3 Channel Online Untuk Survival Hidup

Bagi anda yang 100% menggunakan medium online untuk menjana pendapatan.. servis atau jual produk..

Fokus sekurang-kurangnya 3 CHANNEL untuk proses branding dan promosi.

Kenapa saya kata 3? 🤔
Sebab kalau 1 ada masalah anda ada backup yang cukup
Kalau tak mampu 3 at least 2..
Kalau banyak sangat nanti susah nak fokus pula..

Ini cadangan saya.

1) Blog
Update sahaja content di blog secara konsisten.. sekurang-kurangnnya anda akan menerima organic trafik dari Google. Blog saya ni walau tak kerap update at least saya tak biarkannya berhabuk lama-lama. At least update walau sebulan sekali.

2) FB profile
Reach FB profile lebih tinggi berbanding FB page, tambah rakan dan followers seramai mungkin dan update dengan konsisten. Saya sendiri banyak sales melalui FB wall sahaja.

3) Youtube
Upadate content video yang konsisten.. youtube juga boleh menyumbang trafik organic yang konsisten.. Saya sendiri sampai sekarang masih menerima organic trafik dari video yang saya upload di youtube walaupun video yang saya upload tu dah berusia bertahun-tahun.

3 Channel ini sahaja sudah cukup untuk buat anda melalui fasa survival dalam hidup ini yang penuh mencabar.. 💪💪

Anda mungkin takkan jadi jutawan dengan kaedah ini tapi kalau buat konsisten, cukup buat anda hidup selesa. 😃

Bagi anda yang ada bajet marketing lebih, boost salah satu atau semua channel di atas dengan menggunakan paid ads..

Jika bermanfaat, jangan lupa like dan share

Terima kasih
– www.Zyan.my

2 Comments

  1. Alhamdulillah, memang tak dinafikan organik traffik daripada blog memang hensem.

    Bab enggagement antara personal fb dgn fb page tu ada perasan juga, tapi tak pernah fokus lagi.

    Terima kasih atas perkongsian tuan.

1 Trackback / Pingback

  1. Cara Jana Pendapatan Online Pantas Dan Mudah | Zyan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*