Salam hormat,
Hari ni saya nak berkongsi cara bagaimana hasilkan sekurang-kurangnya RM100 sehari. Cara ini tiada jaminan tapi anda boleh cuba, malah tak perlu modal yang tinggi pun..
Bagaimana caranya?
Dengan jual produk digital!
Perasan kan kenapa banyak sifu-sifu yang buat kelas-kelas online atau jual panduan online. Sebab mereka tiada kos produk untuk dikeluarkan. Kat situ pun dah jimat banyak kos.. Kalau jual RM50 , RM50 lah untungnya. Melainkan kalau dia ada keluar kos lain untuk iklan , software dan sebagainya. Tapi still masih untung banyak.
Produk digital yang paling mudah sekali nak hasilkan ialah ebook ataupun video. Berbanding kelas, anda perlu buat live dan kena kumpul ramai-ramai student.
Persoalan seterusnya, nak kena claim sebagai cikgu atau sifu ke kalau nak jual produk digital ni?
Sudah tentu tidak… kita cuma berkongsi maklumat atau jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah dan orang sanggup bayar untuk itu meskipun kita bukan cikgu, prof atau sifu..
Saya sendiri tak pernah claim saya ni coach ke sifu ke apa… tapi sebab saya suka berkongsi di blog dan Facebook ada jugak lah yang panggil saya sifu..
Nak jual ebook atau video pasal apa Zyan?
Cuba cari 1 masalah yang anda kenal pasti. Cuba cari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut. Kemudian jadikannya kepada produk digital. Tapi pastikan anda permintaan dan orang sanggup bayar.
Macam mana tu?
Masih confuse?
Ok biar saya bagi contoh. Tolong bagi perhatian 100%!
Pertama sekali : Kenal pasti masalah
Sekarang antara masalah yang dihadapi oleh ramai orang ialah kenaikan harga barang betul tak?
Harga ayam naik.. harga buah naik.. harga sayur naik..
Apa solusi untuk atasi masalah ini?
- Ternak ayam sendiri
- Tanam buah sendiri
- Tanam sayur sendiri
Nak ternak ayam dan tanam buah memerlukan tanah yang luas.. permintaan itu ada tapi agak sukar untuk diaplikasikan oleh kebanyakan orang terutama yang tinggal di bandar.. Bagi mereka yang tinggal di kampung memang tiada masalah.
Bagaimana dengan sayur?
Kalau sayur sesiapa sahaja boleh tanam meskipun tinggal di apartment atau kondo dengan menggunakan kaedah hydroponik.
Berapa ramai kat luar tu yang mahu ada tanaman hydroponik sendiri tapi tak reti nak set up?
Saya pasti ramai.. sangat ramai…
Berapa ramai pula kt luar tu yang sanggup spent duit untuk tanam sayur di rumah?
Perhatikan gambar dibawah.. ini adalah gambar peralatan hydroponik yang dijual di shopee…
banyak kan yang dah terjual?
Dari sini sahaja anda boleh nampak yang permintaan terhadap niche hydroponik ni memang boleh jual. Orang sanggup keluar duit!
Kalau peralatan macam ni mereka boleh beli.. setakat ebook atau video harga RM50 mereka memang takde masalah nak beli juga asalkan tujuan dan matlamat mereka tercapai.
Macam mana nak jual? kat youtube kan sudah ada tutorial.
Tutorial percuma tidak sama dengan tutorial berbayar.. kadang2 ada yang video di youtube sudah terlalu lama.. sudah outdated..
Sebab tu ada orang yang sanggup bayar untuk dapat lebih seperti
- Ada group sokongan
- Ada video atau panduan baru
- Ada komuniti
- Ada sumber untuk dia beli barang
- Dan lain-lain lagi..
itulah tugas anda sebagai penjual..:)
Tapi tu baru kelebihan dari segi produk dan apa value yang anda boleh bagi. Bagaimana pula proses untuk convert dari bukan pembeli kepada pembeli?
Mestilah dengan strategi menjual ( kita panggil funnel )
Funnel ni ada banyak.. funnel paling mudah ialah dengan berikan sesuatu yang PERCUMA dahulu kemudian follow up suruh mereka dapatkan yang BERBAYAR pula..
Siapa tak suka barang percuma, semua orang suka… termasuk lah orang yang tak kenal anda. dari situ lah kita akan dapatkan prospek.
Dalam niche hydroponik apa benda percuma yang anda boleh berikan?
Banyakkk…
jenis-jenis peralatan hydroponik
Jenis-jenis sayuran yang sesuai ditanam..
Langkah menanam bayam
Cara tanam cili, terung dan etc
Dan macam-macam lagi..
Anda jadikan sebagai ebook dalam 7 atau 10 muka surat pun sudah cukup..
Tapi janganlah tunjuk semua jenis tanaman..
Dapatkan database mereka seperti no telefon dan email.
Kemudian follow up untuk dapatkan yang versi berbayar pula..
Yang berbayar mungkin anda boleh tunjukkan step by step cara nak set up tanaman hydroponik
Dari proses pembelian peralatan, sehinggalah cara pasang dan menual hasilnya.
Setakat ni jelas tak?
Mungkin nanti saya akan buatkan video khas untuk terangkan perkara ini. Nantikan ya.. 🙂
Percaya lah.. zaman sekarang ni orang sanggup bayar untuk selesaikan masalah mereka.. Lagi besar masalah mereka lagi tinggi bayaran yang sanggup mereka keluarkan. Yang penting MASALAH SELESAI!
Bagi anda yang berminat untuk mendalami ilmu bisnes produk digital boleh dapatkan Digital Produk Blueprint : https://www.azian.co/digital
DISKAUN 40% Menggunakan Kod Kupon : BLOG
Leave a Reply