Cara Mudah Buat Blog & Website Di Tahun 2023

Dijangka tahun hadapan akan berlaku kegawatan ekonomi.. harap-harap tak teruk sangat lah jika berlaku di negara kita sekalipun..

Apa pula persiapan kita jika berlaku kegawatan ekonomi?

Saya nak sentuh dari sudut marketing dan sales.. bab lain anda boleh rujuk mereka yang lebih pakar la ya..

Jika anda seorang usahawan digital banyak menggunakan internet untuk tujuan perniagaan.. Antara perkara yang kita boleh lakukan ialah mengurangkan kos operasi tanpa menjejaskan urusan jual beli..

Sebab tu topik kali ni saya kongsikan cara untuk buat blog dan website secara percuma.. sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kos bulanan anda tanpa perlu bayar hosting atau domain (Untuk anda yang betul-betul nak jimat ataupun tiada modal yang besar)

Apa yang saya cadangkan ialah anda gunakan sahaja blogger.com dan juga google site.

Dua platform ini pula memang kepunyaan google jadi potensi anda untuk ranking di Enjen carian google adalah lebih tinggi..

Cuma anda kena lah menggunakan keyword dan kandungan artikel yang betul untuk dapatkan organic trafik.. bab ni saya akan sambung untuk blog post yang lain..

Tapi kali ni saya nak kongsi cara bagaimana anda boleh buat blog dan website percuma menggunakan blogger & juga google site.

Berikut merupakan video yang saya dah hasilkan.

Video 1 : Cara Hasilkan Blog Percuma Menggunakan Blogger 2022

Video 2 : Cara Hasilkan Web/landing Percuma Menggunakan Google Site 2022

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh komen di bawah.. nanti saya akan reply…

Semoga video ini bermanfaat dan jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya.

Nantikan post seterusnya mengenai cara bagaimana untuk dapatkan organic trafik daripada google dengan menggunakan platform percuma ini.

Terima kasih kerana sudi singgah.. Jumpa lagi 🙂

Zyan.my

==============

Bagi anda yang mencari sistem borang tempahan dan sistem untuk mengumpul database gunakan onpay : zyan.my/onpay

4 Comments

  1. Wow Google Sites dah banyak improve! Tak sangka boleh buat multipage website tanpa bayar hosting.

    Kalau untuk long term macamana Zyan?

    Contoh macam nak buat blog/niche site untuk long term rasanya tak sesuai guna GSites kan?

      • Sori saya silap tanya tak lengkap..

        Saya nak maksudkan kalau banding dengan WordPress.

        • Yup.. kalau wordpress lebih sesuai tapi ia datang dengan pelbagai kos lain seperti hosting domain, themes berbayar dan juga plugin2 lain..

          Kalau hosting bermasalah.. plugin bermasalah… habis semua.. macam blog saya ni haritu SSL bermasalah… 3 bulan juga tak boleh bukak..

          Kalau guna blogger atau google site.. semua tu takkan berlaku..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*