Coway Ombak Atau Villaem? – Antara 2 Penapis Air Terbaik Untuk Anda

Coway ombak atau villaem? Pernah tak anda terfikir, mana satu model penapis air coway yang terbaik untuk anda dan keluarga?

Dulu, penapis air ni cuma untuk orang yang ada-ada je.

Sekarang ni semua lapisan masyarakat dah pakai penapis air.

Harga pun tak mahal macam dulu-dulu hingga cecah ribuan ringgit kalau nak pakai penapis air.

Sekarang lagi mudah, bayar bulan-bulan, harga pun serendah puluhan ringgit je.

Yelah, dulu tak banyak pilihan.

Sekarang ni Coway dah keluarkan macam-macam jenis model penapis air seperti ombak & villaem

Nak beli penapis air ni mudah je sebenarnya kalau anda dah tahu apa keperluan yang anda nak dari penapis air tu.

Merancang Pembelian Penapis Air

Tapi, kalau masih tak tahu apa spesifikasi yang anda perlukan, itu yang jadi susah sikit tu untuk memilih model yang sesuai.

Sebabnya, lain model, lain isi padu tangki air, lain fungsinya dan lain harganya.

Jadi untuk part merancang pembelian penapis air ni, kami kongsikan kepada anda 3 faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa membuat pemilihan.

  1. Ada Berapa Jenis Fungsi Suhu – Sejuk, Suam, Panas

    Untuk part suhu ni, ini memang benda yang anda perlu perhatikan.Dengan adanya fungsi suhu ni, mudah bagi anda untuk menggunakannya bagi kegunaan harian seperti memasak dan minum. Pastikan model yang anda pilih nanti mempunyai ketiga-tiga jenis suhu ini dan kalau ada lebih, lagi baik!


  2. Isi Padu Tangki

    Lagi besar saiz keluarga anda, lagi besar tangki yang anda perlukan. Jangan disebabkan nak berjimat, anda mengabaikan keselesaan keluarga anda.

    Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda jenis aktif bersukan, sekali mereka isi air dalam botol habis 2 liter air dalam tangki. Tu kalau seorang, kalau 3 orang, kering tangki tu nanti. Hehe.

  3. Servis Maintenance

    Bila dah guna penapis air ni, pastikan anda mendapatkan maintenance seperti yang dipersetujui.

    Bahaya kalau penapis air ni tak diservis. Jangan risau, setkan appointment dengan staff Coway melalui sms atau whatsapp, mereka akan terus ke rumah anda untuk serviskan penapis air anda!

Masih Blur Nak Pilih Model Penapis Air Coway Yang Mana?

Okay, kalau ini masalah anda, kami akan cadangkan kepada anda dua jenis model yang memang top dalam jualan.

Dua model penapis air Coway ini ialah:

  • Penapis Air Coway Villaem 2
  • Penapis Air Coway Ombak

Penapis Air Coway Villaem

Bagi model Villaem ni, rekaan luaran model ini lebih canggih dan menarik berbanding model-model yang lain.

Coway Villaem 2

Ini antara sebab kenapa anda perlu pilih model ini!

1. Rekaan yang canggih dan menarik. Ditambah lagi dengan kapasiti tangki yang lebih besar iaitu 11.3 liter. Malah bagi anda yang kekurangan ruang untuk meletak penapis air, Coway Villaem lebih kecil dan mudah untuk diselit di mana-mana bahagian di ruangan dapur.

2. Satu perkara yang menarik untuk model ni, akan ada satu lampu yang automatik terpasang bila kawasan dapur anda gelap. Jadi sangat sesuai untuk anda yang ada anak kecil dan perlu membuat susu pada waktu tengah malam.  Lampu automatik ini dipanggil mood lamp.

3.  Model ini mempunyai built-in sensor yang akan membantu anda untuk lebih berjimat!

Pada waktu malam, semasa kita masuk tidur, semua fungsi penyejuk dan pemanas air akan ditutup. Ini akan membantu anda untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Penapis Air Coway Ombak

coway ombak
coway ombak


Untuk model ni, ianya dicipta khas untuk rakyat Malaysia dan inilah sebabnya model ini dinamakan Ombak. Model ombak ini mempunyai kapisiti tangki air yang besar iaitu 13.5 liter. Antara yang terbesar dalam senarai penapis air jenama Coway.

Nak tahu tak kenapa anda wajib pilih model Ombak ni?

1. Mempunyai isipadu yang besar dan sangat sesuai untuk keluarga yang ramai. Jadi jangan risau, kalau digunakan secara kerap pun tak ada masalah. Dengan suhu air yang pelbagai, sehingga 50 tetapan suhu dan ianya sangat memudahkan semua urusan harian anda!

Oh ya, kalau anda ada anak kecil, jangan risau, model Ombak ini juga turut dilengkapi dengan child-lock. Jadi tak perlu risau lagi kalau anak anda main dengan air panas!

2. Ada fungsi Power Save dan juga Night Mode. Fungsi ini akan berlaku untuk menjimatkan penggunaan elektrik pada waktu malam. Dikatakan juga akan berlaku penjimatan tenaga sebanyak 30% berbanding pada waktu pagi.

3. Ni antara fungsi yang power, iaitu fungsi UV sterilization atau dalam Bahasa Melayunya, Sinaran Cahaya Ultraungu. Ianya berfungsi untuk membunuh kuman dan bakteria yang terdapat pada muncung air.

Okay secara kesimpulannya, Jika anda ada ahli keluarga yang sederhana boleh pilih Villaem. Tapi kalau ahli keluarga anda memang ramai bole pilih model Ombak sebab isipadu tangkinya lebih besar.

Jika anda mahu mendapat keterangan dengan lebih lanjut boleh juga hubungi saya ( Zyan) . Selain seorang peniaga online saya juga pengedar coway yang sah.

Boleh hubungi saya 017-8715112 atau wasap saya terus disini

Saya akan bantu anda buat pilihan yang terbaik!

Ayuh! hidup sihat dengan minum air yang bersih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*