Anda nak mulakan perniagaan dengan shopee? Artikel ini wajib anda baca sampai habis..
Sebelum itu kenapa anda perlu berniaga di shopee?
Sebab ramai orang membelah belah dengan shopee. Pelawat di shopee sangat ramai sehingga mencecah ratusan ribu pelawat setiap hari. Jadi sangat rugi sekiranya anda tidak menggunakan shopee sebagai medium untuk mendapatkan pelawat.
Anda tak perlu pening-pening untuk mendapatkan pelawat. Pelawat di shopee kebanyakan sudah berada dalam mood untuk membeli belah. Jadi tugas anda ialah menyediakan tawaran yang menarik.
Apa cabaran utama di shopee?
Cabaran paling ketara ialah dari segi persaingan dan perang harga. Persaingan sangat tinggi malah dari segi harga juga ramai yang jual terlalu murah. Bila anda berniaga di shopee anda juga sebenarnya sedang bersaing dengan pemborong dan juga supplier dari china. Jadi tak hairanlah kebanyakan harga yang dijual terlalu murah sama macam harga jika beli borong.
Mana nak dapat barang untuk dijual?
Ada beberapa pilihan :
- Ambil stok sendiri : anda boleh dapatkan stok di supplier tempatan seperti GMKlang, Plaza GM atau mana-mana gudang/kedai tempatan. Anda juga boleh beli terus borong di shopee atau web borong yang lain. Kelebihan adanya stok sendiri anda boleh merasa untung yang lebih tinggi.
- Dropship Kumoten : Di website kumoten mereka menyediakan perkhidmatan dropship yang mana mereka sudah sediakan produk, gambar, serta ayat-ayat jualan. Anda boleh terus sync produk anda di kumoten ke shopee dan marketplace lain seperti lazada dan sebagainya.
- Dropship Supplier tempatan : Anda juga boleh set deal dengan supplier tempatan yang ada gudang sendiri. Ada banyak supplier tempatan yang menjual di Malaysia dan mereka juga menyediakan perkhidmatan dropship. Anda boleh terus google dengan keyword “ produk + dropship “ atau anda boleh cari di Facebook.
- Agen/Reseller Produk : Ada banyak founder di luar sana yang mencari agen jualan produk mereka. Agen perfume, agen produk kesihatan, agen MLM, agen top up. Sekiranya anda salah seorang agen produk, Anda mungkin boleh guna shopee untuk mendapatkan pelanggan.
- Produk Digital : Anda boleh jual ebook , video dan juga software jika anda tahu ada permintaan di shopee. Cuma produk digital di shopee ini dijual dengan sangat murah dan kebanyakan software pun adalah yang crack version.
Ini antara 5 pilihan yang ada untuk anda dapatkan produk yang boleh dijual di shopee tapi cara mana yang paling terbaik?
Sudah tentu lah pilihan nombor 1 iaitu anda ada produk & stok sendiri. Kenapa?
Kelebihan ada produk sendiri di shopee
- Pos dengan lebih cepat : walaupun di shopee ada banyak barang yang jauh lebih murah namun kebanyakan barang tersebut agak lambat sampai sebab penjual pos dari china. Ambil masa 2 hingga 3 minggu untuk sampai.. Paling cepat pun 9 hari itupun jarang berlaku. Kalau anda pos sendiri 2-3 hari terus sampai ke customer. Pelanggan pun puas hati.
- Offer yang lebih menarik : Anda boleh jual dalam bentuk combo, beli 3 free 1, beli 1 free 1. Beli 1 dapat Freegift dan lain-lain ikut kreativiti anda. Hal ini akan menjadikan anda lain dari seller lain. Orang sanggup bayar lebih untuk dapatkan tawaran tersebut. Anda takkan boleh buat perkara ini jika anda menggunakan perkhidmatan dropship. Anda juga tidak terikat dengan sebarang syarat dari HQ jika anda agen produk.
- Anda kawal stok : Anda tahu berapa banyak stok yang tinggal dan anda tahu bagaimana kualiti barang sebelum sampai ke pelanggan anda. Tiada masalah seperti pelanggan dah order tiba-tiba anda dapat tahu stok dah habis. Pelanggan pun terpaksa cancel dan bagi bad rating kepada anda.
- Rating lebih baik : Anda boleh pos dengan lebih cepat tanpa sebarang masalah dengan barang serta pelanggan pun berpuas hati dengan tawaran yang mereka dapat. Sudah tentu mereka akan berikan anda rating yang bagus.
- Peluang Cerah Jadi Prefered Seller : Untuk mendapat title preferred seller ini bukan mudah Ada syarat-syarat tertentu antaranya ialah jualan lebih dari 50 unit dan dan tiada sebarang complain dari customer.
Download Video Percuma Cara Promosi Produk Shopee : https://zyanonlinemarketing.onpay.my/prospect/form/shoppetraffic
terbaik
Salam .saya ingin bertanya..produk yg saya nak jual berharga RM 7…dan kos postage juga adalah RM 7…tidakkah hal ni menjadikan harga jualan akan melambung tinggi. Mohon pencerahan tuan….saya ada produk sendiri dan baru nak menceburi bisness di shoppee . Terima kasih tuan
Pelanggan di shopee sudah sedia maklum mengenai kos penghantaran tuan.. jangan risau.. mereka dah biasda.. bayar rm7 untuk postage…
Tak jadi masalah. Saya pernah beli barang yg berharga lbh murah dari kos penghantaran. Shopee mmg lubuk terbaik untuk jual barang.
Kos postage bergantung pada berat barang yg kita set, kalau barang kecil tapi set berat banyak pun sama juga
Saya start di shopee dari modal tak sampai 1k jual produk kesihatan
Alhamdulillah dah 3tahun skrg sales dah cecah 10k sehari di shopee shj sbb saya tak pandai fb,ig dll.
Alhamdulillah tahniah tuan Nazri, hebat tu sales 10k sehari.. nanti boleh ajar saya kalau sudi
Tuan boleh ajar saya