3 JENIS TRAFIK DI INTERNET

1) Bina trafik 

Kumpul audience.. kumpul followers… likers… database… proses membina trafik ni sangat lambat dan memerlukan kesabaran yang tinggi.. 

Dan sering juga dikaitan dengan content marketing.. Seperti social media influencer.. youtubers… gamers… 

Mereka yang fokus dalam membina trafik tidak letakkan target duit sebagai tujuan nombor 1

Sebaliknya mareka fokus pada apa yang mereka mahu sampaikan di internet serta menjaga hubungan baik audience mereka sendiri.. 

Kalau anda plan nak jadi youtuber sebab nak buat duit.. baik lupakan… sebab nak upload video pertama pun bukan benda senang… dah upload nak bagi orang tengok video pun bukan senang… lepastu nak menten pun bukan senang.. 

Tapi kalau anda saje-saje upload dengan harapan orang beli produk anda.. takde masalah… boleh cuba.. tapi bukan senang jugak. :p

2) Beli trafik 

Tak nak pening-pening buat content? Ada cara lain iaitu dengan membeli trafik… 

FB ads.. Google ads.. Banner ads… Paid review atau apa-apa sahaja trafik yang anda dapat dengan membayar sejumlah wang adalah cara yang terbaik.. 

Cara ini juga yang paling pantas boleh buat untung dan buat rugi.. dan boleh cepat jadi kaya atau kayap..  :p

Malangnya ramai yang kecundang bila masuk bab beli trafik ni.. untung tak dapat nak rolling buat iklan.. last2 iklan tak jalan,.. sales pun tak jalan.. 

Nak buat content pulak malas… lambat.. duit nak kena cari jugak.. haih.. pening-pening :p

Sebelum nak beli apa-apa trafik tu yang penting namanya money management.. kalau tak mampu tak payah la gatal tangan pergi pam duit kaw-kaw untuk iklan.. 

Tahu bila nak stop.. bila nak run… jangan dah parah baru sibuk masuk balik kelas dan seminar belajar benda lain pulak.. hahahaha… 

3) Pinjam Trafik 

Kaedah ni paling bijak dan paling selamat tapi bukan semua orang mampu dan boleh buat.. 

Kita guna trafik orang lain atau dari sumber channel lain tanpa sebarang bayaran.. nama pun pinjam kan.. 

Contohnya.. kita rekrut agen untuk promosi produk kita seperti agen affiliate atau dropship.. 

Trafik seperti ini bersifat sementara sebab takkan ada agen yang kekal lama dengan kita sampai bila-bila.. dapat kekal 3 bulan tu dah kira cukup baik lah tu.. 

Selain itu.. posting di FB group.. whastapp group.. atau apa2 channel tanpa sebarang bayaran juga berada dalam kategori yang sama.. 

Jadi yang mana satu kah anda buat sekarang? 

Adakah anda senang melakukan cara yang betul? 

Di jalan dan landasan yang betul?

Selamat beramal dan jangan merokok kat kedai makan ok.. 

Jika posting ini bermanfaat sila kan share.. 

Anda juga boleh baca posting yang sama di blog saya yang cantik iaitu Zyan.MY

– Abam Zyan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*