Kategori Bisnes Online Mana Yang Anda Patut Fokus?

Funny Boy

Khas buat newbie yang masih tak jelas nak buat bisnes online yang mana satu.. 

Sebab sekarang ni banyak sangat peluang.. tak tahu nak pilih dan buat yang mana… 

Akhirnya lari fokus.. 

OK saya pecahkan kepada beberapa kategori : 

1) Bisnes Servis 

Ada banyak servis yang anda boleh tawarkan secara online seperti design grafik, design website , servis menulis, servis buat iklan dan lain-lain.. 

Anda ada kemahiran yang boleh membantu orang?

Buat lah bisnes servis.. saya sendiri ada banyak orang PM tanya buatkan landing page la website la.. tp masa je takde..

Kalau sempat saya buat lah.. 

2) Online Store – Ecommerce 

Yang ni semua sedia maklum, anda boleh jual barang anda di shopee, lazada, ebay, atau mana-mana platform yang membenarkan anda meletakkan barang anda. 

Saya prefer anda fokus sahaja kat shopee untuk local punya market.. ada bajet lebih baru upgrade buat kat ebay ke amazon ke.. 

Ada bajet lebih lagi?

Buat je online store sendiri lepastu keluar duit untuk marketing website.. yang ni next level punya game macam shopify tu…  banyak benda kena tahu.. research, tools2 dan plugin.. 

3) Info produk / digital produk / online course 

Jika anda ada ilmu yang bermanfaat pada ramai orang dan anda boleh jadikan sebagai bahan pembelajaran apa kata anda jualkan dalam bentuk ebook atau video 

Anda boleh terus jual melalui online sistem macam onpay semua boleh boleh diautomasikan. 

Tapi nak jual produk info ni pun ada cabaran dia.. bukannya buat hari ni esok terus orang beli.. kena kumpul crowd dulu atau database

4) Affiliate / Dropship 

Bisnes yang ni lebih kepada anda yang tak nak pening kepala untuk ada produk sendiri…  ini juga yang ramai orang minat nak buat..

Cabaran dia ialah dari segi marketing dan kadang keuntungan itu tak berbaloi dengan usaha anda.. 

Kena tahu nak promot produk yang mana.. yang senang convert dan boleh bagi komisen yang tinggi.. 

Jika anda serius dengan bisnes affiliate ni.. make sure ada database sendiri atau audience/followers..

5) Bisnes coaching 

Yang ni anda kena jadi sifu lah.. kena ada sesuatu yang hebat yang anda dah capai… baru lah boleh caj mahal sikit untuk ajar orang..

Cuma kat Malaysia ni banyak propa.. kena hati-hati pilih.. kalau dia sembang sale juta-juta tapi kita sendiri tak jelas apa dia buat.. 

Tapi bisnes coaching ni mmg masyuk la.. jual air liur jer… dengan syarat ilmu tu betul2 kena proven lah.. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*