Salam hormat, pada pagi yang indah ni saya tiba-tiba rasa nak tulis sesuatu di blog ini mengenai realiti dalam dunia perniagaan di internet..
Ramai orang yang saya jumpa.. yang pm/email saya.. tanya nak buat duit online, nak jana income tambahan secara online..
Itu bagus.. tapi jika anda fikir nak buat income online dengan mudah.. yang 100% automatik sampai duit masuk… yang tak pakai modal besar atau tak pakai modal langsung.. nak buat sebab tak nak kerja lagi supaya ada banyak masa bersama keluarga… anda mungkin kena fikir 100 kali lagi… sebab realitinya bukan begitu dan bukan semudah itu..
Apatah lagi jika anda fikir sampai boleh beli kereta mewah rumah mewah dengan bisnes online dengan usaha yang suam-suam kuku baik anda lupakan..
Tujuan post ini bukan lah untuk mematahkan semangat anda atau bagi tahu anda supaya stop buat bisnes online sebab semua ni susah… tidak!
Apa yang saya nak tunjuk kat sini ialah… “ada harga yang anda patut bayar”
Anda nak beli ferrari hasil bisnes online?
Silakan! Benda tu tak mustahil.. tapi anda kena kerja dan usaha seperti nilai ferrari itu juga, berapa jam sehari anda boleh luangkan masa untuk bisnes anda, berapa iklan sanggup anda buat dalam sehari… berapa banyak split test yang anda sanggup buat.. berapa modal pula anda sanggup keluarkan…
Nak beli ferrari kot… takkan nak spent masa sehari 3 jam lepastu labur RM30 sehari?
Jadi apa yang anda patut buat sekarang?
Letak target yang logik, jika anda baru nak mula buat duit online ke nak cari income tambahan ke.. buat target yang logik dan anda yakin boleh capai.. misalnya anda nak buat tambahan RM3000 sebulan..
Nak buat 3k sebulan anda kena tahu barang apa atau servis apa nak jual dan berapa unit anda kena jual.. berapa pelanggan pula anda kena dapat.. dan berapa banyak trafik pula anggaran yang anda kena peroleh..
Saya bagi contoh dalam kes saya..
Jika saya nak hasilkan income bersih RM3000 saya kena dapatkan lebih kurang 200 pelanggan daripada 1000 pelawat.. jika saya target nak buat dalam masa 3 hari saya kena dapatkan 1000 pelawat dalam masa 3 hari..
Untuk dapatkan pelawat sebanyak tu, saya ada beberapa pilihan.
- Promosi pada database sedia ada
- Promosi guna fb ads dengan kos iklan yang tinggi
Apa yang saya sebut kat atas ni semua kena ada strategi.
Itu yang dipanggil funnel.
Apa yang saya cerita kat sini ialah realiti yang anda kena lakukan, bukan fantasi semata-mata..
Anda kena ada platform menjual, anda kena kumpul database, anda kena tahu bagaimana nak hasilkan tawaran yang menarik, anda kena tahu macam mana nak buat jualan yang berulang..
Sebab tu penting untuk anda ada ilmu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya anda boleh skip banyak kesilapan yang saya dah buat sebelum ni..
Saya buat blog ni dan panduan sebab saya saya tak nak anda buang banyak masa dan duit macam saya buat dulu.. saya terus kongsi apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan pada saya..
Banyak perkara yang anda kena belajar kalau anda serius nak buat income online ni..
Jika anda nak tahu bagaimana saya boleh generate income online yang agak banyak dalam masa yang singkat anda boleh cuba belajar panduan yang saya panggil instant profit funnel.
Namun teknik ini bukanlah bermakna anda buat hari ni terus dapat income hari ni. Ada beberapa perkara yang anda kena belajar yang saya dah sebut dalam panduan ini.
Misalnya anda tetap kena ada modal jika nak run fb ads ataupun anda dah ada database sedia ada yang agak banyak.. so panduan ini sangat sesuai untuk anda supaya dapat manfaatkan sepenuhnya apa yang anda ada..
Jika anda memang totally dari kosong panduan ini bukanlah tidak sesuai, tetapi anda perlu ambil masa sedikit misalnya untuk kumpul modal atau kumpul database terlebih dahulu.
Dalam panduan ini saya memang tunjuk step by step bagaimana saya kumpul hampir 3k dalam masa 3 hari hanya menggunakan fb group dan fb ads sahaja.
Klik pada gambar di bawah jika nak order.
Yep tuan …bisnes online dan bisnes offline sama sahaja cabaran dan risikonya. Cuma, sedih tgk ramai yang tertipu denga
mentaliti biasa bila baru nak kenal bisnes online..semua ilmu nak free dan kena suap, iklan tak nak keluar modal, keje nak banyak goyang kaki, nak cepat-cepat dapat untung; buat keje cuma nak sekali dan tinggal, pastu biar hasil masuk seumur hidup 😀