
Dalam dunia digital hari ini, menulis dan menjual eBook bukan lagi sesuatu yang rumit. Malah, dengan bantuan teknologi AI seperti ChatGPT dan platform reka bentuk visual seperti Canva, anda kini boleh menghasilkan eBook profesional tanpa perlu jadi pakar menulis atau pereka grafik.
Jika anda seorang usahawan digital, content creator, atau sesiapa sahaja yang nak buat duit dari rumah, panduan ini akan bantu anda langkah demi langkah untuk hasilkan ebook yang berkualiti.
Kenapa Pilih eBook Sebagai Produk Digital?
Sebelum kita masuk ke teknikal, mari faham kenapa eBook masih relevan:
✅ Kos rendah untuk diterbitkan
✅ Boleh dijual berulang kali tanpa stok fizikal
✅ Sesuai untuk pasaran niche (kesihatan, kewangan, motivasi, dll.)
✅ Pendapatan pasif jangka panjang
Dan yang paling best — anda boleh hasilkan eBook dalam masa sehari saja dengan bantuan AI.
Langkah 1: Pilih Topik eBook Anda
Pilih topik yang ada permintaan tinggi dan minat mendalam. Antara contoh topik popular:
- Cara jana duit dari rumah
- Diet dan gaya hidup sihat
- Self-improvement & mindset
- Relationship & komunikasi
- Parenting atau pendidikan awal kanak-kanak
Gunakan ChatGPT untuk bantu anda brainstorm:
Prompt:
“Beri saya 10 idea eBook yang popular dalam niche kesihatan yang mudah ditulis dan laku dijual.”
Langkah 2: Guna ChatGPT untuk Tulis Isi Kandungan
Sekarang masa untuk menulis — tapi jangan risau, ChatGPT akan bantu anda karang ayat-ayat menarik. Anda hanya perlu susun struktur eBook:
Contoh struktur eBook:
- Pengenalan
- Masalah utama yang dihadapi pembaca
- Penyelesaian atau strategi
- Tips dan langkah-langkah
- Penutup dan call-to-action
Prompt untuk bantu tulis bab pertama:
“Tulis bab pengenalan eBook bertajuk ‘Cara Turunkan Berat Tanpa Ubat’ dalam nada santai dan memberi semangat.”
Ulang langkah ini untuk setiap bab.
Langkah 3: Reka eBook Guna Canva
Selepas anda salin semua teks ke dalam Google Docs atau Word, kini masanya reka bentuk eBook anda menggunakan Canva.
Tips reka bentuk:
- Guna template eBook sedia ada di Canva
- Pilih font yang mudah dibaca (Contoh: Lato, Open Sans)
- Gunakan imej beresolusi tinggi (pilih dari Canva library)
- Pastikan ada muka depan yang menarik perhatian
- Tambah page penutup dengan call-to-action: “Jemput follow saya di Instagram @…” atau “Dapatkan eBook lanjutan di link ini…”
Langkah 4: Simpan & Export Sebagai PDF
Setelah siap design eBook, klik Download > PDF Standard atau PDF Print, dan simpan eBook tersebut untuk:
✔️ Dijual di platform seperti Onpay, Shopee,Ecom Website
✔️ Digunakan sebagai lead magnet untuk kumpul email
✔️ Diberi secara percuma untuk branding
Tutorial Video YouTube: Cara Buat eBook Guna ChatGPT + Canva
Untuk anda yang lebih suka belajar secara visual, saya sediakan video tutorial penuh di bawah
Menulis eBook bukan lagi sesuatu perkara yang sukar . Dengan ChatGPT dan Canva, sesiapa pun boleh jadi penulis digital tanpa stres & tanpa kos tinggi.
Jika anda nak belajar lebih banyak teknik jana pendapatan dengan produk digital, jangan lupa subscribe channel YouTube saya dan follow FB saya.
Ajarin ku Sifu