Final – Bagaimana Nak Full Time Online

Untuk bahagian 1 – klik disini

Untuk bahagian 2 – klik disini

Ilmu yang ketiga mesti semua dah tahu,

Tak lain tak bukan ialah “MARKETING” tapi ingat, marketing bukan segalanya… (baca sampai habis nanti anda paham)

Cuma, kalau tak buat marketing, macam mana nak bagi orang nampak dan kenal produk/servis kita?

Marketing ini ada banyak, saya pasti kalangan anda ramai yang dah belajar macam2 ilmu marketing, FB ads, Google Ads, Personal branding, Seo, Video dan banyak lagi..

Tapi sayangnya.. ramai yang tak boleh fokus/konsisten … … banyak sangat teknik nak buat…

Ok ni saya nak cerita sikit antara kenalan saya yang buat full time..

1) Dia jual barangan aksesori, cara dia promosi cuma guna fb ads dan setting post engagement sahaja.. kalau sebut power editor ke retargeting ke pixel apa semua tu dia tak tau.. tapi maintain boleh sale 4 angka sehari..

2) Lagi sorang kawan saya perempuan, cuma main kat wall fb sahaja.. tapi dia antara top stokis produk rambut.. walaupun likers dan followers tak banyak tapi dia rajin update aktiviti bisnes kt wall .. fb ads & semua tu mana dia reti..

3) kawan saya ni baru jer angkat kereta baru harga 100k+ .. dia jual gadget, cara dia iklan kat group-group sahaja.. seminar ke kelas dia tak pernah dtg.. tapi dia konsisten iklan kt group.. customer pun ramai percaya kat dia.. makin ramai yang repeat order pulak tuh..

Ketiga-tiga mereka ada persamaan iaitu “konsisten” dalam melakukan sesuatu perkara.. walaupun cara mereka promosi tak advance mana pun..

Point kat sini ialah, kalau anda dah belajar ilmu marketing, buat lah sungguh-sungguh, buat sampai jadi, sampai ada pelanggan beli dengan anda.. kemudian anda ulang proses yang sama…

Jangan lah bila baru buat separuh tiba2 terus stop then cuba cara lain pula… nak tambah banyak2 channel marketing tak salah, tapi pastikan yang sebelum ni dah berjalan..

Saya sendiri pun sampai sekarang fokus lebih kepada FB wall & email marketing.. lain2 tu sampingan sahaja.

Sekian celoteh saya malam ni.. Sebagai balasan harap sudi kongsikan blog saya dengan kawan-kawan anda..

InsyaAllah akan ada banyak lagi perkongsian menarik di blog Zyan.my

Sekian terima kasih..

Yang prihatin
– Abam Zyan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*