Cara Buat RM50 Sehari Dengan Affiliate Produk Digital

Nak Buat Sekurang-kurangnya RM50 sehari dengan affiliate? Tak mustahil! Baca sampai habis!

Affiliate marketing adalah salah satu cara terbaik untuk jana pendapatan online, terutama bagi mereka yang baru mula. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan langkah-langkah mudah untuk newbie buat duit dengan affiliate produk digital menggunakan kaedah percuma sahaja.

1. Pilih Niche

Langkah pertama adalah memilih niche yang anda minati atau ada pengetahuan. Contoh niche yang popular termasuk kesihatan, kecantikan, teknologi, dan kewangan. Pilihan niche yang tepat akan membantu anda fokus dalam penghasilan kandungan dan menarik audiens yang berminat. Jika anda tak tahu nak pilih niche apa, saya sarankan niche “buat duit online” sebab semua orang nak buat duit extra!

2. Daftar Program Affiliate

Cari program affiliate yang menawarkan komisen menarik untuk produk digital. Contoh program affiliate yang popular di Malaysia termasuk Shopee, Lazada, dan program affiliate dari vendor tempatan yang menjual produk digital seperti ebook, video tutorial, dan software. Pendaftaran biasanya percuma dan mudah.

Anda boleh join promosi produk yang saya jual iaitu panduan mengenai shopee affiliate dan juga canva template, Sebabnya kedua produk ini sangat murah dan lebih mudah convert berbanding produk digital yang lain. Bayaran juga saya akan terus transfer apabila melebihi komisen melebihi RM30 keatas.

Klik disini untuk daftar/login >> https://zyan.my/affiliate

3. Bina Platform Percuma

Untuk mempromosikan link affiliate anda, gunakan platform percuma seperti:

  • Blog: Gunakan Blogger atau WordPress.com untuk bina blog anda sendiri.
  • Media Sosial: Facebook , Instagram, TikTok, dan YouTube adalah platform yang bagus untuk berkongsi kandungan anda.
  • Facebook Group : Sertai FB group yang berkaitan dengan niche anda untuk berkongsi pengetahuan dan link affiliate

4. Buat Kandungan Menarik

Hasilkan kandungan yang berkualiti dan relevan dengan niche anda. Antara jenis kandungan yang boleh anda buat termasuk:

  • Ulasan Produk: Tulis ulasan terperinci tentang produk digital yang anda promosikan.
  • Tutorial: Buat tutorial tentang cara menggunakan produk tersebut.
  • Artikel: Tulis artikel informatif yang berkaitan dengan niche anda.

Pastikan anda selitkan link affiliate dalam kandungan tersebut.

Untuk melihat contoh kandungan yang menarik boleh lihat di page ini

Anda juga bebas untuk copy edit dan paste di platfom anda.

5. Promosi di Media Sosial

Gunakan media sosial untuk kongsikan kandungan anda. Sertai group dan page yang berkaitan dengan niche anda dan aktif dalam perbincangan. Elakkan spam; sebaliknya, berikan nilai kepada komuniti dengan berkongsi maklumat berguna.

6. Gunakan SEO

Belajar asas-asas SEO (Search Engine Optimization) untuk memastikan kandungan anda mudah dijumpai di enjin carian seperti Google. Ini termasuk penggunaan kata kunci yang relevan, tajuk yang menarik, dan meta description yang tepat.

7. Kongsikan di Group FB dan Blog Orang Lain

Sertai FB group atau Whatsapp Group yang berkaitan dengan niche anda dan aktif dalam perbincangan. Tinggalkan komen yang berguna di blog orang lain dan sertakan link ke kandungan anda jika relevan. Ini boleh membantu menarik trafik ke platform anda.

8. Bangunkan Mailing List

Kumpul email dari pengunjung laman web atau follower anda. Gunakan platform percuma seperti Mailchimp (untuk akaun asas) untuk hantar email berkala dengan kandungan berguna dan promosi link affiliate anda.

Jika anda tak mahu atau tidak tahu menggunakan kaedah email marketing, saya ada sediakan panduan cara guna sistem onpay untuk tujuan yang sama >> Panduan Simple Funnel

9. Berkongsi Testimoni dan Ulasan

Jika anda telah menggunakan atau membeli produk tersebut, kongsikan pengalaman dan ulasan anda. Testimoni yang jujur dan personal lebih mudah menarik minat orang lain untuk membeli melalui link affiliate anda.

10. Gunakan Platform Percuma Lain

Anda juga boleh menggunakan platform percuma seperti Youtube, twitter X, dan Tik tok untuk kongsikan kandungan anda dan menarik trafik ke link affiliate anda.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh mula buat duit dengan affiliate produk digital tanpa perlu keluarkan modal yang besar. Kunci utama dia adalah sentiasa konsisten dalam melakukan promosi meskipun cara yang digunakan adalah percuma.

Dengan tahap DISIPLIN yang tinggi dalam melakukan PROMOSI. Jangankan RM50 sehari.. RM500 sehari pun tak mustahil.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*