Jawapannya… anda wajib ada simpan stok sendiri, anda jual sendiri dapat order anda pos produk anda tu pada pelanggan.
Anda kumpul rating. Anda kumpul feedback.. lagi banyak rating dan feedback yang bagus.. lagi tinggi reach anda dapat di shopee secara percuma.
Percayalah ini sahaja cara kalau anda serius nak jana berpuluh ribu jualan di shopee
Bukanlah saya tak galakkan anda buat dropship di shopee tapi kalau anda boleh jual sendiri pos sendiri dan menjana pendapatan yang lebih tinggi kenapa tak nak buat?
Saya faham anda mungkin kekurangan modal nak beli barang secara borong.. anda mungkin takde masa nak pos barang pergi pejabat pos..
Tapi itulah harga dan risiko yang anda kena hadap kalau anda nak buat income berpuluh ribu ringgit.. rugi tu adalah proses pembelajaran anda..
Saya ada kawan yang dalam niche vape .. 100% menggunakan shopee dan sebulan dia buat lebih 3000 order.. Kereta rilek jer dia boleh beli cash…
Nak kata dia banyak duit tak jugak.. sebelum dia buat shopee simpanan dia bukan banyak sangat pun.. nak kata bujang pun tak jugak.. ada bini anak satu.. banyak komitmen dia kena tanggung..
Tapi dia beranikan diri borong produk dan jual di shopee..
Cuma kalau anda betul-betul serius mahu berniaga di shopee anda kena lah ada ilmu, jangan terus belasah sahaja.. sila baca dengan teliti apa yang saya share kat bawah ni sebelum anda buat apa-apa keputusan untuk beli borong produk untuk dijual..
Pertama : Buat kajian produk
Cari dan pilih produk yang ada permintaan yang tinggi.. di shopee sangat mudah sebab anda boleh nampak barang apa yang begitu banyak terjual… cari dalam 5-10 produk untuk anda jadikan sebagai rujukan..
Saya ada buat perkongsian dalam bentuk video bagaimana nak cari produk hot. Anda boleh tonton video dibawah.. sila tonton sampai habis dan sampai faham..
Kedua : Beli borong dengan kuatiti yang anda sangup
Anda boleh terus borong produk dalam kuantiti sedikit serendah 10 unit untuk dijual di shopee. Jangan terlalu fokus berapa anda dapat untuk permulaan.. borong 10 unit mungkin bila terjual pun untung tak berapa banyak.. tapi jika berjaya jual bermakna anda boleh menjual lebih lagi.. Hasil jualan yang ada boleh lah beli borong dengan kuantiti yang lebih banyak..
Ketiga : Jalankan kempen shopee ads!
Disebabkan anda seller baru di shopee, anda wajib buat iklan di shopee untuk naikkan ranking produk anda di shopee.. bila dah dapat jualan dan feedback serta rating yang bagus di shopee. Barulah anda boleh slow-slow kurang buat shopee ads..
Sebab biasanya kalau anda dapat dapat ramai pembeli yang berpuas hati, shopee sendiri akan suggest produk yang anda jual pada pelawat shopee itu sendiri..
Leave a Reply