Pasti kalangan anda ramai yang sudah tahu betapa pentingnya content. Sekarang ni pula ramai yang sebut-sebut pasal content.. content marketing.. digital marketing..
Yes.. semua kini memerlukan content .. sama ada anda mahu sekadar survive atau success content wajib ada jika tidak anda akan tenggelam sedikit demi sedikit… dan akhirnya bisnes anda.. nama anda.. orang akan lupa dan semakin dilupakan…
Tak nak semua tu terjadi? baca artikel ini sampai habis..
Sebelum tu apa yang anda faham mengenai content?
Kena buat blog ke? Kena tulis panjang-panjang ke? Atau kena buat buku?
Jawapannya terserah pada anda selagi apa yang anda kongsikan itu bermanfaat dan buat ramai orang suka dengan anda.
Apa jenis content yang terbaik?
Tulisan? Video? Audio atau Gambar?
Kalau tulis kena pendek ke panjang? Kalau video pula macam mana?
Saya bagi contoh paling mudah lah.. content creator paling ramai setakat ini yang saya nampak ialah ” Youtuber ”
Di Malaysia kita ada channel youtube berkaitan dengan makanan seperti , Pian padu beb studio, kechup studio , dan lain2.. Ada juga channel berkaitan dengan gaming seperti oohami , syafiq aiman etc.. Kalau gadget kita ada channel seperti Amanz..
Di luar negara kita boleh tengok banyak lagi channel seperti MKBHD, Casey neistat, Mark weins, food rangers dan banyak lagi lah…
Mereka semua ni adalah content creator yang lebih kepada video. Content mereka semua lain-lain tapi tujuan mereka sama iaitu mendapatkan crowd dan audience yang setia.
Youtube juga akan memberikan mereka penghargaan apabila mencecah 100k subscriber, 500k subscriber dan 1juta subscribers..
Apa nak buat dengan subscriber banyak-banyak ni?
Disini lah permainan sebagai content creator ni bermula..
Ada yang menyediakan servis paid review, ada yang jual cenderahati seperti tshirt, ada yang jual buku..
Cuma saya pelik dan hairan.. bila berkaitan dengan youtube sahaja ramai yang sibuk nak tahu macam mana nak buat duit dengan youtube.. macam mana nak buat youtube bayar kita..
Kalau anda tak mampu buat video youtube anda views sampai cecah juta-juta, percayalah anda takkan dapat banyak dengan youtube.. lebih baik anda jual barang di youtube.. itu lebih menguntungkan.
Saya bagi contoh mudah seorang youtuber yang saya follow sejak dari jumlah subscriber dia 100k.. kini sudah hampir cecah 5 Juta subscriber kurang dari 2 tahun..
Nama beliau Atta Halilintar seorang anak muda berusia 23 tahun. Beliau salah seorang youtuber di Indonesia yang saya boleh kata berjaya berbanding youtuber lain di usia beliau..
Pada usia 23 tahun beliau sudah miliki rumah banglo, beberapa buah kereta, superbike dan lain-lain hasil dari kerja keras dia sendiri. Pokoknya apa sahaja yang diimpikan oleh seorang lelaki semua sudah dicapai oleh beliau cuma beliau belum lagi berkahwin. (haritu nak kawin tapi mak dia tak restu sb pilihan dia seorang model seksi)
Ok apa yang sebenarnya dia buat?
Bermula dengan content di youtube, dia mengumpul subscribers dan audience yang loyal dengan menghasilkan video-video yang berkualiti…
kebanyakan video adalah berkaitan diri dia lebih kepada Vlog (Ini tujuan dia untuk personal branding) , kemudian dia selit video berkaitan travel, gadget untuk tujuan bisnes.. selebihnya seperti video info , video prank yang bertujuan untuk buat orang stay dan rasa seronok untuk tonton video-video dia..
Boleh kata setiap video juga dia memakai baju dan aksesori brand dia sendiri (AHHA), jadi sambil buat video orang akan nampak brand dan pakaian yang dia pakai. Bila saya buka website dia banyak baju2 dan item dia memang sold out!
Yang pasti apa yang dia buat bukanlah satu perkara yang mudah, perlu kerja keras, konsisten dan tak boleh malas-malas.
Dia pun bukan baru berniaga.. seusia 11 tahun beliau dah mula berniaga di sekolah (masa tu dia sekolah di Malaysia)
Kini beliau mempunyai pelbagai cabang bisnes seperti Bisnes Fesyen, Travel, Makanan Dan lain-lain.. bukannya dia kaya dengan payment yang dapat dari youtube..
Beliau ini cuma salah seorang content creator di youtube dari beribu lagi orang yang menggunakan content marketing.
Bahasa mudahnya anda buat bisnes dan jadikan content marketing ni sebagai langkah untuk anda buat ramai orang kenali bisnes anda.
Content marketing ni pula bukan terhad di Youtube, tetapi di semua media social. Jika rajin dan boleh kerja keras macam si Ahha ni buat la semua sekaligus..
Jika anda tak mahir buat video tak mahir nak edit-edit bagai, pakai la medium lain yang lebih selesa. Misalnya blog saya ni pun sebagai salah satu usaha saya dalam content marketing. hanya perlu luangkan masa sejam setengah dan saya berjaya hasilkan content penulisan ini.
Selain itu anda boleh juga fokus menggunakan FB sahaja. Kumpul ramai followers , rajin up content-content bermanfaat.. platform yang berbeza tapi konsepnya semua sama..
“Kumpul audience yang setia”
Selamat berjaya! All the best! Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas pada masa hadapan bagaimana anda boleh berjaya dan success dengan content marketing ni.
Anda rasa content ini bermanfaat. silakan share ye supaya saya lebih bersemangat nak share info lagi. ^_^
Hebat pencapaian Ahha ni. Yang penting istiqomah dalam satu-satu pekerjaan.