
Nak tahu cara dan kaedah jana pendapatan online? Baca blog ini sampai habis.. Bagi anda yang masih baru dalam blog ini saya ucapkan selamat datang, nama saya Zyan.. Owner blog ini. Jom mari teruskan bacaan..
Sebelum itu saya pasti ada kalangan anda yang kini sedang bekerja atau ada melakukan kerja-kerja sampingan yang lain namun untuk menampung kos keperluan hidup pada masa sekarang semakin lama semakin tinggi anda tetap memerlukan pendapatan sampingan yang lain betul tak?
Mungkin sebab itu anda berada disini.. Tahniah kerana anda berada di tempat yang betul. Blog ini ada banyak iformasi yang anda boleh baca berkenaan pemasaran dan perniagaan internet.
Kalau dulu RM3000 sebulan rasa cukup jer.. nak menyimpan pun takde masalah.. tapi sekarang RM3000 macam tak cukup apatah lagi nak menyimpan. Kalau tinggal di kawasan bandar lagi terasa akan keperitan hidup itu walau gaji sebulan RM3000
Sebelum saya berkongsi bagaimana anda boleh hasilkan pendapatan sampingan secara online, anda kena pastikan dahulu kesihatan kewangan anda berada ditahap yang mana..
Sebabnya kalau kesihatan kewangan anda tidak dijaga, dapat income banyak mana pun tetap rasa tidak cukup.. Bagaimana nak kenal pasti?
1) Ada buat simpanan setiap bulan?
Kalau tiada maka situasi anda sekarang agak teruk, Jadi anda kena letak satu matlamat yang baru supaya setiap bulan anda boleh menyimpan walau sedikit.
2) Kira cashflow setiap bulan
JIka cashflow anda postif itu satu petanda yang baik, namun jika cashflow anda negatif, anda kena lakukan sesuatu agar kembali positif. Ye salah cara adalah dengan tambah lagi sumber pendapatan online anda.
3) Berapa tambahan ringgit yang diperlukan?
Ya, selepas anda dah kaji 2 perkara diatas, maka anda perlu set target berapa yang anda perlukan untuk sekurang-kurannya anda boleh simpan setiap bulan.
Jika sebelum ini anda langsung tidak boleh simpan duit.. selepas ini anda set target at least anda boleh simpan RM400 – RM500 setiap bulan selepas tolak semua kos dan keperluan hidup anda.
Ini penting bagi menjaga emosi anda sebelum melakukan apa-apa tindakan untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lain..
EMOSI KENA STABIL
Perasan tak kenapa banyak kes tipu kat luar sana, ada yang kena tipu pasal MLM, pasal SKIM, pasal BISNES, dan lain-lain. Semua itu adalah disebabkan tindakan yang beremosi. Tengah marah, tengah tensen akibat tekanan dan lain-lain masalah terutama berkaitan dengan kewangan.
Sebab itu penting anda kaji diri anda dan kewangan sebelum melakukan apa-apa tindakan untuk buat extra income.
Kenapa saya bebel panjang ni?
Sebab tambah pendapatan BUKAN PENYELESAIAN UTAMA pada masalah anda. Ada kenalan yang saya jumpa, pendapatan meningkat tapi kos hidup pun turut meningkat akhirnya lagi banyak hutang.
Sebab dia tak kaji dulu berapa jumlah yang dia betul-betul perlukan, dapat untung lebh sikit jer trus tambah lagi hutang baru. hal ini adalah realiti dan banyak berlaku diluar sana.
Jom mari kita mulakan apakah kaedah paling mudah buat anda.
Apa yang saya kongsi dibawah adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya sewaktu saya masih baru nak bermula dulu.. jadi mungkin juga sesuai dengan anda.
PERTAMA : JADI AGEN AFFILIATE
Ya.. dengan affiliate anda tak perlu hasilkan sebarang produk atau mempunyai produk sendiri. Anda hanya perlu daftar sebagai agen dan anda dapatkan link anda untuk anda promosikan. Sebarang pembelian melalui link anda. Anda akan menerima komisen
KEDUA : JADI AGEN DROPSHIP
Sama konsep dengan affiliate , kalau dropship lebih kepada produk fizikal dan anda kena berurusan dengan pelanggan terlebih dahulu termasuk urusan bayaran ke akaun anda. Kemudian dah dapat order anda buat bayaran pula kepada supplier dropship tersebut.
Kedua teknik diatas ni boleh kata hampir tidak menggunakan modal kecuali jika anda ada menggunakan kaedah promosi berbayar..
KETIGA : JUAL SERVIS
Saya pasti ada kalangan anda yang mempunyai kemahiran yang boleh digunakan untuk bantu orang lain. Antara servis online yang boleh ditawarkan ialah seperti
- Design banner
- Buat video
- Review produk
- Buatkan iklan
- Menulis
- Jaga Page
- Buat website
- Dan banyak lagi
Ini 3 kaedah yang paling mudah dan pantas anda boleh cuba untuk buat pendapatan tambahan secara online,
Penerangan saya mungkin agak pendek sebabnya setiap kaedah diatas anda perlu buat promosi.
Kalau anda tak promosi macam mana anda nak jual walau sebagai agen affiliate atau dropship.. Macam mana orang nak tahu servis apa yang anda buat kalau tak promosi kan?
Jangan risau.. dalam blog ini saya ada banyak kongsi bab promosi. Jemput baca kat sini ..
Leave a Reply