminat.. tak mengapa.. teruskan mencari pelanggan yang lain… jangan mudah putus asa..
Anggap sahaja tone wow ini adalah bisnes sampingan yang anda akan lakukan pada waktu lapang daripada berlalu begitu sahaja..
Bagi anda yang nak tahu lebih lanjut mengenai bisnes tone wow ni sila baca penerangan disini : www.zyan.my/simkad atau anda juga boleh order terus simkad dengan saya : wa.link/bfmulc
Leave a Reply