AMAZON FBA – Lubuk USD Yang Ramai Terlepas Pandang

Dikala keadaan ekonomi yang semakin mencabar ni pasti ramai yang sedang pening kepala memikirkan bagaimana lagi cara nak tambah income, dengan ringgit yang semakin lemah tahap inflasi yang semakin cepat meningkat tiada cara lain lagi selain dari menambah pendapatan.

Di tahun 2024 ni pasti lebih ramai yang menggunakan platform online untuk cari wang tambahan terutama medium tik tok ataupun tik tok shop yang kini semakin meriah digunakan oleh ramai peniaga. Platform facebook dan shopee juga masih ramai yang guna meskipun tak semeriah sebelum wujudnya tik tok.

Namun tahukah anda, ada lagi lubuk online yang anda boleh jana pendapatan dalam USD iaitu Ebay dan juga Amazon. Dalam topik kali ni saya nak sentuh bab Amazon kerana saya pasti anda semua tahu Amazon adalah platform ecommerce terbesar di dunia buat masa ni. Sebab itulah Jeff bezos tu antara orang yang terkaya di Dunia.

Berita baiknya, Anda sebagai rakyat Malaysia boleh menjual di platform Amazon dan pasarkan produk anda ke negara-negara seperti USA, Canada & United Kingdom dan banyak lagi negara-negara yang menggunakan platform Amazon untuk membeli belah.

Anda boleh menggunakan 2 kaedah di Amazon iaitu FBA ataupun FBM

Secara ringkasnya apabila anda memilih FBA, anda perlu pos stok barang anda ke gudang (warehouse) Amazon dan segala urusan berkaitan dengan penghantaran, customer support ataupun pemulangan wang semula akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Amazon.

Manakala jika anda memilih FBM, anda perlu uruskan semuanya sendiri.

Dengan FBA penghantaran akan jadi lebih laju kerana barang anda sudah pun berada di gudang amazon, berbeza dengan FBM anda terpaksa pos dari Malaysia dan akan memakan masa berminggu lamanya untuk sampai ke pelanggan anda di luar negara, Melainkan jika anda ada menyewa gudang lain di luar negara selain dari Amazon.

Selain itu dengan FBA, pelanggan akan lebih percaya sebab mereka tahu barang mereka diuruskan oleh pihak Amazon. Seolah-olah mereka sedang membeli produk Amazon meskipun produk tu dijual oleh anda. Saya sendiri pun akan memilih untuk beli barang yang lebih cepat sampai dan lebih terjamin kualiti.

Produk Apa Yang Boleh Dijual Di Amazon?

Bukan semua produk boleh dijual di Amazon, produk tersebut mestilah produk yang berkualiti & juga selamat untuk digunakan. Anda boleh melihat senarai produk yang terlarang dijual di Amazon melalui pautan ini : https://www.ecomengine.com/blog/amazon-restricted-products

Saranan saya, lebih baik anda jual produk yang dalam kategori paling selamat dan juga yang bersaiz kecil, kerana lebih mudah untuk anda pos dan juga kos sewa lebih murah.. sebab semakin besar barang yang anda jual, kos sewa di amazon juga akan meningkat.

Berapa pula modal yang diperlukan jika mahu berniaga di Amazon?

Modal permulaan ini sangat subjektif sebenarnya, sebab bergantung juga pada produk yang anda jual, jika kos produk anda ialah RM10 anda boleh jual pada harga USD30usd (RM140) tolak dengan kos shipping dan kos sewa amazon FBA keuntungan bersih anda ialah sekitar RM100 untuk seunit.

Gambar dibawah adalah sales produk dengan kos sekitar RM10 sahaja kemudian dijual pada harga USD31+

Perlu tak keluar iklan untuk jual produk Amazon?

Seperti mana platform shopee dan juga tik tok shop, anda juga boleh menggunakan iklan berbayar di Amazon namun ini bukanlah satu kewajipan.

JIka produk anda mempunyai permintaan yang agak tinggi, cukup sekadar produk anda “live” di Amazon dan anda akan menerima tempahan daripada “Organic Search”

Sebenarnya masih banyak lagi perkara yang saya nak kongsi tapi saya akan berikannya secara berperingkat.. Jika anda berminat nak belajar dengan lebih lanjut cara-cara berniaga di Amazon menggunakan kaedah FBA boleh isi dahulu borang berikut : https://zyan.my/amazonfba

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Bagaimana Buat Duit Dengan Amazon FBA – My Blog
  2. Bagaimana Buat Duit Dengan Amazon FBA – Panduan Amazon FBA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*