Saya pasti dengan keadaan ekonomi sekarang ramai yang sedang mencari cara buat duit tanpa modal serta alternatif pendapatan selain gaji yang ada hanya sekadar cukup-cukup makan. Terutama mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak lebih dari seorang.
Nak keluar berjalan pun terpaksa berkira-kira, kos untuk seorang makan jika di mall pasaraya boleh cecah RM15 – RM30 seorang.. bergantung pada jenis kedai makan mana yang anda singgah.. kalau ada anak mesti nak bawak anak2 pi main kat theme park atau beli mainan.
Mahu atau tak memang kena ada pendapatan lain yang boleh support kos2 tambahan seperti kos untuk berhibur.. anda mungkin perlukan extra RM1000.. orang lain mungkin extra RM500..
Untuk tambahan RM500 – RM1000 setiap bulan banyak peluang yang anda boleh cari.. antaranya kat sini saya cadangkan ialah:
- Jual simkad halo telco
- Jual penapis air coway
- Jual produk digital sendiri
- Jual produk affiliate Shopee atau Tiktok
Walaupun ada banyak peluang lain lagi, cadangan saya kat atas antara yang paling mudah nak join serta termurah dan paling selamat untuk mereka yang baru nak mula dengan modal yang rendah ataupun tanpa modal..
Tapi sudah tentulah ianya memerlukan komitmen sama ada dari segi masa dan juga wang ringgit..
Saya terangkan satu persatu dengan lebih terperinci, lepastu anda buat lah keputusan nak pilih yang mana, Kita mulakan dengan simkad halo telco…
Kenapa saya rekemen anda jual simkad halo telco?
- Dengan Halo telco Anda Boleh buat duit tanpa modal yang tinggi sebab kos nak jadi agen sangat rendah, RM70 sahaja termasuk 10 keping simkad dan t-shirt halo telco, Tapi sebelum itu anda perlu lah daftar dengan menjadi pengguna terlebih dahulu, boleh dapatkan simkad harga 50 sen sahaja melalui link tik tok shop saya disini : https://www.tiktok.com/view/product/1729503980451234839
- Sistem support yang sangat padu, jika anda ada sebarang masalah terus boleh hubungi mereka melalui support chat.
- Produk adalah keperluan, semua orang perlukan internet.
- Produk juga mudah jual sebab harga simkad bawah RM10 malah anda boleh jual bawah dari RM5 apabila pihak HQ buat promosi
- Harga plan internet yang menarik, ada yang murah ada juga yang menepati citarasa kebanyakan orang seperti plan internet sehinga 500GB untuk harga RM50 sahaja.
- Komisen jualan pula adalah berulang, selagi mana pengguna kita pakai plan internet selagi itu lah kita akan dibayar dengan syarat kita pun aktif memakai plan halo telco tersebut. Anda boleh lihat bukti pendapatan disini
Ini contoh salah satu plan yang paling ramai orang berminat nak langgan
Cabaran nak jual simkad Halo Telco
- Kena jual simkad dengan kuantiti yang banyak jika anda mahukan pendapatan pasif 4 angka setiap bulan dan konsisten
- Untuk permulaan anda akan mengalami kerugian sebab hasil jual simkad anda kurang daripada kos anda ambil stok simkad dan juga kos iklan yang anda dah keluarkan untuk buat sebarang promosi.
- Anda akan merasa keuntungan pada bulan ke-3 atau ke-4 setelah pengguna terawal yang membeli melalui anda masih lagi melanggan plan internet (Snow Ball Effect)
- Tidak sesuai buat anda yang mahukan pendapatan tambahan yang segera. Sebab jual simkad ini perlukan masa dan kesabaran serta usaha yang konsisten.
- Kena sentiasa up to date dengan peraturan dan policy syarikat agar tidak terlepas sebarang promo dan strategi jualan yang terkini
Teknik terbaik menjual Simkad Halo Telco
Apa sahaja teknik promosi jika anda boleh buatnya secara konsisten tanpa putus itulah yang paling terbaik!
Sebagai contoh, anda nak jual menggunakan Profile Facebook Anda,
- Bagi tau kawan2 FB yang anda merupakan pengguna Halo Telco dan anda juga sangat berpuas hati dengan pakej dan kelajuan yang ditawarkan. Pastikan anda juga melanggan plan halo telco setiap bulan, Stop apa sahaja langganan telco lain yang tak beri apa2 pulangan buat anda. Jadikan Halo Telco Tunetalk sebagai telco utama anda.
- Pasti anda mahu tambah lebih ramai lagi kenalan jika kawan FB anda masih tak ramai, kuota rakan FB ialah 5000 maksimum
- Kena kerap post mengenai pakej-pakej halo telco di wall FB anda serta peluang jana income dengan halo telco sekurang-kurangnya setiap 2 hari mesti ada 1 posting di wall anda apa2 sahaja yang berkaitan dengan halo telco, jika tiada idea boleh lihat posting orang lain atau tanya rakan2 halo yang lain.
- Sediakan arahan mudah bagaimana mereka boleh dapatkan simkad melalui anda sama ada melalui FB messenger atau whatsapp.
- Apabila anda yang dah beli simkad melalui anda, pastikan anda follow up mereka supaya langgan plan internet sekurang-kurangnya RM35 sebulan.
- Buat semua ni secara konsisten setiap bulan sehinggalah komisen anda cecah 4 angka sebulan.
Ini adalah cara paling mudah dan paling murah yang anda boleh buat, konsep yang sama anda boleh amalkan jika menggunakan Youtube Dan Juga Tik Tok cuma beza content iaitu kena buat video.
Jika anda tanya saya setakat ni agen2 halo telco ramai yang guna tik tok ads, sebab itu lah saya ada juga sediakan panduan tik tok Express ni namun kaedah ini bukan untuk mereka yang tiada banyak bajet untuk buat iklan. Tapi kalau ada bajet lebih boleh lah cuba..
Anda boleh tonton video mengenai cara promosi halo telco menggunakan tik tok ads disini
Setakat ni anda dah jelas mengenai peluang pendapatan dengan halo telco, jika anda berminat terus dapatkan simkad disini kemudian untuk sebarang persoalan boleh PM saya di FB Ataupun Whatsapp
Leave a Reply