Cara Promosi Affiliate Step By Step 2019

Bagi yang nak mula promosi produk affiliate mohon baca post ini dengan teliti..

Saya dapati ada 3 golongan utama yang mempromosi produk affiliate di Malaysia..

Golongan pertama : Otai atau sifu yang sudah ada banyak database dan followers. Mereka paling mudah buat sales sebab dah ada fanatic audience .. kalau promot apa pun orang akan beli sebab dah yakin dan percaya..

Golongan kedua : Bukan otai atau sifu yang dikenali tapi rajin menggunakan paid marketing seperti fb ads dan google ads , ada juga yang menggunakan pemasaran email untuk promosi produk affiliate.. Kempen remarketing dan follow up marketing banyak digunakan untuk bina kepercayaan sebab mereka bukan kalangan otai atau sifu yang ada banyak followers..

Golongan ketiga : Newbie yang banyak pakai direct marketing.. posting kat wall facebook dan group.. terus tepek link affiliate dengan harapan orang akan beli. Kadang-kadang tak tahu nak mula macam mana dan promot macam mana sebab memang zero..

So perhatikan anda di golongan mana?

Jika anda berada dalam golongan ketiga anda perlu baca posting ini dengan teliti dan sampai habis.. kalau tidak sukar untuk buat sebarang jualan..

Cara promosi affiliate step by step terutama untuk newbie yang baru nak mula:

Namun sebelum itu pastikan anda sudah daftar sebagai affiliate dan sudah tahu anda nak promosi produk apa.. jika belum sila baca post ini mengenai program affiliate terkini anjuran saya.. https://zyan.my/duit-affiliate-baca-ini/

Pertama sekali : Kenal pasti siapa target pelanggan anda.. Panduan shopee misalnya.. siapa yang anda nak target? Mestilah mereka yang nak buat tambahan.. yang nak cari income.. lagi bagus kalau dia tahu pasal shopee dan dia nak belajar berniaga di shopee

Kedua : Gunakan medium atau channel yang anda ada dahulu.. misalnya wall facebook anda atau group-group di facebook.

Ketiga : Gunakan teknik bertanya dahulu sebelum promosi. Misalnya.. Tanya dulu ada sesiapa yang nak belajar bagaimana buat jualan di shopee? PM saya sekarang atau komen..

Keempat : Hubungi mereka yang komen atau pm anda dan bagi tahu ada panduan mengenai cara bagaimana nak berniaga di shopee.. kemudian anda berikan link affiliate anda kepada mereka untuk buat pembelian . Kalau mereka tak reti isi borang anda bantu mereka isikan borang pastikan guna link affiliate anda ya…

Kelima : Perkara biasa kalau merea tidak beli terus atau tidak respon. boleh jadi mereka tidak minat atau tidak sempat baca mesej anda atau sibuk dengan urusan lain. Cara terbaik ialah follow mereka dan bertanya dan bagi tau sekali lagi mengenai panduan tersebut..

Ya.. ini sahaja yang anda patut buat sebelum anda nak naik taraf masuk ke golongan kedua atau pertama yang pastinya lagi banyak masa dan modal untuk dibelanjakan…

Cabaran untuk kaedah ini ialah anda perlu posting di banyak group2 facebook serta perlu tambah rakan-rakan di facebook sebanyak yang mungkin.. pastikan anda add mereka yang peminat page2 bisnes atau berkawan dengan orang2 bisnes atau marketing..

Benda takkan ada hasil jika anda tidak mulakan sekarang..

Tapi kalau anda tanya ada tak cara lain yang lebih mudah?

Lebih mudah itu tidak ada.. tapi cara yang lebih cepat dan tak perlu buat banyak kerja tu ada! iaitu anda kena masuk jadi golongan yang kedua iaitu mula menggunakan paid ads , email marketing, remarketing., follow up sistem dan sebagainya..

Yang tu kena lah keluar modal lebih sikit.. bab ni saya akan terangkan lebih mendalam dalam group telegram dan pada post lain yang akan datang..

Sekarang cuba gunakan dahulu channel dan audience yang anda ada.. sebab mereka sahaja yang mungkin pernah berurusan dengan anda sebelum ini dan anda sudah mendapat kepercayaan daripada mereka . 🙂

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*