Post ni agak panjang jadi sebelum anda teruskan jemput follow FB saya jika belum.. Pastikan anda juga set see first kalau sudi.. di wall fb saya ni banyak saya cerita realiti berbanding fantasi.. haa gituuu..
Mesti ada kalangan anda yang mula tertanya-tanya kenapa sekarang sales slow.. Kenapa tak macam dulu.. kenapa jadi begini..
Sales dah Mula slow.. rumah kereta pulak Nak kena bayar.. huhuhu
PERTAMA : KENAL PASTI PUNCA
Ya. Kenal pasti punca dulu.
Boleh jadi faktor persaingan yang tinggi..
Trafik yang kita dapat tak banyak macam dulu..
Lead masuk tapi tak convert
Biasanya masalah pusing-pusing kat sini jer..
kalau anda kata kuasa beli makin kurang anda silap besar.. orang lagi banyak berbelanja
Sebenarnya tapi saya akui mereka lebih memilih sekarang ni.
KEDUA : CARI JALAN PENYELESAIAN
Dah kenal pasti punca mestilah anda kena cari solution..
Dah tau pesaing tinggi, fikirkan cara macam mana anda nak keluar dari
Kelompok pesaing anda tu.. paling mudah anda sediakan “tawaran menarik”
Yang pesaing anda tidak tawarkan.
Trafik tak banyak? Belajar lah improve lagi skill promosi tu.. FB ads, Google Ads…
Kadang kita rasa macam dah cukup terer x nak belajar dengan orang lain padahal sebenarnya
Banyak lagi benda kita tak tahu.. selagi bisnes anda berjalan.. selagi itu anda kena top up ilmu
sebenarnya.. lagi-lagi dengan teknologi sekarang.. lagi banyak perkara cepat berubah
Lead kurang convert ni biasa faktor closing… jadi kena lah improve lagi cara closing tu.. tanya mereka yang lebih pakar bab ni.. saya kalau bab closing ni slow sikit.. sy Jenis kalau orang tak nak beli saya NEXT jer.. cari orang yang betul2 nak beli sahaja..
KETIGA : SEDIAKAN LONG TERM PUNYA STRATEGI
Benda ni yang tak ramai buat, ramai tahu pun buat-buat tak tahu..
Bina hubungan yang baik dengan pelanggan anda, build value, build trust..
Kalau mereka dah trust, mereka akan beli dan beli lagi produk anda.
Mereka dah tak pandang pesaing anda.. sebab dah biasa beli dengan anda.
Anda sendiri pun pergi bengkel kereta yang sama..
Pergi kedai gunting rambut yang sama..
Beli barang mekap brand sama..
Beli Shampoo yang sama..
Beli jam yang sama
Kalau anda nak jimat kos..
Buat lah personal branding pakai FB profile anda atau hasilkan sebuah blog yang sesuai dalam niche anda.. youtube channel ke..
Ada kos lebih sikit bina brand produk anda sendiri..
JEMPUT FOLLOW FB SAYA : fb.com/zyanfb
entry kali betol panjang . puas baca. ok nak baca next post pulak.