Ramai yang sangka meniaga online ni masyuk.. selamat… dan paling sesuai untuk dijalankan meskipun musim covid… ya.. ada betulnya.. tapi tidak semua..
Bila sebut usahawan online ni.. agak luas… ada banyak kategori…
Ada yang memang 100% menggunakan internet untuk berniaga.. misalnya buat servis online.. servis marketing.. dropship.. cukup sekadar mempunyai sebuah laptop dan internet… boleh buat di mana-mana.. sama la juga seperti saya yang aktif jual ebook dan affiliate..
Ada juga yang ada kedai dan pejabat.. ada staff… online ni cuma medium untuk mereka buat promosi.. kalau kedai dan pejabat terpaksa ditutup.. maka bisnes mereka akan terjejas…
Ada juga yang berniaga dari rumah menggunakan social media.. stok barang semua simpan kat rumah.. jika ada jualan mereka akan pos dan juga cod..
Persoalan sekarang bagaimana kita semua nak survive.. kita meniaga online ni pun sebab ada yang gaji tak cukup.. gaji kene potong.. kena berhenti kerja… dan macam-macam lagi..
Bila musim covid ni pulak bertambah ramai pula orang yang meniaga online..kawan2 semua pun ikut meniaga juga.. maka bertambah ramai la pesaing…
Jawapannya kepada persoalan diatas ialah : Sentiasa tingkatkan skill marketing… copywriting.. FB ads.. Google ads.. IG ads… content marketing..
Selain itu .. skill urus duit… ya.. benda ni juga sangat penting.. buat sales banyak2 tapi duit tak pandai urus pun akan jadi masalah besar juga.. kos apa yang terlibat.. kos apa yang patut dikurangkan… kalau anda tak nak pening kepala… benda yang paling mudah boleh buat ialah… SIMPAN & BERJIMAT CERMAT.. guna apabila perlu sahaja..
Masa PKP tempoh hari.. kawan bisnes saya yang sangat terjejas kebanyakan yang ada kedai dan pejabat dan ada staff yang nak kena bayar gaji.. yang mana ada reserve cash banyak masih lagi boleh survive tapi yang backup tak cukup kuat terpaksa tutup dan berhentikan staff serta merta jika tidak kos kerugian akan terus meningkat..
Namun dalam perniagaan.. tutup kedai.. tutup bisnes… bukanlah bermakna pengakhiran yang muktamad.. nama pun usahawan.. kena la berusaha dengan cara apa sekalipun meskipun sudah berkali-kali jatuh… betul tak?
Cuma dengan adanya musim covid ni sebaiknya kita kurangkan dahulu komitmen mana yang tak perlu.. utamakan yang perlu sahaja.. yang penting bisnes tetap jalannn…
Nantikan panduan terbaru dari saya… Rahsia Affiliate klikjer…
Dalam panduan tersebut saya akan kongsikan bagaimana anda boleh jana income yang lumayan hanya sebagai affiliate di platform klikjer..
Leave a Reply