4 Senarai Program Affiliate Terbaik Di Malaysia

Saya pasti dikalangan anda ramai yang dah tahu apa itu affiliate..

Dengan affiliate kita tak perlu keluarkan produk sendiri, kita boleh memperoleh komisen hanya dengan mempromosikan produk orang lain. Ya hanya dengan mempromosi link sahaja tanpa perlu ambil tahu mengenai postage dan juga customer support.

Bergantung pada produk dan platform apa yang kita gunakan komisen juga berbeza-beza.. ada yang bagi komisen rendah.. ada yang tinggi dan paling best ada yang komisen berulang..

Di bawah ini saya tunjukkan satu persatu program affiliate yang terbaik di Malaysia dan apakah kebaikan dan kekurangan setiap program di bawah.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi gambaran yang jelas program affiliate mana yang sesuai dengan anda 🙂

1) Program Affiliate klikjer –  Daftar Disini

Klikjer adalah halaman marketplace untuk produk digital seperti ebook dan video. Pelanggan akan menerima akses produk melalui email, kelebihan platform klikjer ini ialah komisen antara 40% hingga 50% untuk setiap jualan..

Ya agak tinggi dan lumayan, untuk produk yang berharga RM120 komisen anda boleh cecah sehingga RM60 untuk setiap jualan.

Kelebihan affiliate klikjer:

  • Komisen agak lumayan 40% – 50%
  • Ada banyak pilihan produk edukasi dalam niche pelaburan, perniagaan dan juga hobi
  • Pelanggan terus menerima akses produk selepas pembayaran tak perlu tunggu berhari-hari
  • Komisen akan dibayar setiap bulan

Kekurangan platform ini pula ialah target market tidak berapa luas antara sebabnya ialah:

  • Kebanyakan produk adalah dalam niche education
  • Hanya untuk mereka yang nak belajar sesuatu sahaja
  • Produk pula tak bole pegang. Hanya bole dimuat turun dan akses secara online.

Tugas kita sebagai affiliate pula bukan sekadar promosi tapi bagaimana nak meyakinkan prospek supaya membeli dari kita itulah cabaran yang sebenar.

Saya juga ada buat panduan khas bagi anda yang berminat untuk promosikan klikjer

Basically cara paling sesuai promosi produk klikjer ni adalah dengan mengumpul database dahulu dan follow up kemudian menggunakan email.

2) Program Affiliate Shopee

Selain daripada marketplace untuk berjual beli, platform shoppe ini juga ada menyediakan program affiliate, boleh kata hampir semua produk di shopee tu anda boleh promosikan.. namun komisen yang ditawarkan sangat sedikit.. sekitar 1.2% hingga 4% sahaja.

Untuk produk yang berharga RM1000 komisen anda paling tinggi pun sekitar RM3.40 sahaja..

Kelebihan produk shopee ni :

  • Audience lebih besar
  • Lebih mudah convert
  • Ada bermacam pilihan produk untuk kita promosi

Kekurangan shopee affilate :

  • Produk boleh sold out tanpa kita sedari
  • Produk juga boleh unlisted tanpa sebarang notis
  • Komisen yang sangat rendah
  • Pembayaran komisen yang sangat lambat – kene tunggu 2-3 bulan

Bayangkan anda dah buat content banyak-banyak kemudian link yang anda bagi tu rupanya dah sold out atau unlisted..  ataupun content yang anda buat tu ada banyak views tapi link tak valid sebab produk dah pun unlisted.

Shopee affilate ni bagi saya sangat sesuai untuk mereka yang terdiri dari kalangan influencer/youtuber atau admin page-page viral.. Kalau orang biasa yang followers atau kawan yang tak berapa ramai ni macam kurang berbaloi kalau nak laburkan masa untuk shopee affilate..

Melainkan kalau anda tak kisah berapa komisen shopee yang dapat dan anda buat pun secara sambilan macam saya..  saya pun dapat lah jugak komisen dalam RM60 – RM80 sebulan.. sebulan ya.. bukan sehari..

Sebab saya pun ada juga promosi produk shopee di FB dan blog saya..

Bagi yang berminat untuk join affiliate shopee boleh daftar disini

Nota tambahan : Sebenarnya anda juga boleh mempromosikan produk shopee dan lazada menggunakan platform Ivolve Asia tapi saya difahamkan payment adalah lebih lambat. Mungkin disebabkan mereka orang tengah jadi shopee perlu buat bayaran melalui mereka dahulu sebelum komisen dilepaskan kepada kita. Saranan saya terus daftar sahaja di Shopee Affiliate.

3) Program Affiliate Kerja Simple – Lihat Demo Disini

Saya tak pasti sama ada anda pernah nampak web mengenai kerja simple atau tak.. saya pada mulanya fikir kerja simple ni website scam.. tapi rupanya ialah program affiliate untuk produk simkad (tone wow) yang menggunakan rangkaian DIGI. 

Yang menariknya funnel semua dah siap susun dari segi copywriting, database collection dan juga follow up melalui email & juga whatsapp.. Tugas kita memang perlu promosikan link sahaja..

Kelebihan Affiliate Kerja Simple :

  • Funnel dah siap susun (kalau set up sendiri kos makan beribu ringgit)
  • Produk (Simkad) sentiasa ready stok dan pihak HQ akan poskan
  • Sistem follow up email dan whatsapp pun dah siap
  • Komisen affiliate berterusan selagi mana pelanggan yang membeli simkad teruskan melanggan
  • Harga simkad + web kerja simple hanya RM50 sahaja, Modal pelanggan anda.

Boleh lihat maklumat dengan lebih jelas di website kerja simple : www.zyan.my/simkad

Kekurangan Affiliate kerja simple :

  • Hanya ada pilihan 1 produk sahaja iaitu simkad tone wow
  • Ada kos untuk mentenen web dan sistem follow up sebanyak RM10 setiap bulan
  • Target audience ialah untuk mereka yang nak jana income tambahan sahaja
  • Ada banyak pilihan pakej plan internet yang lebih kurang sama

Apakah cara paling efektif promosi link kerja simple?

Saya galakkan anda memberi info sedikit sebanyak mengenai bisnes tone wow sebelum mereka klik link kita.. info tu semuanya dah ada pun dalam web kerja simple….

Kita cuma amik sedikit point lepastu tulis di Facebook atau point tu kita jadikan video untuk hasilkan content yang berkaitan dengan simkad..

Kalau kita bagi link tanpa sebarang penerangan awal biasanya mereka hanya buka untuk 5-7 saat pertama sahaja kemudian mereka tutup.. sebab itu penerangan awal tu penting.

Jika anda tak nak guna web kerja simple ni anda juga boleh jual secara manual, takde masalah pun.. hubungi sahaja HQ tone wow untuk dapatkan stok simkad ataupun anda boleh request untuk pihak HQ yang poskan (Dropship)

4) Tik Tok Affiliate

Tik tok selain dari penyedia video social pendek, mereka juga kini merupakan salah satu website ecommerce yang terbesar di Malaysia selain dari shopee. Disebabkan itu tik tok juga ada menyediakan program affiliate seperti shopee.

Maka ramai lah yang berlumba-lumba membuat video content yang menjual sama ada produk sendiri ataupun affiliate.

Cuma platform tik tok ni anda wajib kena buat video untuk promosi produk sama ada video recording ataupun live.

Ada fungsi butang bag kuning yang mana kita boleh meletakkan produk yang kita nak jual sama ada produk sendiri ataupun produk affiliate.

Apabila barang dah sold out ataupun sudah tidak available, logo beg kuning tu akan hilang dalam video anda.

Kelebihan Tik Tok Affiliate :

  • Ada bermacam pilihan produk seperti di shopee
  • Capaian audience lebih tinggi
  • Lebih mudah convert seperti shopee (bergantung pada video yang anda hasilkan)
  • Kita akan mendapat notification sekiranya produk sudah sold out atau tidak available

Kekurangan/cabaran Tik Tok Affiliate

  • Kena sentiasa buat video baru dan konsisten
  • Kena promosi dalam platform tik tok sendiri jadi persaingan juga adalah sangat tinggi
  • Komisen yang rendah sama seperti shopee termasuk juga tempoh bayaran komisen
  • Video mesti lalu FYP untuk dapatkan views yang tinggi

Pendapat saya tik tok affiliate ni hanya untuk mereka yang gemar dan tahu untuk edit video serta boleh hasilkan video content yang konsisten setiap hari.. Untuk anda yang tiada masa nak buat banyak video dan edit video, platform ini kurang sesuai.

Ini lah dia antara 3 platform affiliate yang terbaik di Malaysia setakat ini.

Kesimpulannya,

Setiap platform ada kelebihan dan kekurangan masing-masing terpulang kepada anda nak pilih yang mana.

Kalau anda tanya saya, kena lihat apa yang kita ada.. apakah kekuatan kita…

Jika anda memang seorang influencer yang ada berpuluh atau beratus ribu followers, Shopee atau tik tok affiliate adalah yang paling sesuai sebab anda memang dah biasa dalam penghasilan conten. Jadi dah alang-alang buat content bole lah promot sekali barang-barang di tik tok dan shopee.

Cuma dengan syarat anda kena rajin lah buat content, nama pun influencer kan..

Tapi jika anda bukan influencer.. tiada followers beribu.. masa pun tak banyak nak buat promosi hari-hari, affiliate kerja simple adalah yang paling sesuai.. sebab dengan sistem kerja simple hampir semuanya sudah disediakan.. Tugas kita cuma perlu jadi pengguna simkad tone wow dan juga mempromosi link kerja simple dengan cara memberi info dan penerangan mengenai bisnes simkad tone wow..

Malah anda juga tidak berseorangan sebab ada ramai ahli yang sudi berkongsi dan memberi bantuan sekiranya ada masalah dari segi promosi..

Yang paling menarik, Komisen yang anda peroleh pun akan berterusan meskipun anda buat keputusan untuk tidak mahu menjual lagi simkad tone wow suatu hari nanti.. berbanding program affiliate yang lain anda kena sentiasa buat promosi.. kena sentiasa buat content sampai bila-bila.. kalau anda stop maka pendapatan anda pun akan stop..

Jujurnya saya sendiri pun dah letih sebab hampir 10 tahun meniaga kena sentiasa mencari pelanggan baru.. kos pun semakin lama semakin mahal untuk dapatkan seorang pelanggan…

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*