Kerusi Ergonomic ni perlu ke? Dalam era digital ini, ramai individu yang meluangkan masa yang banyak untuk bekerja di hadapan komputer. Tak kiralah sama ada anda bekerja ataupun meniaga online seperti saya.
Satu perkara yang anda wajib tahu ialah, terlalu banyak duduk boleh menyebabkan masalah kesihatan pada tubuh. Oleh itu, adalah penting untuk memiliki kerusi yang ergonomik bukannya kerusi gaming ya..
Salah satu pilihan yang terbaik adalah kerusi SPACE Ergonomic.
Kerusi ini mempunyai ciri-ciri yang sangat selesa dan ergonomik, yang mana ia dapat mengurangkan risiko kesakitan pada otot belakang atau leher.
Antara kelebihannya ialah:
- Reka bentuk ergonomik: Kerusi ini dapat disesuaikan dengan mudah mengikut saiz badan pengguna. Ketinggiannya dan kedalamannya boleh diubah suai, manakala sandaran boleh diatur pada pelbagai sudut untuk memastikan keselesaan semasa duduk dalam tempoh yang lama. Paling saya suka sekali ialah pada bahagian sandaran kepala, mudah nak adjust.. Tak sama seperti kerusi yang lain..
- Bahan berkualiti: Kerusi SPACE Ergonomic dibuat daripada bahan Fabrik yang berkualiti tinggi, yang tahan lama dan mudah dibersihkan.
- Menjaga kesihatan tubuh terutama pada tulang : Kerusi ini direka khusus untuk melindungi kesihatan tubuh pengguna. Ia dilengkapi dengan penyandar leher dan bahu untuk mengurangkan ketegangan, serta sandaran kepala untuk mengelakkan kekejangan pada leher.
- Mudah dipindahkan : Kerusi ini dilengkapi dengan roda yang memudahkan pengguna untuk memindahkan kerusi dari satu tempat ke tempat lain.
- Menampung berat badan yang tinggi: Kerusi SPACE Ergonomic mampu menampung berat badan sehingga 150 kg, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis badan.
Jika anda ingin membeli kerusi ini, Shopee merupakan antara platform yang terbaik untuk mendapatkannya. Harganya juga berpatutan dan pembayaran dapat dilakukan dengan mudah melalui pilihan seperti bank transfer,, kad kredit atau e-wallet.
Kesimpulannya, bagi mereka yang sering bekerja di hadapan komputer, untuk elakkan risiko kesakitan pada otot belakang dan leher adalah dengan membeli dan menggunakan kerusi SPACE Ergonomic adalah suatu keputusan yang bijak.
>> Anda boleh dapatkan kerusi ini disini
Terdapat banyak kelebihan dan harganya juga berpatutan. Oleh itu, dapatkanlah segera kerusi ini dan nikmati keselesaan semasa bekerja 🙂
Leave a Reply