Sebelum ni saya ada kongsikan mengenai financial confidence.. ianya adalah mengenai skill buat duit dan urus duit..
Skill ni wajib kena ada sebelum anda target nak ada financial freedom mahupun pasif income.
Untuk skill manage duit, kembangkan duit. Saya bukanlah orang yang layak sebab saya sendiri sampai sekarang pun kadang masih kelaut juga.. lagipun saya masih bujang dan lebih banyak kelebihan berbanding mereka yang dah berkahwin dan ada lebih banyak komitmen. cuma yang saya boleh pesan ialah jangan membazir beli barang yang tidak perlu dan simpanlah duit setiap bulan secara konsisten meskipun jumlahnya yang kecil..
Tapi zaman sekarang mahu atau tidak berjimat cermat sahaja tidak cukup, apatah lagi jika anda tinggal di bandar atas faktor inflasi, barang keperluan semua makin lama makin mahal.. kos-kos meningkat.. jadi skill buat duit sangat penting untuk hasilkan pendapatan sampingan yang boleh tampung keperluan hidup.
Bila sebut skill buat duit ni sebenarnya ada banyak.. tapi untuk sharing saya ni saya nak kongsikan bahagian online marketing dan fokus kepada HIGH INCOME SKILL sahaja.
Kalau ikutkan business owner Dan Lok, untuk capai Financial Confidence adalah dengan mempunyai high income skill yang boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan.
Jadi apakah skill-skill ini?
Anda boleh tonton 2 video berikut dengan penerangan lebih jelas dan lebih detail atau baca terus artikel dibawah
Video penerangan 1 (untuk video 2 rujuk skill no 4)
1) Skill Copywriting
Siapa pernah belajar pasal copywriting? Susah kan? Sebab ianya adalah skill yang mahal dan sesiapa yang mahir copywriting dia memang boleh buat banyak duit. Bukan terhad buat copywriting untuk produk sendiri sahaja malah anda boleh open service bagi sesiapa yang nakkan copywriting untuk produk mereka. Harga service copywriting juga biasanya bukan murah apatah lagi jika sudah mempunyai banyak testimoni pelanggan yang puas hati.
Bermula serendah RM300 anda boleh naikkan sehingga RM2000 – RM5000 bergantung pada permintaan dan kualiti yang anda boleh sediakan.
Bagi anda yang nak belajar ilmu copywriting,, boleh dapatkan ebook kitab copywriting dari Cikgu Ali Hanafiah, saya sangat rekemen sebab saya sendiri dah beli dan baca,>> Boleh belajar disini<<
2) Web Design
Begitu juga dengan skill bina dan design website, anda boleh buka servis pada harga yang lebih kurang sama seperti copywriting , Malah anda juga boleh minta bayaran bulanan untuk servis operasi website client anda. Bayangkan setiap bulan anda menerima wang secara konsisten daripada client anda hanya dengan menguruskan website beliau.
Sudah tentunya client yang boleh bayar setiap bulan ini adalah client vip seperti owner business atau public figura.
3) Digital Marketing
Digital marketing ni agak luas sebenarnya tapi kalau kat Malaysia ni ramai yang buat duit adalah melalui paid advertising, content marketing dan juga social media marketing.
Anda mahir salah satu skill marketing ni pun sebenarnya dah cukup misalnya FB ads dan Google ads.. Tapi untuk mahir skill ni.. ilmu copywriting dan bina website mesti ada juga melainkan jika anda nak hire orang lain untuk copywriting dan website. ( servis minisite dan copywriting )
Tapi macam saya pula lebih kepada database marketing, saya kurang minat masuk dalam liga yang banyak sangat persaingan… sebab tu kalau anda perasan banyak panduan saya lebih kepada database marketing, yang penting boleh buat duit dan boleh hasilkan keuntungan..
Antara produk saya yang berkaitan dengan database marketing ialah simple funnel, onpay method, instant database.. boleh rujuk disini untuk senarai panduan saya.
4) Online Education
Buat kelas online, jual tutorial online, Ebook/video, ini juga antara skill yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana kos operation yang sangat rendah serta keuntungan yang berlipat kali ganda.
Malah skill ini antara yang paling mudah bagi saya kerana saya tak perlu bersaing dengan ramai orang dan saya sendiri boleh tetapkan berapa harga serta keuntungan yang saya mahukan.
Demand terhadap niche ini juga semakin meningkat akibat faktor pandemik kerana lebih ramai orang berada di rumah dan kebanyakannya mahu belajar secara online sahaja.
Untuk penerangan lebih lanjut dalam topik ni sila rujuk video berikut :
Bagi anda yang nak tahu bagaimana saya dapatkan idea produk informasi yang laris sehingga hasilkan income 5 angka sebulan boleh rujuk link ini : https://www.azian.co/secretvideo
5) Skill Close Sale
Ilmu close sale melalui whatsapp/sms/call adalah skill yang sangat mahal, jika anda mahir close sales, banyak company yang sanggup hire anda bekerja dengan gaji yang tinggi yang penting anda boleh hasilkan jualan untuk produk mereka.
Sebab tu kebanyakn mereka yang join takaful, coway, unit trust hebat2 sebab antara ilmu mahal yang mereka pelajari ialah close sales, bukan senang nak close sales produk harga ribu-ribu atau ada bayaran bulanan..
Ini antara 5 jenis high income skill yang saya boleh rekomen kerana ianya boleh dilakukan oleh semua orang asalkan dia betul2 mahu belajar meskipun dari zero malah anda boleh mula dengan kos yang rendah ataupun tanpa kos.
Skill anda ni lah produk anda.. langkah seterusnya ialah mencari pelanggan yang boleh menggunakan kemahiran anda.. gunakan platform social media sebaik mungkin untuk bagi tahu servis/produk anda
Ada banyak lagi skill lain seperti coding, software, SEO, Trading, tapi semua tu lebih banyak makan masa dan perlukan minat serta kesabaran yang tinggi.. ada sesetengah juga yang perlukan modal yang tinggi..
Jika ada cadangan lain skill yang boleh hasilkan 5 angka sebulan, sila nyatakan di ruangan komen di bawah..
Sama-sama kita belajar..
Sila share jika bermanfaat…
Terima kasih
Leave a Reply