6 Sebab Utama Anda Wajib Ada Borang Tempahan!

Salam hormat terima kasih kerana masih sudi baca perkongsian saya di blog ini. Silakan baca perkongsian saya yang lain dalam blog ini juga ya 😊

Topik kali ini saya nak bahas sikit mengenai borang tempahan sebab saya lihat masih ramai yang tidak menggunakan borang tempahan dalam urusan perniagaan online mereka.

Kenapa kita kena ada borang tempahan? Penting sangat kah?

Yes sangat penting! Sebabnya:

  • Mudahkan urusan kita sebagai penjual
  • Mudahkan urusan pelanggan kita
  • Mudahkan kita menguruskan database pelanggan
  • Mudah untuk kita melakukan follow up (dengan tambahan sistem)
  • Mudahkan kita untuk kempen retargeting
  • Mudahkan kita untuk upsale (bergantung pada sistem)

6 sebab utama ini sahaja sudah cukup buat saya sebagai seorang full time online marketer. Malah saya tak perlu upah orang lain untuk uruskan data pelanggan saya..

Namun begitu saya faham.. ada juga jenis perniagaan yang kurang sesuai jika menggunakan borang tempahan. Misalnya menjual produk fizikal di facebook.

Ok saya nak bahas sikit isu ni.. menjual di facebook ini dan closing menggunakan whatsApp sudah menjadi satu budaya yang sukar untuk dibendung. Pelanggan di facebook ini sangat manja.. apa-apa semua nak wasap nak pm .. dilayan dengan manja baru mereka buat pembelian..

Tapi logik juga sebab mereka datang ke Facebook sebab nak bersosial jadi apabila mereka nak buat pembelian pun mereka akan cuba bertanya macam-macam dulu… nak kena kenal-kenal dulu.. sebab itu closing menggunakan wasap atau PM adalah cara terbaik jika anda menjual di Facebook (untuk market malaysia setakat ini)

Namun begitu ada juga (tapi tak ramai lagi) penjual di Facebook sudah menggunakan sistem tempahan versi shopping cart apabila menjual di facebook . Biasanya mereka ini sudah mempunyai peminat produk tersendiri dan brand mereka juga sudah sangat terkenal.

Sebenarnya kita perlu berterima kasih sangat-sangat pada Lazada, Zalora, Shopee sebab mereka ini lah yang berjaya mendidik ramai rakyat malaysia dalam membuat pembelian online dengan cara yang betul.

Cuma jika anda sebagai peniaga kecil di facebook (sales kurang dari 100k sebulan) digalakkan menggunakan whatsapp untuk closing berbanding borang tempahan. Jika anda dah boleh tarik ramai pelanggan & sales ratus-ratus ribu sebulan gunalah borang tempahan.  Banyak kos anda boleh jimat dan lagi banyak potensi jualan yang anda boleh buat.

Namun cadangan saya sebagai seorang marketer.. walaupun jika anda masih menggunakan whatsapp.. data pelanggan yang anda dapat melalui whatsapp tu anda masukkan lah sendiri dalam sistem borang tempahan. Bukan apa, at least anda ada data yang lebih tersusun. Takde lah serabut..

Jadi sistem borang tempahan mana yang terbaik setakat ini?

Saya secara peribadi banyak menggunakan onpay dan sistem ordersini.  2 sistem ini sahaja sudah cukup buat saya.. selain itu ada juga sistem borang tempahan lain untuk kegunaan pelanggan luar negara.  Namun untuk pasaran tempatan saya suggest sama ada onpay atau ordersini.

Ada juga option lain seperti borang custom melalui sistem wordpress tapi yang tu anda kena belajar bab wordpress, plugin serta code-code tertentu. Pada saya kalau anda nak cepat dan mudah terus pakai sistem tempahan yang saya sebut kat atas tu..

Ini saya tunjuk contoh video cara guna sistem order sini..  ordersini antara sistem yang pada saya sangat murah dan sangat mesra newbie.. orang-orang baru sesuai..

InsyaAllah ada masa nanti saya buatkan video mengenai sistem onpay pula yang mana lebih advance dan lagi banyak fungsi tambahan yang best-best..

Oh ye.. bagi yang berminat untuk jual pakej video fb assasin tu boleh tempah disini..  kuota terhad :

>> https://zyanonlinemarketing.onpay.my/order/form/fbassasin2018reseller

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*