
Berapa ramai kalangan kita yang masih tiada database walaupun dah lebih 3 tahun meniaga tak kira online atau offline. Sedangkan semua sedia maklum bahawa database itu sangat penting.
Saya ulang.. sangat sangat penting..
Saya berjaya buat full time online marketing sejak 2012 pun sebab bantuan database yang saya sedia ada.
Mari kita ulang kaji balik apa kebaikan jika kita ada database :
- Memudahkan kita untuk upsale barang lain
- Kita boleh generate fast cash terutama saat kecemasan
- Kita boleh ajak jadi agen produk kita atau partner
- Dijadikan sebagai sumber untuk generate look alike audience
4 kelebihan ini sahaja sudah cukup buat anda untuk mempunyai sebuah bisnes yang konsisten malah boleh berkembang jika tahu menguruskan database dengan betul
Apa jenis database yang terbaik untuk disimpan?
Ramai tanya saya.. nak simpan email ke no tel?
Jawapannya saya mudah sahaja..
Apa jenis medium yang paling selesa anda gunakan?
Kemudian tanya balik berapa bajet yang anda sanggup keluarkan untuk pemasaran database ni?
Kalau saya.. lebih selesa email & sms oleh sebab itu saya pakai sistem onpay sebab ada fungsi hebahan email dan sms..
Jika anda selesa dengan Telegram, anda buatlah channel telegram..
Jika anda selesa dengan Facebook, anda buatlah Facebook group atau kumpul mengunakan fb mesengger seperti sistem manychat (Yang ni kita panggil social contact)
Jika anda selesa dengan Email, anda buatlah email marketing..
Macam mana nak mulakan jika belum ada database lagi Zyan?
- Hasilkan lead magnet terlebih dahulu – Lead magnet adalah benda percuma yang anda boleh berikan kepada prospek anda
- Mereka yang mahukan lead magnet yang anda sediakan perlu lah join group fb atau bagi nama & email atau join channel telegram anda (bergantung macam mana anda collect database tersebut)
- Mulakan promosi untuk kumpul database!
Proses mengumpul database ni boleh kata proses yang agak bosan sebab tidak menghasilkan keuntungan tapi untuk jangka masa panjang ianya sangat membantu anda.
Apa jadi kalau anda degil dan tak nak kumpul database?
- Anda terlalu bergantung pada customer baru yang semakin lama kos makin meningkat dan conversion belian makin rendah
- Jualan semakin lama semakin merosot
- Anda tidak boleh hasilkan fast money dikala kecemasan
- Anda terlalu bergantung pada iklan-iklan berbayar yang pada bila2 masa boleh kena suspen, flag atau diban
Itu sahaja sedikit perkongsian saya mengenai database marketing. Sekarang terpulang kepada anda mahu buat atau hanya abaikan apa yang saya kongsi disini..
Rujukan panduan:
Apa itu lead magnet…bagi contoh gambar lead magnet..
Ebook percuma..@ apa sahaj yang boleh bagi value kepada prospek