Ada kalangan anda yang masih tak tahu nak buat bisnes apa, sedangkan peluang ada banyak.
Antara sebabnya ialah tiada tujuan & matlamat yang jelas.
Jika anda salah seorang yang ada masalah ni, jemput baca sedikit perkongsian saya dibawah..
1) Decide dulu berapa jam & berapa duit nak labur
Benda pertama sekali kena decide jam berapa atau berapa jam nak buat setiap hari… supaya tak ganggu masa kerja anda yang lain.. kalau tak boleh setiap hari seminggu berapa kali boleh.. decide siap2.. Kemudian decide pula berapa ringgit anda nak keluarkan.. RM100 ke RM1000 ke 10k ke 20k ke.. ini adalah jumlah duit yang anda kena sedia jika RUGI 100% jika perkara ini berlaku pun takde lah anda nangis kat bucu katil sebab anda dah ready.. Ramai orang failed sebab benda asas ni dari awal pun tak pernah decide betul2… main terjah jer.. bila modal burn.. takde untung.. terus stop.. dah tahu reality baru stop..
2) Pilih mana satu peluang yang anda nak buat
Peluang ada banyak mana satu yang anda nak pilih.. coway, takaful, unit trust, affiliate, dropship, blogger, writer, marketplace.. agen produk.. jadi founder.. banyak lagi.. etc… Sesuaikan dengan jumlah masa yang anda nak korbankan serta jumlah modal yang anda sanggup keluarkan.. jika kena dengan minat lagi BETTER! Kalau tak tahu nak pilih yang mana.. tanya kawan yang terdekat.. minta pendapat dia.. tanya yg dah ada pengalaman lagi bagus.. Kalau takde member… cari lah kat FB… PM atau komen tanya..
3) TAKE ACTION!
Buat sungguh-sungguh selama 3 bulan tanpa stop.. Berbekalkan modal, masa dan peluang yang anda dah decide.. tiba masa untuk all out untuk 3 bulan pertama… Pastikan buat sungguh-sungguh.. bukannya buat sambil tengok netflix.. at least bulan pertama anda boleh nampak result yang positif… berapa banyak dapat tu cerita lain.. yg penting buat dulu.. Tapi pastikan tindakan anda tu dah disertakan dengan ilmu,, sebab tu penting kena pi jumpa orang yang dah ada pengalaman atau belajar marketing… closing.. buat content.. etc.. Kalau semua buat syok sendiri.. memandai sendiri.. itu yang jadi punca juga cepat give up bila benda dah tak jadi… fikir diri dah pandai sangat padahal noob..
4) KONSISTEN
Selepas 3 bulan anda sepatutnya dah boleh nampak result yang positif at least dah balik modal berlipat kali ganda.. masa ni lah kena konsisten buat.. jangan stop .. Itupun jika anda ALL OUT buat lah.. kalau tak jadi ada beberapa je sebab.. Sama ada malas.. tak buat sungguh-sungguh… ataupun memang tak serius.. takde jiwa… masih selesa dengan keadaan sekarang.. tiada perkara yang mendesak untuk buat sungguh-sungguh…
Leave a Reply