Digital Marketer Malaysia Secara Full Time?

Digital Marketer malaysia antara kerjaya yang ramai anak-anak muda mahu ceburi, saya antara yang sudah terlibat dalam digital marketing secara full time sejak tahun 2012 lagi.

Sampaikan ada yang PM saya..

“.. Saya nak jadi macam Zyan, boleh kerja kat mana-mana, tolong bantu saya Zyan ..” 😩

Rilek, Sebelum anda decide nak jadi macam saya.. ketahui dulu beberapa fakta ini,

Fakta no 6 saya jamin anda takkan mampu.. :p

1) Saya kerja kat mana-mana sebab memang kerja saya kena macam tu.. walaupun saya dah set up soho kat rumah tapi still saya kena keluar juga untuk buat kerja.. sebab saya kena selalu pikir luar kotak (kretif) terutama bila nak buat kajian produk atau hasilkan offer baru..

2) Walaupun saya kerja kat mana-mana tapi masa kerja saya kadang lebih dari kerja orang biasa terutama kalau masa betul-betul nak fokus.. kadang dari pukul 8 pagi sampai 8 malam non stop depan laptop.. lebih 12 jam!

3) Saya kalau malas tahap cipan sekalipun, minima saya still kerja 4 jam sehari.. 4 jam tu bagi saya paling malas.. 4 jam tu takde sebarang distraction… 100% fokus.. lepastu nak lepak mana-mana terpulang lah..

4) Wajib mahir buat PPC advertising, sama ada google ads, Facebook Ads , Instagram ads dan lain-lain.

5) Saya boleh kerja kat mana-mana sebab saya ada database yang saya boleh promosi offer pada bila-bila masa.. itu yang kadang saya spent berjam-jam untuk create offer, design, follow up, etc..

6) Saya masih bujang, itu satu kelebihan yang ada pada saya.. kalau dah kawin mungkin saya kena kurung dengan bini.. anda yang sudah terlepas status bujang tu mungkin tak mampu dah nak merayau sana-sini macam saya..

7) Saya banyak fokus jual produk info digital, semua urusan jual beli saya guna sistem, boleh kata semua hampir automatik, kalau produk fizikal pun semua saya dropship takpun mintak partner yang handel semua.. itupun buat sekadar untuk test funnel-funnel baru.

digital marketer malaysia

Kesimpulannya. nak jadi digital marketer malaysia yang full time dan boleh travel :

– Latih diri untuk jadi lebih creative, banyak membaca, banyak belajar, banyak take action

– Mula kumpul database tak kisahlah guna platform apa sekalipun, – Wajib ada produk info digital sendiri sekurang-kurangnya satu

– Ada sales funnel anda sendiri yang boleh diautomasikan (guna produk digital anda)

– Ada platform sendiri untuk buat marketing, (FB Profile/page, Youtube Channel, Telegram, etc etc)

– Konsisten buat content, buat marketing non stop- Anda KENA ENJOY apa yang anda buat! Kena happy!

– Last sekali kena wajib tahu ilmu pemasaran berbayar untuk instant traffic..

Bagi anda yang nak belajar cara mudah buat simple marketing menggunakan simple funnel boleh cuba belajar malaui panduan ini yang saya namakan pakej simple funnel.

2 Comments

  1. Apa khbar zyan? Ingat saya lagi? Kita pernah jumpa dulu sekali.
    Saya agen baju support belakang.
    Semoga terus sukses bro.

    • Khabar baik bos.. Alhamdulillah.. terima kasih.. good luck juga boss 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*