Kenapa orang lain boleh buat tapi kita tak boleh buat? 🙄
Boleh jadi sebab dia ada banyak modal.. Boleh jadi dia lebih banyak network dan kenalan.. Boleh jadi sebab dia ada rupa cantik dan hensem…
Dan macam-macam lagi kemungkinan dan ketidakpastian..
Sebab tu lah kita kena BELAJAR dan AMBIL TAHU lalu cuba dapatkan apa yang kita kurang atau yang kita belum ada.. kalau memang kurang modal.. kita kumpul lah dulu.. cari modal tu cepat-cepat.. set target berapa modal nak kena kumpul.
Kalau dah tahu dia banyak network dan kenalan, kita buatlah benda sama.. join gathering.. join zoom meeting.. banyakkan berkomunikasi..
Nak kena hensem cantik? Buat lah exercise lah.. pegi gym.. jaga makan.. buat badan tu ada shape sikit.. kalau itu yang diperlukan untuk berjaya macam orang itu atau orang ini.
Kita bukannya tak tahu semua tu.. kadang kita je yang tak nak buat atau tak berani buat atau malas dan banyak alasan..
Benda ni lah yang buat saya kaji dan belajar pasal personal development.. saya dulu fikir saya ni kononnya introvert.. padahal cuma tak yakin dengan diri.. sebab tu malu nak cakap dengan orang.. banyak sangat fikir benda yang tak jadi dan fikir pun jauh sangat.. mat salleh kata overthinking.. banyak sangat fikir kelemahan diri.. banyak sangat fikir akan penerimaan orang lain nanti macam mana..
Hakikatnya benda tu takde apa sangat.. kita je yang tak nak keluar dari COMFORT ZONE..
Comfort zone ni bahaya gais.. siapa yang tak faham pasal comfort zone ni meh saya explain sikit..
Contoh comfort zone : Naik kereta atau moto… tekan minyak atau pulas dah jalan dah.. tahu2 sampai.. at the end kita akan rasa nothing.. sebab dah biasa buat.. hari2 macam tu.. yang penting sampai.. tu comfort.. selesa..
Luar dari comfort zone : Kita naik basikal atau berlari, kita akan tercungap2.. penat letih.. berpeluh2.. minggu pertama kita akan rasa sakit2 badan.. boleh demam kalau kita tak biasa buat.. tapi selepas seminggu or 2 minggu konsisten buat, kita akan rasa lebih bertenaga.. badan makin ringan… lebih rasa happy dari sebelum ni.. cuba tanya kawan2 yang aktif berbasikal atau berlari.. mesti diorang akan cakap benda sama..
Janganlah pula lepasni balik kampung or pi kerja naik basikal atau berlari.. itukan cuma contoh… 🙄🙄🙄
Akhir sekali.. decide lah betul2 kita nak jadi apa sebenarnya.. skill apa yang kita patut belajar… then buat lah sungguh-sungguh.. buat sampai jadi.. tak perlu pun tiru sebijik2 apa yang orang lain buat.. tapi kita boleh amik mana yang bagus untuk diri kita..
Leave a Reply