Buat Duit Dengan Affiliate Setiap Tahun Secara Konsisten

Ramai kalangan kita yang tahu mengenai affiliate dan ramai nak buat duit dengan affiliate..

Ye lah tak perlu keluar produk sendiri.. tak perlu simpan stok.. daftar pun percuma.. tinggal promot link je kalau ada orang klik dan beli kita dapat komisen.

Tapi ianya tak semudah itu.. bukan senang-senang orang nak beli guna link kita tu.. sebab tu masih ramai terkandas dalam bidang affiliate ni..


Ya.. mungkin anda salah seorang..


Mari saya terangkan bagaimana nak buat duit dengan affiliate cara paling mudah, ringkas dan sesuai dilakukan oleh semua golongan.


1) Anda mesti ada database/lead yang aktif untuk buat duit dengan affiliate

Sebab anda boleh promosikan bila-bila pada database/lead anda. Database ni boleh jadi dalam bentuk email ataupun no telefon. Bila-bila masa kalau kita nak promot produk orang sebagai affiliate. Kita hanya perlu hubungi mereka sahaja.

Dengan database prospek.. bukan sahaja produk orang lain.. bila-bila masa nanti kalau anda ada produk sendiri.. anda juga boleh gunakan database yang sama.

Gambar dalam sistem onpay


2) Macam mana nak kumpul database/lead?

Cara paling mudah dan berkesan ialah dengan memberikan sesuatu secara percuma dahulu. Kemudian sebagai balasan mereka kena berikan anda email atau no telefon.

Ini yang kita panggil sebagai ” lead magnet ” . Boleh jadi ebook percuma.. video percuma.. panduan percuma.. atau produk percuma..

Apa sahaja tawaran yang percuma atau murah selagi tawaran tersebut sukar dilepaskan itu boleh dikatakan sebagai lead magnet yang bagus.

Contohnya jika anda mahu mempromosikan panduan matematik untuk anak misalnya.. Anda boleh bagi Ebook Percuma Latihan Matematik. Pasti ramai ibu bapa yang tertarik mahu mendapatkannya

Ini contoh lead magnet yang saya buat untuk promosi panduan shopee : https://zyanonlinemarketing.onpay.my/prospect/form/shoppetraffic

3) Kat mana pula nak simpan database ni? Nak guna apa?

Anda boleh gunakan FB group, Channel telegram, Anda boleh ajak mereka join channel dan group anda tu.. Tapi kalau anda ada modal sikit.. saya lebih prefer anda gunakan sistem ONPAY sebab anda boleh simpan nama, email & no telefon seperti yang dilakukan oleh tuan Izuddin

Jika anda guna FB group atau channel lain.. anda takkan dapat melainkan anda minta dan simpan secara manual dalam excel.. (banyak kerja pulak tu)

Kalau anda guna onpay.. database anda akan lebih tersusun.. lepastu nak hubungi mereka semula sangat mudah.. hanya taip dan karang sahaja email atau sms.. lepastu tekan butang send! Setel masalah!

buat duit dengan affiliate
sistem penghantaran onpay

Serius, Tak payah pening dah.. tambahan pula jika anda ada sebarang masalah dengan sistem onpay mereka ada sediakan support yang mantap.


Bagi anda yang serius nak belajar bagaimana nak membina bisnes online menggunakan sistem onpay ini. Boleh dapatkan pakej simple funnel..

Dalam pakej ini memang saya kongsikan step by step bagaimana dengan sistem onpay anda boleh membina bisnes online yang lebih kukuh.. malah jika anda belum ada sebarang produk pun anda boleh mulakan sebagai agen affiliate…

TEMPAH SEKARANG

1 Comment

1 Trackback / Pingback

  1. Kalau Nak Buit Duit Dengan Mudah & Tak Memenatkan Buatlah Affiliate! - khairulnizam.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*