Berita buruknya.. sebenarnya tidak ada satu pun model perniagaan yang paling kukuh. Setiap perniagaan mempunyai keperluan dan cabaran unik yang perlu ditangani. Ada yang bertahun-tahun buat bisnes tapi untungnya tak nampak pun.. ada yang dah berpuluh tahun meniaga tapi sekadar cukup makan.. yang rugi setiap bulan pun ada.. itu lah lumrah sebenar dalam perniagaan. Hanya yang dah melaluinya sahaja yang tahu..
Namun, terdapat beberapa model perniagaan yang terbukti kukuh dan berjaya dalam pelbagai jenis perniagaan namun masih ada risiko besar… Berikut adalah beberapa contohnya:
1) Model perniagaan berdasarkan langganan (Subscription): Model perniagaan ini membolehkan pelanggan membayar yuran langganan untuk mengakses produk atau perkhidmatan setiap bulan. Contohnya Netflix dan Amazon Prime. Keuntungan model perniagaan ini adalah ia boleh menghasilkan pendapatan yang stabil dan dapat diramalkan dan penggunanya adalah seluruh dunia!
Contoh lain, Maxis, Digi , Celcom , Penapis air , Astro, Gym , kelas-kelas renang, tarian.. etc..
2) Model perniagaan e-dagang (Ecommerce): Model perniagaan ini membolehkan kita menjual produk secara dalam talian, seperti Etsy, Amazon dan Alibaba. Keuntungan model perniagaan ini adalah dapat menjangkau pelanggan di seluruh dunia bukan terhad dalam Malaysia sahaja. Tapi of course ada cabaran dia.. dulu masa zaman internet baru nak up kat Malaysia ni.. Dr Irfan Khairi sendiri dah jual peta Malaysia ke luar negara..
Sebenarnya ramai jer orang Malaysia yang produknya telah pun terjual di luar negara.. contohnya mereka-mereka yang menggunakan platform ebay dan amazon. rata-rata pelanggan mereka memang dari luar negara.
3) Model perniagaan rangkaian : Model perniagaan ini membolehkan perniagaan mengembangkan rangkaian pelanggan atau rakan kongsi perniagaan. Keuntungan model perniagaan ini adalah dapat memperluas jangkauan perniagaan, semakin lama semakin bertambah.
Contoh bisnes model ini ialah, grab dan juga airbnb…semakin ramai pengguna grab dan airbnb yang daftar, semakin kukuh perniagaan mereka.
4) Model perniagaan freemium : Model perniagaan ini membolehkan perniagaan menawarkan produk atau perkhidmatan secara percuma kepada pengguna dengan ciri-ciri asas, tetapi mereka perlu membayar untuk ciri-ciri yang lebih lengkap atau premium. Keuntungan model perniagaan ini adalah dapat menarik lebih banyak pelanggan dan menghasilkan pendapatan daripada pelanggan premium.
Contoh paling mudah ialah youtube, untuk menonton video di youtube adalah percuma tapi perlu bayar setiap bulan untuk menonton tanpa ada sebarang gangguan iklan.
5) Model perniagaan jualan langsung (Direct Selling): Model perniagaan ini membolehkan perniagaan menjual produk secara langsung kepada pelanggan melalui pengedar atau ejen, seperti Shaklee, Amway. Keuntungan model perniagaan ini adalah dapat memperluas rangkaian jualan dengan agen dan membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan.
Jika anda perhatikan kesemua model bisnes di atas boleh kata semuanya perlu modal yang sangat besar.. dan kalau anda ada duit yang sangat banyak pun belum tentu anda boleh bersaing dengan mereka yang dah memonopoli pasaran..
Tapi sebagai orang biasa-biasa kita boleh join mereka diatas sekiranya mereka ada menyediakan peluang pendapatan yang konsisten ataupun setiap bulan.. bukan terhad pada setiap jualan sahaja..
Maksud saya untuk pelanggan yang kita peroleh kita tetap akan dibayar untuk bulan seterusnya untuk pelanggan yang sama.. contohnya seperti agen takaful, agen coway, agen simkad..
Saya sendiri adalah salah seorang dealer halo telco yang mana produk yang saya jual ialah simkad, dan saya tetap akan dibayar komisen selagi mana pembeli simkad saya melanggan internet setiap bulan.. saya juga tak perlu follow up atau ingatkan pembeli untuk top up setiap bulan..
Saya hanya perlu jual dan bantu mereka buat pendaftaran dan tunjukkan cara-cara untuk melanggan internet.. nampak macam susah tapi sebenarnya saya hanya perlu print manual dan pos kepada mereka berserta simkad.. 🙂
Saya rasa simkad ni paling senang nak jual berbanding penapis air atau produk takaful cuma cabaran jual simkad ni ialah kita kena jual dengan banyak, sebab komisen seorang pelanggan cuma 10% sahaja dari jumlah langganan dia.. kalau sebulan dia langgan internet RM48 kita cuma dapat RM4.80.
Lebih baik jual produk yang mudah jual dan jual dengan banyak daripada struggle nak cari seorang pelanggan 🙂
Bagi anda yang berminat nak jual simkad halo telco boleh rujuk link ini, saya ada sertakan cara dan kaedah menjual simkad dengan konsisten 🙂
Leave a Reply