Sekarang keyword ecommerce menjadi satu trending dikalangan orang-orang bisnes..
Akan ada pihak yang cuba ambil kesempatan..
Tak boleh lupa lagi masa seminar dulu terjumpa sorang pakcik ni dia ada website dia kata kos website dia cecah RM20k lebih.. padahal website simple je..
Perkara basic yang anda perlu tahu..
Kos untuk bina web ecommerce ni sangat pelbagai..
Ada yang murah ada yang mahal..
Kalau nak murah langgan sendiri hosting.. beli sendiri hosting.. then install plugin seperti woocomerce.. cartflow.. elementor.. etc.. kita sendiri pilih berapa banyak bajet kita nak keluar..
Ada pakej hosting murah.. serendah rm150 setahun.. dah cukup ok..
Kenapa boleh jadi mahal?
Themes & plugin yang berbayar.. tapi ni semua optional.. ada bajet lebih boleh la langgan..
Kalau anda tak nak pening beli domain hosting.. tak nak pening install wordpress, plugin, themese semua tu.. anda cuma nak terus letak produk.. then iklan..
Boleh cuba platform ecommerce yang berbayar seperti easy store.. serendah RM60 sebulan.. kalau anda bayar untuk setahun terus dapat lagi murah.
Kenapa ada website yang boleh mencecah sehingga RM4000 – RM12000?
Biasanya sebab mereka tolong custom website anda.. design produk anda.. masukkan content untuk anda.. anda tinggal nak run iklan je..
Adakah anda perlu semua tu? Kalau ye boleh la teruskan.. tapi jangan la komplen mahal sebab dia dah tolong custom siap masukkan produk dan content..
Sebelum langgan mana-mana platform ecommerce atau upah developer selidik/tanya dulu apa yang bakal anda dapat..
Kat Malaysia ni yang buat sales juta juta dengan ecommerce pun buat simple-simple je.. asal boleh add to cart.. boleh collect order.. boleh bayar guna payment gateway.. atau ada pilihan dapat barang baru bayar.. setel dah..
Tak perlu pun website yang lawa-lawa.. lainlah kalau anda main branding.. nak naikkan branding.. so kena la nampak lebih professional sikit website tu..
Rujukan :
Leave a Reply