Bagaimana Nak Buat Duit Gedebuk Tapi Modal Rendah?

rhdr

Pernah dengar the power of attention? Sekarang semua orang berlumba untuk dapatkan perhatian.. lagi ramai perhatian lagi tinggi jualan boleh dihasilkan… boleh buat duit kaw-kaw!

Kaw kaw ni boleh jadi 10k sehari… 50k sehari… 100k satu jam… 100k dalam 10 minit pun takde hal… semua boleh jadi… 

Of course semua ni kena ada strategi…. kena plan betul-betul… 

Mat salleh panggil Funnel… cuma orang kita susah nak nampak benda ni… susah nak faham… dan susah nak buat… 

Yang buat dan usaha pasti dapat punya! 

Macam mana tu? 

1) Kumpul Audience 

Kumpul audience ni ada banyak kategori… yang paling femes adalah kumpul followers atau likers di facebook…  kalau game saya lebih kepada email… 

Kita amik contoh Ali bukan nama sebenar… dia kumpul 10k FB followers dalam masa 3 bulan hasil perkongsian di wall.. ramai orang suka dan orang share status beliau… 

Followers beliau makin meningkat apabila influencer yang lain juga share perkongsian beliau.. 

*Influencer merujuk kepada individu yang juga ada ramai followers.. 

Makin meningkat ningkat lagi jumlah followers apabila Ali run contest like dan share… maka lagi ramai lah orang share status2 beliau… 

Dalam 3 bulan followers Ali meningkat jadi 60k… Dari jumlah 60k tu ada 6000 followers yang betul2 folo rapat (kita amik 10% jer) 

2) Sediakan E-course atau produk digital 

Boleh jadi Ebook, Software, Video, Group Berbayar, Template atau apa sahaja produk yang tak perlukan modal yang tinggi… 

Cuma pastikan produk anda tu mendapat permintaan tinggi di kalangan followers anda… 

Biasanya kalau jenis followers yang dah folo rapat2 100% pasti beli… contohnya 10% yang saya bagi tau kat atas.. 

3) Buzz marketing a.k.a pra-jualan 

Inform followers anda mengenai produk yang bakal anda lancarkan… cuma jangan terlalu menjual.. jangan bagi tau harga… just bagi tau kelebihan – kelebihan produk anda tu…

Buat mereka teruja… buat mereka tidak sabar..  bagi tau tarikh sekian-sekian… lagi seminggu ke.. lagi 2 minggu ke… 

Buat posting pra-jualan ni secara berperingkat… 

Bila ada yang komen kata tak sabar… siap kata dah redi nak bayar apa semua…. tahniah… buzz marketing ada berjaya 

4) Lancarkan kempen jualan menggunakan teknik scarcity 

Dah tiba masa menjual.. jangan lah buka terus.. buka lah untuk 3 hari ke 7 hari ke.. atau untuk 100 orang sahaja… 500 orang sahaja… 

Atau 100 orang RM50… 500 orang RM100… 

Ikutlah mana yang anda lebih selesa.. yang penting wajib kena ada tempoh atau kuantiti terhad… jangan buka terus jualan sepanjang masa.

Sebab apa? Kalau anda tak buat macam ni… orang akan tangguh-tangguh beli… last2 tak beli melainkan kalau dia betul-betul nak beli… which is yang betul2 nak beli kurang dari 10% sebenarnya… 

Tapi bila ada bagi tau pasal offer terhad ni.. yang tak teruja akan teruja… yang tak minat jadi minat nak beli sebab dia tak nak ketinggalan… 

=========

Percayalah teknik ini boleh hasilkan wang gedebuk dalam tempoh jualan yang anda tetapkan tu… 

Ini bukan cerita dongeng atau rekaan saya sahaja… sudah dibuat orang pun.. cuba anda semak mana-mana individu yang anda follow paling rapat dan dia ada ramai followers… mungkin dia ada buat apa yang saya cerita kat atas ni..

Sekian bebelan abam pagi ni… 

– Zyan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*