Salam dan hai, haa.. gempak tak tajuk blog post kali ni?
Super Evergreen tu.. ye betul.. saya akan kongsikan kaedah penjanaan traffik yang evergreen.
Sebelum tu ada beza ya… penjanaan traffik dan promosi.. ianya adalah hal yang berbeza..
Penjanaan traffik lebih kepada membina audience bukannya sekadar promosi..
Maksud promosi : Pak Abu supplier tempe, Pak Abu bagi tau kat semua makcik yang jual tempe kat pasar yang dia adalah supplier tempe siapa nak stok tempe hubungi Pak Abu. itu lah promosi
Jana trafik/audience : Pak abu supplier tempe, Pak Abu jemput semua makcik jual tempe untuk datang ke kilang tempe Pak Abu, Siapa datang kilang dapat special discount, register jadi ahli dapat join cabutan bertuah iaitu bonus 10 Kg tempe percuma. maka setiap kali habis stok berpusu-pusu lah semua makcik tempe ke kilang pak abu untuk restok
Nampak tak? Macam sama tapi tak serupa.
Begitu juga online.. anda pun perlukan kilang macam pak abu.. anda juga perlu berikan offer yang menarik macam Pak Abu buat supaya senang pak abu nak contact makcik tu semua.
Jadi apa kaedah super evergreen traffic yang saya cuba nak bagi tau ni?
- Anda kena ada website/blog
- Anda kena ada medium penyampaian
- Anda kena ada sumber traffik
Jika anda ada ketiga-tiga elemen ini anda boleh menerima traffic yang konsisten tanpa perlu terus menerus mencari orang baru..
Saya bagi contoh mudah…
Blog + email marketing + fb ads
Contoh lain…
Blog + fb group + youtube
Lagi contoh…
Website + Whatsapp/telegram + fb ads
Jelas tak?
Kedai + medium penyampaian + sumber trafik
KEDAI : Tak kisah lah anda nak pakai website ke blog ke pakai wordpress ke blogspot.. yang penting orang tahu anda meniaga apa, jual produk/servis apa..anda bagi tahu kelebihan produk.. anda ada sediakan tawaran menarik.
MEDIUM PENYAMPAIAN : Terpulang anda nak pakai software atau servis apa sekalipun yang penting anda boleh hubungi pelawat anda yang datang rumah tu pada bila-bila masa sahaja. Saya secara peribadi suka menggunakan FB group dan juga Email marketing
SUMBER TRAFIK : yang ni saya tak perlu explain kot, anda boleh pilih nak guna kaedah percuma atau berbayar, nak cepat bayar lah… haha.. Fb ads , google ads, Kalau percuma anda boleh guna wall fb , Fb group, Youtube, dan lain-lain…
Untuk Rahsia Shopee yang saya lancarkan..
Saya ada website : Panduanmarketplace.com
Saya ada medium penyampaian : FB group & Email
Saya juga ada sumber trafik . : Wall FB Saya, Rakan2 Affiliate, FB ads & Google Ads
Alhamdulillah setakat hari ini menggunakan kaedah ini jumlah ahli berbayar setakat ini ialah 600+ Orang yang nak belajar berniaga di Shopee.
Saya harap anda dapat belajar sesuatu dan semoga bermanfaat dalam kempen pemasaran anda.
Stop guna kaedah yang tak memberi apa-apa pulangan kepada anda.
Mohon sokongan anda sekiranya anda suka post ini sila like atau share ok 🙂
Teeima kaaih sifu atas tips power ni. In Shaa Allah akan kami manfaatkan.