4 SEBAB TIDAK BERNIAGA DI SHOPEE

Sekarang ramai orang berebut-rebut mahu berniaga di shopee.. tapi ramai yang tak nampak sisi buruk berniaga di shopee.. hanya yang dah pernah menjual di shopee sahaja tau.. 

Artikel ini bukan bertujuan untuk suruh anda berhenti berniaga di shopee.. tapi lebih kepada tidak mahu anda bergantung dan berharap sepenuhnya dengan shopee..

Sebab shopee tu bukan kita punya.. kita hanya menumpang sahaja… jom teruskan bacaan…

PERTAMA : Persaingan terlalu ramai 

Bila sebut persaingan kat shopee ni.. kita bukan hanya perlu bersaing dengan peniaga tempatan, malah kita terpaksa bersaing dengan pembekal direct dari china.. kalau dah nama pun pembekal sudah tentu lah barang lagi murah.. mahu atau tidak kita terpaksa beli borong dengan banyak untuk jual pada harga murah jika nak bersaing dengan mereka. 

Apatah lagi jika anda mahu jual secara dropship lalu anda jual item yang kebanyakan seller lain dah jual.. lagi sikit untung yang bakal anda dapat.. cuba lah tanya sesiapa yang buat drosphip kat shopee.. mahu atau tidak dia kena jual dengan keuntungan yang sedikit tapi harus jual dengan kuantiti yang sangat banyak.. baru sedap sikit income tu.. 

Ye lah.. dah la untung sikit.. pastu nak run iklan kat shopee lagi.. mana pulak untungnya?

Namun saya tak nafikan memang ada barang2 yang masih boleh dijual di shopee secara dropship dan boleh dapat untung yang tinggi.. Cuma anda kena rajin buat research lah.. pasti banyak lagi produk2 yang pembekal lain juga tak jual… 

KEDUA :  Penghantaran dari china yang semakin cepat 

Kalau dulu 2 -3 minggu baru sampai kat Malaysia kalau kita order barang dari china.. sekarang kurang dari 9 hari boleh dapat.. ni ikut penghalaman saya lah.. namun begitu rakyat malaysia pun sekarang macam tak kisah barang dtg lambat sikit janji murah lagipun dia tahu barang tu dari china.

Apa kesannya pada kita? 

Sudah tentu lah lebih ramai yang akan beli direct dari pembekal kat china tu.. janji murah. Walaupun kita offer sehari sampai.. 3 hari sampai.. local supplier… orang tetap akan beli yang murah… dia tak kisah walau barang lambat sikit..  

Anda boleh target mereka yang nak barang cepat.. tapi macam saya kata.. lebih ramai memilih untuk barang murah.. Saya sendiri pun lebih pilih untuk beli murah.. tak kisah lambat sikit.. anda pula bagaimana? 

KETIGA : Shopee akan hold dulu duit kita

Jika pelanggan membayar melalui shopee.. kita takkan dapat duit tu terus.. shopee akan hold dulu sampai barang tu betul-betul sampai pada pelanggan.. ini adalah langkah keselamatan yang dilakukan oleh pihak shopee.. 

Ianya bagus untuk pengguna shopee.. tapi untuk seller macam kita ni terutama yang baru nak mula.. ini merupakan mimpi ngeri.. apatah lagi dropship.. terpaksa keluar duit dulu… walaupun pelanggan dah bayar melalui shopee…

Yang beli borong pula.. Nak rolling balik modal tu lambat…  ye lah.. nak tunggu stok kat china guna kargo pun ambil masa 3 minggu… duit pula masih banyak yang kena hold..  

KEEMPAT : Kena jaga rating sebagai seller

Ya.. dah nama pun menumpang.. anda kena jaga prestasi anda sebagai seller di shopee.. reply PM kena laju.. pos kena laju.. barang jangan sampai rosak.. dan banyak benda kena jaga.. jika tidak anda akan kena penalty dan akaun anda boleh kena ban sekiranya prestasi anda terus menurun.. 

Sebab tu kalau anda perasan selepas beli barang di shopee.. ada seller beria-ria mintak anda bagi review yang bagus. Siap mintak kita letak 5 star lagi.. ni sebab dia nak jaga rating dia..  semua ni shopee perhati.. kalau dia jumpa seller yang main tipu ke.. barang lambat atau rosak ke.. dia tak teragak2 untuk tutup akaun kita.. 

Sekarang anda dah nampak kan berniaga di shopee ni bukan perkara senang.. Ni baru 3 perkara saya bongkar.. belum yang lain-lain lagi.  

Tapi bukanlah bermaksud saya menghalang untuk anda berniaga di shopee.. Bahkan saya sendiri galakkan cuma anda kena bersedia untuk hadapi perkara2 ni.. jika tidak.. itu yang buat anda give up bila anda langsung tak bersedia.. 

Misalnya anda kena jual barang yang agak rare.. atau anda kena sediakan free gift yang lebih gempak berbanding seller lain.. itu semua strategi2 yang patut anda buat bila berniaga di shopee.. bukannya main letak jer…

Tapi ada ke cara nak jual lebih mahal.. lebih untung… malah tak banyak persaingan?

Jawapannya YA ADA!  Dengan menggunakan web ecommerce anda sendiri.. 

Sambil-sambil jual di shopee.. apa kata anda tambah channel lain di web e-commerce anda sendiri…

Kelebihan jual di web sendiri :

  • Anda tak perlu bersaing dengan orang lain
  • Boleh jual item lebih mahal 
  • Duit terus masuk akaun kita
  • Tak perlu pening nak jaga rating segala bagai 

Cabaran jual di web sendiri :

  • Kita kena buat marketing sendiri
  • Kita kena buat web ecommerce sendiri
  • Atau langgan sistem ecommerce sendiri yang ada bayaran bulanan

Kalau anda perasan kini dah ramai peniaga melayu dah ada web ecommerce sendiri..  

Saya nampak nak guna sistem yang berbayar ni satu masalah sebab kena maintain bayar bulan-bulan.. nak buat sendiri pula ramai tak reti.. 

Oleh sebab itu saya telah buat satu panduan khas buat anda yang berminat untuk belajar bina web Ecom sendiri…dengan panduan ini anda boleh miliki web ecom sendiri dengan kos serendah 40 sen sehari.. 

Boleh baca lebih lanjut disini >> zyan.my/ecom 

Bagi yang berminat boleh gunakan kod kupon ini di halaman tempahan: DISKAUN10

1 Comment

  1. Mulalah berniaga sendiri dengan membina web sendiri atau e-commerce. Anda akan mendapat lebih kepuasan dengan mempunyai e-commerce sendiri. Anda boleh add, edit laman e-commerce ikut cita rasa anda. Tiada siapa yang boleh menentukan kandungan e-commerce sendiri kecuali anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*