FINANCIAL FREEDOM DAN PASIF INCOME

Ini antara ayat yang banyak digunakan dalam marketing untuk promosi program2 pelaburan, MLM, peluang perniagaan, etc..

Sering kali 2 hal ini menjadi target atau goal kebanyakan orang yang mahu join sesuatu program, peluang atau pelaburan.

Bila saya tanya kat wall tadi, tak ramai pun kata percaya.. sebab ramai juga yang belum capai atau pun mereka yang dah capai dia tak amik kisah pun..

Apa itu financial freedom?

Bahasa mudahnya ialah keupayaan berbelanja untuk keperluan atau kehendak kita tanpa terlalu risau memikirkan duit yg perlu dikeluarkan.. nak beli apa semua boleh.. nak bayar apa semua takde masalah… sebab duit dah banyak.. income pun dah banyak..

Cuma financial freedom ni terlalu subjektif… ada yg dah happy dan boleh beli mcm2 dengan income 10k sebulan.. tapi ada yg income 20k sebulan pun rasa tak cukup.. terpaksa kerja keras lagi untuk capai 30k sebulan..

Kita target nak financial freedom pada umur 30 dengan income bersih 20k sebulan tapi bila dah cecah 20k sebulan rupanya still tak cukup jugak sebab komitmen pun dah bertambah.. itupun tak pasti berapa lama bertahan..

Jadi nampak tak apa masalahnya kat sini… tapi tak salah pun nak target macam tu… ok je.. saya pun takde kata salah…

Bagaimana pula dengan pasif income?

Pasif income ni bahasa mudahnya tak buat apa2 kerja sangat tapi tiap bulan duit masuk.. boleh jd hasil dari property, saham, bisnes MLM dan sebagainya..

Masalah dengan pasif income ni dia tak bertahan lama.. ada yg tahan setahun.. 2 tahun.. 3 tahun… 5 tahun… mahu atau tidak tetap kena ada exit plan..

Ya, memang ramai yg dah jadi kaya dan peroleh pasif income dengan property, MLM dan program2 pelaburan… tapi ramai juga yang melingkup yang dah lost banyak duit dan ada yg bertahan pun sekejap sahaja.. cuma dia tak cerita.. lebih2 lagi zaman pandemik ini..

Tapi apa yang membezakan mereka?

Mereka yang kaya raya atau yang dah betul2 success tidak pernah meletakkan financial freedom atau pasif income sebagai target atau goal utama .

Jika tidak pasti orang2 seperti mark zuckerberg ataupun elon musk dah bersara lama.. baik dok rumah je jaga anak.. duit dah banyak kot..

Jadi apa yang kita patut letakkan sebagai target utama dari segi kewangan kita?

Jawapannya ialah : Financial confidence

Hah? Apa benda pulak tu?

“Financial confidence is the ability to make everything back if you were to suddenly lose it. True financial confidence means that you are not bound by any job, country, or material possessions. Your skills and abilities create financial confidence, because no one can take them away from you. – Dan Lok”

Ya, walau apa pun yg berlaku, anda ada kebolehan untuk menghasilkan pendapatan atau boleh terus maintain apa yang anda ada sekarang..

Kalau takde skill ni, itu yg jadi bisnes banyak tutup, banyak lingkup , income terjejas dan macam2 lagi bila terjadinya malapetaka seperti pandemik ni..

Orang2 hebat mereka ada skill ni… Ada yang bisnes travel dia jatuh gara2 covid, terus dia tukar jual makanan, lepastu boom, ada yang kerja dalam sektor penerbangan berenti terus jual ayam bakar.. laris jugak 20 ekor sehari…

Adakah anda dah capai Financial confidence?

Cuba jawab soalan ni dulu..

Sekiranya anda kehilangan segalanya hari ini.. duit, harta, takhta.. adakah anda boleh bangkit semula dengan menggunakan apa yang ada pada diri anda sekarang? Nak sara anak bini lagi serta tanggungan sedia ada?

Jika jawapan anda Ya.. maka tahniah!

Jika jawapan anda Tidak.. maka sesuatu perlu dilakukan sebelum malapetaka lebih buruk terjadi.. fuhh.. bunyi macam seram kan..

Tapi itu lah realiti… ada waktu ketika perniagaan yang anda bina runtuh, kena tipu… pelaburan yg anda join rugi besar.. investor bawak lari duit.. market crash… property yg anda beli rosak, penyewa lari, kena berhenti kerja, gaji kena potong dan macam2 lagi.. semua tu kita tak boleh kawal… sebab kita tak tahu pun bila benda tu nak jadi… lepasni muncul virus apa lagi kita pun tak tahu…

Jangan salahkan keadaan atau takdir… itu semua adalah proses kehidupan… mahu atau tidak terpaksa hadap..

Sebab tu Financial confidence ni sangat penting berbanding anda target nak ada financial freedom ataupun pasif income..

Takkan nak tunggu benda buruk jadi baru terhegeh-hegah nak cari solution kan?

Jadi macam mana nak capai Financial confidence? (Jika belum)

1) Ubah environment & mindset anda

Pastikan 5 kenalan rapat anda aktif dalam bidang yang anda ceburi sekarang.. banyakkan belajar dan bertukar-tukar idea.. begitu juga dengan bidang2 lain..ada masalah bincang sama2… cuba selesai sama2.. jangan buat semua seorang diri.. jangan bagi alasan tidak berkawan disebabkan introvert, introvert yang bijak dia pandai pilih kawan bukannya tidak berkawan langsung.

Bila terjadinya pandemik orang biasa akan panik… resah.. gelisah… tapi jika anda ada mindset yg betul. anda akan nampak ianya satu peluang… sebab tu penting juga ada kawan2 yang positif atau networking yang bagus.

Daripada mengeluh, bagi banyak alasan dan mengharap bantuan, sebenarnya ada peluang yang kita boleh ambil..

Lagi sekali.. topik ni memang agak berat dan bukan untuk semua orang.. silap2 saya yang boleh kena kecam…

2) Develop Skill Buat DUIT

Percayalah setiap dari kita ada kelebihan masing2.. kita bukan dicipta dengan tujuan yang sia-sia… pasti ada skill yang kita boleh develop dan boleh digunakan untuk apa sahaja kebaikan termasuklah dalam memperbaiki kewangan kita.

Kalau ikutkan sifu saya Dan Lok, Untuk capai Financial Confidence adalah dengan mempunyai High Income Skill iaitu kebolehan menjana pendapatan sekurang-kurangnya 5 ANGKA SEBULAN menggunakan apa yang ada di tangan.

Ini termasuk la skill seperti copywriting, public speaking, closing, marketing, nanti saya akan cerita lebih lanjut pasal high income skill ni.

3) Buat sesuatu dengan sepenuh HATI.

Kalau anda perasan kebanyakan orang-orang yang berjaya dia buat semua dengan penuh semangat, buat sampai habis, takde separuh-separuh. selagi tak siap selagi tu dia tak berhenti.. tiada istilah tangguh-tangguh.. kalau dia nak buat.. dia akan buat sampai berjaya,

Apa guna kita follow Elon Musk tapi tak boleh follow dia punya perangai yang degil tu untuk berjaya walau sikit pun kan?

4) Tahu urus duit dengan betul

Tak guna kalau anda hebat buat duit macam mana sekalipun tapi nak urus duit pun kelaut, kuat membazir, tidak menyimpan apatah lagi membeli aset.

Cara anda urus duit menentukan bagaimana anda menguruskan hidup anda.

Simpan duit dengan konsisten meskipun jumlahnya sedikit.. belilah aset walau sekecil 1gram emas sekalipun.. topik urus duit ni memang agak sedih untuk kebanyakan orang tapi ini realiti yang terpaksa kita hadap daripada dok menyesal bila dah tua nanti..

Next post saya akan tulis mengenai HIGH INCOME SKILL

1 Trackback / Pingback

  1. High Income Skill Hasilkan 5 Angka Sebulan – Zyan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*