Email Marketing atau pemasaran email adalah alat paling berkuasa yang boleh digunakan oleh usahawan. Pemasaran email boleh membantu dari segi interaksi dan membina kepercayaan dengan prospek atau pelanggan sedia ada anda.
Senarai email yang besar namun bukan dalam kategori audiens yang tepat pun tak guna juga. Lebih baik anda mempunyai senarai email yang kecil namun sentiasa berminat dengan apa yang anda kongsikan.
Oleh itu, anda disarankan untuk membersihkan senarai email terlebih dahulu sebelum menjalankan kempen pemasaran email anda. Anda perlu menapis setiap senarai email anda dengan membuang alamat email yang tidak aktif dari senarai email sebelum meneruskan kempen pemasaran email anda. Berikut merupakan empat jenis kempen pemasaran email yang popular dan boleh digunakan untuk membantu perniagaan anda.
4 Jenis Kempen Pemasaran Email Khas Untuk Usahawan
1. Email Surat Berita Atau Email Newsletters
Email newsletter adalah salah satu kempen pemasaran email yang biasa digunakan dan popular di kalangan usahawan. Tak kisahlah samada bisnes anda kecil atau besar, anda boleh menggunakan kempen ini untuk memberikan maklumat atau kandungan penting berkenaan perniagaan anda yang berguna kepada pelanggan.
Anda perlu menggunakan email jenis ini supaya tidaklah setiap masa email anda hanya menjual sahaja. Tarik minat pelanggan anda untuk membaca dengan mencipta kandungan menarik seperti cara pemikiran sudut berbeza, impak positif dalam kehidupan dan menyentuh berkenaan isu semasa. Untuk mengukur keberkesanan email anda, tanya diri anda sama ada kandungan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan anda dengan pelanggan ataupun tidak.
2. Email Pemerolehan Atau Acquisition Emails
Email pemerolehan boleh membantu usahawan memperoleh pelanggan yang berminat dengan kandungan penghantaran email berkaitan perniagaan anda tetapi belum menjadi pelanggan. Penerima email jenis ini mungkin berminat tetapi mereka belum mempunyai sebab yang kukuh untuk menjadi pelanggan.
Dengan mencipta tawaran menarik dan kandungan berinformasi, anda boleh meningkatkan lagi minat pelanggan terhadap perniagaan anda. Email pemerolehan juga banyak membantu usahawan mengembangkan perniagaan ke pasaran dunia.
3. Email Pengekalan Atau Retention Emails
Jika anda telah mempunyai sedikit pengalaman dalam kempen pemasaran email, anda perlu mempertimbangkan penggunaan email pengekalan ini. Dengan penghantaran mesej meminta maklum balas dari pelanggan yang lama menyepi, anda boleh memastikan interaksi antara anda dan pelanggan sentiasa terjaga. Email pengekalan merupakan strategi kempen pemasaran yang sangat berguna dalam membantu anda mengekalkan pelanggan anda untuk kekal aktif.
4. Email Promosi Atau Promotional Emails
Email promosi adalah cara terbaik meningkatkan jualan dan pemberitahuan tentang tawaran produk baru anda. Dengan membuat tawaran yang menarik khas untuk pelanggan anda, ia lebih menggalakkan sasaran anda untuk tidak menunggu lama bagi mendapatkannya. Anda juga boleh memberi ganjaran kepada pelanggan yang terlibat secara eksklusif dalam tawaran tersebut.
Sebenarnya kalau anda lihat semula jenis email yang ada, anda pasti sedar bahawa tiada satu pun jenis email yang pelik-pelik dan tidak mampu untuk anda lakukan. Sebab itulah penting untuk anda belajar terlebih dahulu berkenaan email marketing.
Jangan mudah sangat percaya jika ada yang mengatakan email marketing dah tak relevan dan sebagainya. Sama juga dengan medium pemasaran yang lain. Ia bukan bermaksud medium tersebut dah tak berkualiti. Anda cuma perlu mengubah konsep yang dibawa sahaja.
Jika anda berminat untuk menguasai kempen pemasaran email ini, saya dengan berbesar hati ingin membantu anda menguasainya. Anda hanya perlu klik pautan dibawah untuk mendapatkan panduan lengkap berkenaan Email Method yang disediakan khas dan mudah difahami untuk usahawan baru atau usahawan lama.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan jenis kempen pemasaran email. Semoga bermanfaat.
Leave a Reply