Yoodo Prepaid Yang Paling Jimat!!

Assalamualaikum dan salam hormat

Jarang saya nak buat review pakej telco ni.. tapi disebabkan dah lebih setahun saya guna dan banyak manfaat saya dapat..

Saya nak rekemen anda guna Yoodo!!

Kenapa saya rekemen?

1) Sangat menjimatkan!

Kenapa jimat?

Sebab kita hanya perlu bayar apa yang kita perlukan sahaja.

Kita boleh pilih berapa GB sebulan yang kita nak.. kalau tak cukup kita boleh add bila2 masa.. tak perlu nak terikat bayaran bulanan yang kita tak perlukan pun sebenarnya…

Saya bayar tak sampai RM20 pun sebulan sebab line utama sebelum ni DIGI saya dah guna untuk tujuan hotspot..

Setakat ni masih belum ada rasanya pihak telco lain yang ada fungsi ini.

Jika anda tak mahu gunakan pakej custom seperti ini anda boleh pilih pakej yoodo unlimited itupun anda boleh dapat serendah RM35 hingga RM48 setiap bulan..

Sangat-sangat berbaloi kalau anda jenis yang kerap online setiap masa atau kerap main game online seperti pubg dan mobile legend.

2) Yoodo Coverage yang luas (Under Celcom)

Yoodo ni menggunakan coverage celcom jadi pastikan anda semak terlebih dahulu kawasan anda atau kawasan yang kerap anda kunjungi ada coverage celcom..

Macam kat area tempat tinggal saya ni meskipun di kampung ada liputan siap 4g lte lagi.. sebab tu lah laju..

Untuk semak coverage anda boleh semak di website celcom atau call yoodo call centre..

Boleh tengok video dia kat sini..

Bagaimana cara nak daftar?

Mudah jer…

1) Pergi ke appstore atau playstore anda dan download app yoodo..

2) Terus order new simkad dalam app tersebut..

Tapi nanti dulu… anda boleh dapatkan 7gb percuma jika menggunakan kod berikut : eqzbf3230

Masukkannya dalam app semasa pengaktifan.

Setakat ni memang puas hati lah saya pakai yoodo.. memang takde problem langsung.. sebab tu saya berani rekemen pakej telco ini..

Apa pun pastikan anda semak dahulu kawasan anda tinggal atau kawasan yang anda kerap kunjungi supaya anda takkan ada masalah melayari internet.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*