Sebenarnya kalau saya nak explain betul-betul, boleh jadi panjang jadinya..
jadi saya cuba ringkaskan disini..
Kenapa TIK TOK?
1) Sudah ramai pengguna tik tok di malaysia.. data pada tahun 2018 menunjukkan sudah lebih 4 juta rakyat malaysia yang menggunakan tik tok… saya pasti tahun ini dan mendatang akan lebih meningkat lagi pengguna tik tok di malaysia.. sebab orang2 yang terkenal pun dah mula guna.. termasuk juga orang2 bisnes.. kat indonesia menteri pun ada buat ko tau.. 😆
2) Semua orang boleh hasilkan video kretif, video kelakar, video sedih, dan macam2 lagi dengan bantuan effect serta sound yang disediakan oleh tik tok, tak perlu pakai camera mahal-mahal atau alat bantuan yang pelik2 untuk hasilkan efek pada video.. semua guna henpon jer..
3) Modal kita cuma idea dan keyakinan pada diri. 😆
Ya.. bila sebut pasal marketing dengan tik tok ni.. tak lain tak bukan adalah disebabkan nak tarik lebih banyak attention.. sama jugak macam youtube.. facebook.. dan mana2 media social kalau anda memang serius nak tarik pelanggan..
(Rujuk semula video berkaitan attention yang saya buat baru-baru ni.. )
Kalau youtube anda kena buat video gempak2.. nak kena fikir content apa yang menarik, yang powerfull.. efek atau editing semua kena buat sendiri juga.. video lagi panjang lagi bagus..
Facebook pula anda kena rajin menulis.. buat story telling … etc..
Berbanding dengan tik tok.. video pendek.. kretif… efek semua dah siap.. tinggal nak guna jer..
Di zaman sekarang yang boleh kata semua orang sibuk.. dengan kerja.. dengan kerja tambahan lagi.. dengan pelbagai masalah yang menjadi penyebab stress.. masalah mental health.. semua orang mahu cari hiburan yang pantas…
Mana lagi tempat yang paling sesuai untuk gelak dengan scroll dua tiga kali sahaja?
Tik tok la jawabnya…
Ye.. tik tok masa mula2 dulu banyak perempuan yang gelek2 dalam tu .. sebagai lelaki yang acah2 suci macam saya ni.. memang terus uninstall… malas nak tengok dah.. tapi biasalah.. benda pun awal lagi.. masa tu ramai budak2 je guna.. sekarang orang2 yang profesional.. termasuk atlet luar negara pun ada buat video tik tok..
Mungkin ada kalangan anda yang bila bukak tik tok rasa menyampah.. rasa tak kelakar… mungkin anda seorang yang sangat serius sampai susah sangat nak gelak.. kalau anda jenis macam tu.. tak payah lah guna tik tok ni..
Banyak lagi medium lain.. medium yang sedia ada ni pun kalau fokus tak habis buat makan.. seperti youtube dan Facebook..
Cuma tik tok ni boleh kata sangat baru.. siapa yang dapat kumpul follower dari sekarang kat tik tok… dia sangat untung… ye lah.. nak jadi youtuber sekarang pun.. ramai artis dah tapau.. nak naik kat yotube mungkin kena ambil masa yang lebih lama berbanding tik tok.. nak kumpul followers kat FB pula anda boleh nampak sekarang dengan kebanjiran influencer2 yang baru…
Saya dok scroll2 kat tik tok.. ada yang baru buat 1 video sahaja follower dia dah puluh2 ribu.. sebab satu video tu sangat kretif… itupun video terjun kolam .. efek semua guna tik tok jer.. kalau youtube.. anda nak kumpul 1000 subsciber setahun pun belum tentu boleh dapat…
Bagaimana video kita boleh jadi viral di tik tok?
Ini yang paling best kat tik tok..
Sebab kita boleh tengok orang lain punya video yang guna sound dan efek yang sama… so kalau anda guna sound dan efek yang lagi sedang trending… kebarangkalian orang tengok video anda adalah sangat tinggi..
Tak payah nak promosi sangat pun.. guna je atau buat je video yang trending macam orang lain buat juga… tapi memang kena berani la.. hati kena kering…. tak boleh nyorok kat belakang batu lagi.. 😝
Namun ini semua adalah dari kaca mata saya sahaja sebagai seorang marketer.. saya pun guna tik tok untuk tujuan hiburan sahaja serta pendedahan seperti ini..
Saya masih selesa dengan simple funnel… kumpul lead.. follow up lead.. tarik sales.. upsale.. etc… gitu..
Nak tapau semua pun bukan sempat nak buat… fokus mana yang kita boleh fokus sahaja..
Sekian semoga posting ini bermanfaat..
Leave a Reply