Minggu ni saya agak serabut.. serius serabut.. order masuk tapi supplier tak dapat nak deliver produk.. dah la saya guna dropship dari china sahaja.. terpaksa cancel order-order dari shopee..
Asalnya supplier cuti sebab raya tahun baru cina.. lepastu timbul pula isu corona virus.. terpaksa tangguh lagi.. barang yang saya beli pun terpaksa saya cancel..
Jadi berbalik pada topik bisnes apa yang tak terkesan dengan corona virus ni ialah:
”Bisnes yang tidak melibatkan produk fizikal”
kebanyakan rata-rata produk fizikal datang dari china.. jika anda menjual produk fizikal dari pasaran tempatan pun bahan2 seperti botol dan pakaging dia pun kebanyakan dari china..
Kalau anda dapat jual barang yang bukan dari china itu adalah bonus buat anda.. Buat masa sekarang supplier tempatan pun masih menunggu kabar berita dari supplier mereka dari china juga..
Ketika post ini ditulis belum ada kata putus lagi dari supplier bila mereka akan mula pos ke Malaysia sebab banyak kerja-kerja terpaksa dihentikan.. pekerja dan staff pun masih terpaksa balik kampung.. ada yang kena kuarantin dan sebagainya..
Jadi bisnes apa yang tiada kaitan dengan produk fizikal?
- Bisnes servis
- Bisnes info produk atau digital produk
Bisnes servis ni semua orang sudah tahu seperti servis design, servis menulis, copywriting dan sebagainya.. paling senang sekali anda boleh post servis anda di Fiverr.com .
Nak dapat idea pun kat sana banyak anda boleh dapat.. Cuma servis ni anda kena ada kemahiran lah… kalau takde kena belajar dulu… benda boleh belajar kan.. kenapa nak pening-pening.. haha
Tapi kalau anda tanya saya.. saya lebih prefer buat bisnes info produk, sebab senang.. nak hantar pun guna link download jer.. nak jual pun guna sistem yang mudah macam onpay…
Cuma cabaran dia ialah :
- Idea produk info apa nak jual – yang ni kena fikir
- Kena buat copywriting yang power
- Promosi dengan cara yang betul..
Tapi kalau anda mahir 3 benda ni… pasti mudah sikit kerja anda…
Untuk idea produk info tu anda boleh rujuk link yang saya bagi kat bawah ni.. saya juga bagi template copywriting untuk anda buat rujukan (template ni dulu saya jual tapi ni saya bagi free jer)
Ok masuk bab promosi ni yang anda kena fahamkan betul-betul..
Cara promosi produk info ni tak sama macam jual produk fizikal.. anda wajib anda funnel.. kalau produk fizikal.. anda letak gambar produk orang dah tahu dah tu produk apa.. copywriting pun tak perlu panjang-panjang… orang dah boleh beli..
Kalau produk info ni anda kena belai dulu… buat orang yakin dulu.. baru jual.. nampak macam remeh kan.. tapi percayalah benda ni sebenarnya senang kalau anda tahu strategi dia macam mana..
Ini strategi bagaimana nak jual produk info
- Hasilkan produk info versi percuma yang ni kita panggil lead magnet
- Gunakan platform untuk anda promosikan lead magnet anda tu tadi
- Anda boleh guna FB group, telegram, email untuk kumpul lead yang berminat
- Kalau anda guna fb group.. follow lah di Fb group.. kalau anda guna email.. follow up guna email.. dan seterusnya
- Buat sharing yang bermanfaat secara berkala… 7 kali sharing itu cukup baik..
- Masa hujung bulan nak gaji tu anda dah boleh mula menjual..
- Jual lah dalam tempoh yang terhad.. misalnya 7 hari ke..
- Atau anda boleh buat dalam bentuk kuantiti.. misalnya RM50 untuk 20 terawal
- Lead yang anda kumpul sebelum ni pasti akan beria-ria mahu beli dari anda..
Begitu lah secara ringkasnya jual produk info.. anda hanya perlu ulang sahaja untuk produk baru.. atau pelancaran baru untuk produk yang sama dengan tambahan baru atau update baru..
Perlu diingat produk info ni tidak melibatkan kos yang tinggi.. jadi sales anda rendah ke tinggi.. anda tetap akan untung… melainkan jika anda menggunakan iklan berbayar dengan kos yang tinggi..
Ya bisnes produk info ni lebih mudah jika anda tahu caranya… rujuk balik perkongsian saya kat atas tu..
Bagi anda yang nak idea produk info apa nak jual serta template copywiritng sila rujuk link dibawah..
LINK IDEA PRODUK INFO & TEMPLATE COPYWRITING
>>> https://ideaproduk.gr8.com
Semoga bermanfaat.. jangan lupa share dengan kawan-kawan ye… rugi rasanya kalau mereka tak tahu info ini .. apatah lagi dengan isu corona virus ni yang bakal menjejaskan banyak bisnes…
Leave a Reply