Strategi Pemasaran Email – Lead Magnet

Strategi pemasaran ada banyak, Antaranya pemasaran email, Sejak kebelakangan ini, saya rasa makin seronok sebab makin ramai yang dah familiar dengan terms didalam dunia internet marketing. Lebih mudah untuk saya berkongsi kerana ramai yang sudah mempunyai asas.

Salah satunya adalah berkenaan lead magnet. Bagi saya, lead magnet adalah cara terbaik untuk menarik lebih ramai prospek yang berpotensi menjadi pelanggan. Senarai email adalah alat pemasaran yang paling power.

Ia akan menjadi database anda.

Database is king!

Saya sendiri sangat setuju bahawa database sangat penting untuk mana-mana bisnes terutamanya database mereka yang pernah membeli produk atau mendapatkan servis daripada saya.

Mereka ini adalah audiens yang sudah kenal, percaya dan yakin dengan apa yang saya berikan. Potensi untuk mereka membeli lagi juga adalah sangat tinggi. Salah satu bentuk database yang saya sangat suka adalah dalam bentuk email.

Untuk mendapatkan email prosek anda, anda perlu berikan sesuatu sebagai tukaran. Sebagai contoh, lead magnet dalam bentuk ebook yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Dalam perkongsian kali ini, saya akan kongsikan dengan anda berkenaan lead magnet yang anda perlu tahu.

strategi pemasaran email

Apa Itu Lead Magnet?

Lead magnet digunakan sebagai first impressions untuk mendapatkan maklumat prospek. Jika maklumat email yang anda terima hasil dari lead yang berharga dan percuma, anda mempunyai peluang yang baik untuk menukarnya kepada pelanggan. Itulah yang dimaksudkan dengan lead magnet. Antara lead magnet yang terbaik adalah:

  • Berkaitan dengan audience.
  • Berharga kepada audience.
  • Mempamerkan kepakaran perniagaan.
  • Memberikan akses segera untuk apa yang dijanjikan.

Anda tidak boleh sesekali menipu bakal pelanggan anda semata-mata untuk mendapatkan maklumat mereka sahaja. Berikan sesuatu yang berharga dan dapat menambah nilai dalam kehidupan mereka tanpa merimaskan inbox mereka. Disinilah bermulanya hubungan anda dengan bakal pelanggan anda.

Dianggarkan menjelang tahun 2025, 4.6 billion orang akan menggunakan email sebagai platform untuk berkomunikasi. Anda tidak akan mampu untuk mengatakan tidak kepada email marketing.

Email marketing membolehkan anda berkongsi kisah kejayaan, menyampaikan maklumat terkini produk dan sebarang promosi yang anda tawarkan. Lead magnet juga penting untuk email marketing kerana tanpa senarai email yang berkualiti, anda tidak boleh menjalankan kempen email anda. Lead magnet dan email marketing saling melengkapi antara satu sama lain.

Untuk lihat contoh kempen pemasaran email boleh rujuk landing page saya disini

Strategi Pemasaran Lead Magnet Dengan Berkesan

Anda dah faham apa itu lead magnet dan mengapa anda perlukan lead magnet. Jadi, jom kita teruskan dengan cara membuat lead magnet dengan berkesan dalam sekelip mata. Terdapat 4 komponen utama yang diperlukan oleh lead magnet iaitu:

  1. Call-To-Action(CTA) – CTA ini adalah butang yang diklik oleh bakal pelanggan anda jika mereka berminat dengan lead magnet anda.
  2. Halaman Pendaratan atau Landing Page – Selepas mengklik pada CTA, bakal pelanggan anda akan diarahkan ke halaman borang. Halaman ini akan meminta mereka memberikan beberapa maklumat termasuklah email mereka.
  3. Halaman Terima Kasih atau Thank You Page – Selepas mereka memberikan maklumat, mereka akan dibawa ke halaman terima kasih. Ini bagi menunjukkan bahawa anda menghargai bakal pelanggan anda kerana berkongsi maklumat dengan anda. Sebagai penghargaan, bakal pelanggan akan diberikan akses kepada apa-apa tawaran yang anda janjikan.
  4. Email Susulan atau Follow-up Email – Memandangkan maklumat bakal pelanggan anda telah diterima dan berada dalam senarai email anda, email follow up akan dihantar secara automatik kepada bakal pelanggan anda untuk memperkenalkan jenama dan produk anda. Dari situ anda akan mendapat pelanggan yang betul-betul berminat dengan jenama anda.

5 Langkah Mencipta Lead Magnet Yang Power

Langkah 1 – Mengenali target audience.

Langkah 2 – Memberikan tawaran yang hebat.

Langkah 3 – Pertimbangkan persaingan yang ada.

Langkah 4 – Tentukan jenis lead magnet yang akan digunakan.

Langkah 5 – Cipta lead magnet anda.

Anda memerlukan lebih dari 15 lead magnet untuk memastikan anda berjaya mendapat bakal pelanggan yang berkualiti. Anda mungkin rasa seperti banyak, tetapi bila anda brainstorm setiap idea mengikut langkah yang diberikan pasti ia terasa begitu mudah.

Lead magnet perlu menyentuh dari pelbagai sudut pemikiran bakal pelanggan. Lebih banyak sudut berbeza yang anda sentuh, lebih ramai dan berkualiti bakal pelanggan anda.

Itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan lead magnet. Sebenarnya saya ada kongsikan banyak lagi berkenaan lead magnet dan cara untuk memaksimumkan potensinya dengan menggunakan email marketing. Jemput baca disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*